7H5M SHANGHAI + DISNEYLAND + SUZHOU + HANGZHOU

Shanghai - Disneyland - Suzhou - Hangzhou
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM 2,690

Termasuk Tiket Shanghai Disneyland!
RM 2,890
RM 2,690
Termasuk Tiket Shanghai Disneyland!
RM 2,890
RM 2,690

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Office : 03 9132 2884

Whatsapp : 013 500 2884

Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1KUALA LUMPUR – HONG KONG – SHANGHAI (MM)

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Shanghai melalui Hong Kong. Sejurus ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong, tetamu akan disambut oleh wakil kami. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

Hari 2SHANGHAI – DISNEYLAND (SP)

Sarapan pagi di hotel. Kemudian tetamu akan dibawa menuju ke Shanghai Disneyland; taman tema kedua dibina di China selepas Hong Kong. Tetamu berpeluang untuk menghiburkan diri bersama keluarga dengan pelbagai jenis permainan yang tersedia di situ. Antaranya ialah Gardens of Imagination yang menawarkan tarikan termasuk Dumbo the Flying Elephant, Fantasia Carousel dan Marvel Universe yang menampilkan pelbagai watak Marvel Super Heroes. Ada juga tarikan Disneytown, Pirates of the Caribbean dan sudah tentulah Enchanted Storybook Castle yang menjadi tarikan paling utama di sini. Pulang ke hotel sesudah selesai pertunjukan bunga api.

Hari 3SHANGHAI (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa ke People’s Square; taman yang amat terkenal di tengah-tengah kota Shanghai. Seterusnya tetamu akan dibawa ke Nanjing Pedestrian Street yang dikenali sebagai lokasi membeli-belah terbesar di China dan Chenghuangmiao Old Town yang dikelilingi dengan bangunan lama zaman Dinasti Ming dan Qing, juga terkenal sebagai kawasan yang menjual barangan antik, barang kemas, kain sutera dan bermacam lagi. Makan tengahari dan solat di masjid yang terbesar di Shanghai, Xiaotaoyuan Mosque yang struktur asalnya dibina pada tahun 1917 sebelum dibina semula pada tahun 1925 seperti rekabentuk sekarang. Lawatan diteruskan ke Oriental Pearl TV Tower iaitu menara komunikasi untuk radio dan TV setinggi 468m. Tetamu berpeluang untuk bergambar dengan menara ke-4 tertinggi di Asia dan ke-6 tertinggi di dunia ini. Selepas itu, tetamu akan dibawa ke Expo Park yang menempatkan China Pavillion yang dahulunya merupakan sebahagian dari World Expo 2010 di Pudong dan kini dijadikan sebagai China Art Museum. Akhirnya tetamu akan dibawa untuk menyaksikan Acrobatic Show yang sungguh unik dan mendebarkan. Pelbagai jenis persembahan akan dipertontonkan, sememangnya satu pengalaman yang amat menarik. Makan malam di restoran dan pulang ke hotel.

Hari 4SHANGHAI – SUZHOU (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Kemudian bertolak menuju ke kota Suzhou yang pada zaman dahulu kala pernah menjadi salah satu dari 10 bandar yang terbesar di dunia. Tarikan paling utama di kota ini adalah Pan Men Gate yang merupakan sebuah pintu masuk berusia 2,500 tahun ke kawasan yang dikenali sebagai Pan Gate Scenic Area. Kawasan ini terkenal dengan binaan kuno berusia beribu tahun yang masih terpelihara dengan baik sekali seperti Pagoda of Auspicious Light, Land & Water Gates dan Wumen Bridge dengan persekitarannya yang sangat indah kerana dahulunya kawasan ini merupakan taman diraja. Tetamu kemudiannya akan dibawa melawat Lotus Garden yang cukup popular di seluruh dunia kerana taman ini adalah seperti impian klasik zaman kecil dengan bunga lotus memenuhi tasik dan menegelilingi pavilion (pondok). Tetamu juga berpeluang untuk menaiki cruise boat menyusuri tasik yang dipenuhi bunga lotus ini. Tetamu kemudiannya diberi masa untuk membeli-belah di Silk Factory yang popular dengan pembuatan kain sutera sambil mempelajari bagaimana proses kain sutera China diproses. Makan tengahari di restoran dan solat di Taipingfang Mosque yang dibina pada tahun 1924 lagi dan sebahagian dari struktur masjid ini masih menggunakan batuan dari zaman Disnasti Qing dan Ming. Seterusnya, tetamu dibawa menuju ke Shantang Street yang terkenal dengan bangunan bersejarah dan budaya rakyat tempatan, malahan di sini tetamu juga berpeluang untuk membeli cenderamata. Singgah membeli-belah di Suzhou Outlet Village yang menempatkan pelbagai jenama barangan terkenal antarabangsa seperti Coach, Bally, Clarks, Dolce & Gabbana, Michael Kors, Paul Frank dan banyak lagi pada harga yang cukup menakjubkan, diskaun sehingga 70% dari harga asal dan ianya adalah asli! Akhirnya tetamu akan dibawa ke Suzhou Bird Nest Stadium sambil menyaksikan pertunjukan LED yang cukup unik berwarna-warni. Makan malam di restoran dan pulang ke hotel.

Hari 5SUZHOU – HANGZHOU – SHANGHAI (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Selepas itu tetamu akan dibawa menuju ke Hangzhou. Setibanya di sana, melawat Dragon Well Tea Farm yang mempunyai sejarah 1,200 tahun sebagai salah satu pengeluar teh yang tersohor di China. Melawat sekitar West Lake yang cukup indah terletak di tengah-tengah bandar ini. Berfoto di Long Bridge yang menyimpan kisah Romeo-Juliet versi China antara Shanbo dan Yingtai. Dari sini juga tetamu dapat melihat Leifeng Pagoda. Bertolak menuju ke Shanghai dan setibanya di sana, melawat Traditional Health Shop. Akhirnya tetamu dibawa untuk merasai pengalaman bermakna dengan dibawa menaiki Huangpu River Cruise sambil menikmati pemandangan indah bandar Shanghai. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

Hari 6SHANGHAI – HONG KONG (SP)

Selesai bersarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa untuk membeli-belah di Jewelry Centre dan Bamboo Charcoal untuk dibawa pulang sebagai cenderamata sebelum menuju ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Hari 7HONG KONG – KUALA LUMPUR

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Harga Pakej

Jadual Penerbangan

Airlines From Timing To Timing
KA 728 KUL 1030 HKG 1440
KA 896 HKG 1600 PVG 1835
KA 893 PVG 1535 HKG 1835
KA 727 HKG 2025 KUL 0025

 

Tarikh

24, 26 Mac 2019

Hotel

BANDAR RATING NAMA HOTEL
Shanghai 4* Hotel Shanghai Shenggao atau setaraf
Suzhou 4* Hotel Jincheng atau setaraf

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Penginapan 5 malam yang selesa di hotel bertaraf 4* (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Shanghai Disneyland, Lotus Garden dan Bot Cruise, Acrobatic Show dan Huangpu River Cruise.
  • Urusan visa memasuki China.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam waktu perlepasan)
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Galeri