8H6M DELHI + KASHMIR + AGRA

Delhi - Srinagar - Kashmir - Gulmarg - Sonamarg - Dal Lake - Agra
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM 4,290

Keindahan yang tiada tolok bandingan!
Harga serendah RM 4,690
Keindahan yang tiada tolok bandingan!
Harga serendah RM 4,690

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Office : 03 9132 2884

Whatsapp : 013 500 2884

Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1KUALA LUMPUR - DELHI

Bertolak dari Kuala Lumpur untuk penerbangan ke Delhi. Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Ghandi. Seterusnya, peserta akan bertolak ke hotel untuk mendaftar masuk dan berehat.

Hari 2DELHI - SRINAGAR - KASHMIR (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Bertolak menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Ghandi untuk penerbangan domestik ke Srinagar. Setibanya di Srinagar, tetamu akan dibawa ke Deluxe Houseboat dan makan tengahari. Selepas makan tengahari, nikmati pemandangan di Mughal Gardens dan seterusnya melawat ke Nishat Bagh dan Shalimar Bagh yang popular dengan pokok chenar yang berusia beribu tahun selain dari landskap bunga yang cantik menjadi kebanggaan masyarakat Kashmir. Nishat Bagh dibina oleh Asif Khan pada tahun 1632. Shalimar Bagh pula dibina oleh Maharaja Jehangir untuk isterinya Maharani Noor Jehan. Kesemua taman tersebut terletak di tebing Dal Lake yang berlatar belakangkan pergunungan Zabarwan. Seterusnya melawat Kilang Tenunan Permaidani Kashmir yang terkenal dengan pembuatan Kashmir Carpet, di mana tetamu dapat melihat kehalusan hasil buatan tangan permaidani Kashmir. Pulang semula ke Houseboat dan makan malam.

Hari 3KASHMIR - GULMARG (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel sebelum bertolak ke Gulmarg atau lebih dikenali sebagai Meadow of Flowers; dinamakan oleh Sultan Yusuf Shah dari Dinasti Chak yang sering mengunjungi tempat tersebut bersama permaisurinya, Habba Khatoon pada abad ke-16. Sebanyak 21 jenis bunga liar dihimpunkan oleh Maharaja Mughal Jahangir untuk tamannya di Gulmarg. Gulmarg juga dikenali ramai sebagai resort musim panas yang tercantik di Lembah Kashmir dan juga masyhur sebagai tempat permainan Ski yang tertinggi di dunia. Tetamu akan dibawa menaiki kereta kabel dari Gulmarg ke Khalinmarg yang sering menjadi lokasi pengambaran filem Bollywood seperti Bobby dan banyak lagi. Setibanya di Khalinmarg, tetamu diberi masa untuk menikmati pemandangan yang mengasyikkan di situ. Seterusnya menikmati pemandangan yang menarik sepanjang perjalanan dari Tangmarg ke Gulmang. Seterusnya bertolak pulang menuju ke Houseboat dan makan malam.

Hari 4KASHMIR - SONAMARG (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan lawatan sepanjang hari ke Sonamarg atau lebih dikenali sebagai Golden Meadow. Sonamarg terletak di Sindh Valley yang dipenuhi dengan bunga dan dikelilingi gunung. Sonamarg mempunyai pemandangan yang menakjubkan iaitu Nallah Singh, anak sungai terbesar di sungai Jehlum di Kashmir Valley. Seterusnya, peserta berpeluang untuk menikmati pengalaman menarik menunggang kuda ke Thajiwas Glacier dan mengisi masa dengan bermain salji. Thajiwas Glacier merupakan tempat yang indah sehinggakan banyak pembuatan filem Bollywood dirakamkan di sini, antaranya filem komedi Bajrangi Bhaijaan. Selepas itu, pulang ke Srinagar dan makan malam.

(Nota: Bayaran menunggang kuda tidak termasuk dalam pakej)

Hari 5KASHMIR - SRINAGAR - DELHI - AGRA (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Seterusnya tetamu akan dibawa menaiki bot kayu atau nama lainnya sampan Shikara di sekitar Dal Lake. Tetamu juga berpeluang memakai pakaian tradisi masyarakat Kashmir ketika lawatan ini. Selepas itu, tetamu akan dibawa melawat ke kebun sayuran terapung di sini dan juga berpeluang meninjau pemandangan indah Dal Lake yang berlatar belakangkan Zabarwan Mountains. Makan tengahari di Deluxe Houseboat dan seterusnya tetamu akan bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Delhi. Setelah tiba di Delhi, meneruskan perjalanan menuju ke kota masyhur Agra. Tiba di Agra, daftar masuk hotel dan makan malam.

Hari 6AGRA - DELHI (SP/MT/MM)

Selepas besarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa melawat ikon salah satu keajaiban dunia iaitu Taj Mahal yang dibina oleh Shah Jahan sebagai lambang kebesaran cinta terhadap isterinya iaitu Mumtaz Mahal pada tahun 1648. Monumen yang dibina dengan menggunakan batu marmar putih ini mengambil masa selama 22 tahun untuk disiapkan dan merupakan binaan yang paling tepat sisi geometrinya di dunia. Seterusnya, melawat Agra Fort, iaitu sebuah kota istana besar yang dibina oleh Maharaja Akhbar yang merupakan datuk kepada Shah Jahan pada tahun 1565. Kompleks istana ini dibina daripada batu pasir merah seluas 94 ekar. Tetamu dapat menyaksikan keunikan bahagian dalam bangunan yang telah diubahsuai semasa pemerintahan Shah Jahan. Istana yang asalnya dibina daripada batu pasir merah telah diubahsuai dan ditambah dengan batu marmar putih dan dihiasi batu permata. Selepas makan tengahari, meneruskan perjalanan pulang semula ke New Delhi. Setibanya di sana, makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

Hari 7DELHI - KUALA LUMPUR (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Kemudian, tetamu akan bersiar-siar di Old dan New Delhi; melawat India Gate, Masjid Jamia dan Qutub Minar. Qutub Minar dikelilingi oleh beberapa monumen bersejarah yang terhubung dengan menara dan merupakan sebahagian dari kompleks Qutub. Ianya merupakan sebuah bangunan menara bulat setinggi 72.5 meter dan mempunyai 379 anak tangga dibina oleh Qutb-Ud-Din Aibak pada tahun 1192 dan siap pada 1368. Tujuan pembinaan menara yang dihiasi dengan ukiran ayat Al-Quran adalah sebagai tempat untuk melaungkan azan di Masjid Quwwat Al-Islam, iaitu masjid terawal dibina di Delhi. Seterusnya, meneruskan lawatan ke Fort Red, Istana Presiden, Rumah Parlimen dan Bangunan Kerajaan. Selepas itu, bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Ghandi untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Hari 8KUALA LUMPUR

Tiba dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2.

Harga Pakej

Jadual Penerbangan

FLIGHT

DARI

KE

BERLEPAS

KETIBAAN

OD 205

KUL

DEL

1810

2105

OD 206

DEL

KUL

2205

0600

Tarikh

6 Dis 2018

Hotel

BANDAR RATING NAMA HOTEL
Delhi 4* ITC Welcome Dwarka atau setaraf
Agra 4* Howard The Fern atau setaraf
Srinagar 4* Khyber Group of Houseboats atau setaraf

 

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi beserta cukai lapangan terbang.
  • Penginapan 6 malam yang selesa di hotel bertaraf 4* (rujuk jadual senarai hotel).
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Urusan visa memasuki India.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan : Agra Fort, Taj Mahal dan Taman Bunga Nishat.
  • Menaiki sampan Shikara di Tasik Dal.
  • Tiket menaiki kereta kabel di Gulmarg, Kashmir.
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong tempatan yang berpengalaman.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman sepanjang perjalanan.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam waktu perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Peta Perjalanan
Galeri