9H7M Permata Turki Antalya

Adana - Cappadocia - Konya - Antalya - Salda Lake - Pamukkale - Kusadasi - Bursa - Istanbul
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM 3890

PAKEJ BARU! Adana + Antalya
Harga serendah RM 4190
PAKEJ BARU! Adana + Antalya
Harga serendah RM 4190

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Klik untuk memulakan Whatsapp

Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1Kuala Lumpur - Adana - Cappadocia (MT/MM)

Tetamu berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Adana, Turki melalui Doha. Setibanya di Lapangan Terbang Adana, tetamu akan dibawa untuk makan tengahari di restoran sebelum bersolat di Sabanci Central Mosque yang merupakan masjid yang terbesar di Turki yang mampu memuatkan sehingga 28,500 jemaah dalam satu-satu masa. Masjid yang dibina pada tahun 1998 ini menyerupai Selimiye Mosque di Edirne, mempunyai 6 buah menara seperti Blue Mosque di Istanbul dan ukiran dalam kubahnya amatlah cantik. Selain itu, tetamu juga akan melawat Great Mosque yang turut menempatkan madrasah dan makam ahli sufi, dibina pada tahun 1541 semasa era pemerintahan Uhtmaniyyah. Di sebelahnya terletak Ramazanoglu Hall yang pernah menjadi kediaman gabenor Adana dan istana hinggap sultan dibina pada tahun 1495. Tarikan lain di Adana ialah Buyuk Saat iaitu sebuah menara jam tertinggi di Turki setinggi 32m dibina pada tahun 1882 dan Tas Stone Bridge yang dibina seawal kurun ke-2 lagi pada zaman pemerintahan Rome, merupakan antara jambatan yang tertua di dunia. Bertolak menuju ke Cappadocia, daftar masuk hotel dan makan malam.

Hari 2Cappadocia (SP/MT/MM)

Setelah bersarapan pagi, tetamu akan dibawa melawat penempatan awal bawah tanah di Cappadocia pada zaman dahulu iaitu Cardak Underground City di mana pada satu ketika hampir 5,000 penduduk tinggal di kota bawah tanah ini. Kemudian menyaksikan cara-cara pembuatan karpet Turki di Carpet Factory yang cukup terkenal dengan kehalusan seni karyanya dan ke Avanos Village untuk melihat hasil kerja tangan barangan tembikar berhiaskan batu turquoise secara tradisional. Makan tengahari dan tetamu akan dibawa mengambil gambar panorama indah Goreme Valley dan Pasabag Valley seakan-akan melihat pemandangan yang serupa di Grand Canyon USA. Melawat Pigeon Valley, di mana tetamu dapat menyaksikan lanskap lembah batuan yang memukau dan lubang-lubang yang diukir pada batu tersebut sebagai rumah merpati. Istimewa buat anda di mana kami akan membawa anda ke Zelve Archeological Site untuk menyaksikan sebuah pertunjukan lazer Zelve 3D Mapping Show yang memaparkan sejarah Cappadocia bermula dari penempatan yang pertama dalam bentuk visual lazer dan muzikal di atas rekahan batuan Fairy Chimneys. Makan malam dan kembali ke hotel.

Hari 3Cappadocia - Konya - Antalya (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Lawatan diteruskan ke bandar Konya di mana tetamu akan dibawa melawat Sultanhani Caravanserai yang merupakan salah satu hotel terawal bagi para pedagang Laluan Sutera suatu ketika dahulu dan menziarahi Mevlana Museum iaitu sekolah terawal dan terbesar bagi ahli-ahli sufi ketika zaman Uthmaniyyah dan menempatkan makam pengasasnya iaitu Jalaluddin Rumi. Makan tengahari dan seterusnya bertolak menuju ke bandar peranginan yang paling terkenal di Turki iaitu Antalya. Daftar masuk hotel dan makan malam. Tetamu berpeluang untuk bersiar-siar di sekitar bandar ini yang sungguh nyaman terutamanya di sepanjang pantai Mediterranean sambil singgah di kafe-kafe tepi laut ini untuk menikmati minuman kopi/teh Turki.

Hari 4Antalya - Salda Lake - Pamukkale (SP/MT/MM)

Selepas bersarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa melawat beberapa tarikan utama di kota Antalya yang terletak di persisiran Lautan Mediterranean dan berlatar belakangkan Mount Olympos ini. Sejarah Antalya cukup panjang bermula sejak dari tahun 200 SM lagi, di mana banyak kesan sejarah yang masih lagi boleh didapati seperti Hadrian’s Gate yang dibina pada tahun 130 ketika menyambut kedatangan Roman Emperor Hadrian yang melawat kota ini, Hidirlik Tower setinggi 14m yang dibina pada abad ke-2 ketika zaman Roman Empire sebagai menara pertahanan/rumah api dan Clock Tower yang merupakan sebahagian yang masih wujud daripada 80 menara asal tembok pertahanan kota ini. Tetamu akan turut menziarahi Broken Minaret Mosque yang cukup unik sejarahnya namun musnah terbakar pada tahun 1800. Pada asalnya ia dibina sebagai kuil Roman pada abad ke-2, ditukar menjadi gereja Byzantine pada abad ke-7, kemudian menjadi masjid pada awal abad ke-13 selepas ditakluk kerajaan Seljuk Turks sebelum menjadi gereja semula pada tahun 1361 selepas kota ini ditawan oleh tentera salib Cyprus dan akhirnya menjadi masjid semula ketika zaman khalifah Uthmaniyyah. Makan tengahari di restoran dan bersolat di Aladdin Mosque yang berusia ratusan tahun dibina pada tahun 1230 lagi oleh sultan Seljuk Turks dengan menara masjidnya yang cukup indah setinggi 38m seakan-akan sebuah seruling, sesuai dengan namanya Fluted Minaret. Tetamu berpeluang untuk membeli-belah cenderamata di Old Town Kaleici dan mengambil gambar pemandangan indah syurga dunia di Duden Waterfalls, yang mana airnya yang jernih mengalir terus ke Lautan Mediterranean. Bertolak menuju ke Pamukkale sambil singgah sebentar berfoto di Salda Lake yang cukup luas umpama lautan dengan pancaran matahari terbenam. Setibanya di Pamukkale, daftar masuk hotel dan makan malam.

Hari 5Pamukkale - Kusadasi (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Tetamu akan dibawa melawat tarikan utama di Pamukkale iaitu Cotton Castle yang amat terkenal dengan teres-teres kolam air panas berwarna putih di tebing bukit kota purba Hierapolis. Kota yang diasaskan oleh orang Rom dahulunya merupakan sebuah kota yang menakjubkan. Antara kesan tinggalan yang masih sempurna boleh dilihat ialah Frontinus Gate, Theatre, The Great Baths dan Cleopatra’s Pool. Tetamu boleh mencuba kenyamanan air panas ini dengan merendam kaki sambil berfoto dengan suasana sekeliling penuh keputihan. Bertolak menuju ke Kusadasi dan setibanya di sana, makan tengahari di restoran. Melawat tarikan di sekitar Kusadasi yang begitu terkenal dengan sejarah peninggalan kota Ephesus iaitu kota penempatan zaman Yunani dan Rom purba yang dibina pada 10 SM yang menempatkan monumen-monumen zaman empayar Yunani dan Rom seperti Library of Celcius dan Great Theatre, serta peninggalan Temple of Artemis yang merupakah salah satu daripada Seven Wonders of the Ancient World. Lawatan diteruskan ke 7 Sleepers Cave yang bersejarah, gua di mana 7 pemuda Ashabul Kahfi bersembunyi dan dibangunkan daripada tidur setelah kira-kira 300 tahun seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran. Kemudian tetamu akan dibawa menyaksikan pertunjukan fesyen dan membeli-belah barangan asli daripada kulit seperti jaket, beg dan sebagainya. Daftar masuk hotel dan makan malam.

Hari 6Kusadasi - Bursa (SP/MT/MM)

Selepas bersarapan pagi, bertolak menuju ke Bursa iaitu kota yang pernah menjadi ibu negara pertama kerajaan Uthmaniyyah sebelum Edirne dan Istanbul dan di sinilah juga di mana kerajaan Uthmaniyyah itu sendiri lahir. Setibanya di sana, tetamu akan dibawa melawat Green Mosque, sebuah masjid yang sangat menakjubkan seni binanya dan mendapat nama daripada jubin di dalam masjid tersebut yang berona hijau kebiruan. Kemudian menziarahi Green Mausoleum yang menempatkan makam Sultan Mehmet I yang merupakan atuk kepada Sultan Muhammad Al-Fatih. Seterusnya melawat Ulu Camii yang turut dikenali sebagai Grand Mosque of Bursa yang merupakan mercu tanda seni bina Uthmaniyyah terawal dan masjid terbesar di Bursa dengan 20 kubah dan 2 menara. Masjid ini turut mempamerkan seni kaligrafi Islam terbaik yang tertulis di dinding, kolum dan plat oleh penulis kaligrafi terhebat pada zaman tersebut. Kemudian tetamu akan dibawa melawat Koza Han, sebuah pasar sutera dengan pemandangan klasik yang sangat cantik, dibangunkan oleh Sultan Bayezid II pada tahun 1491. Daftar masuk hotel dan makan malam.

Hari 7Bursa - Istanbul (SP/MT/MM)

Selesai bersarapan, bertolak menuju ke kota pertemuan 2 benua Istanbul. Tetamu akan dibawa menaiki Bosphorus Cruise dan menyusuri Selat Bosphorus yang menghubungkan Lautan Marmara dan Lautan Hitam, di mana tetamu berpeluang melihat mercu tanda kota Istanbul di sepanjang pelayaran antaranya Rumelian Castle, Anatolian Castle dan Dolmabahçe Palace. Makan tengahari dan bersolat di Suleymaniye Mosque, salah satu masjid yang dibina semasa pemerintahan Ottoman dan antara yang tercantik di Turki. Singgah menziarahi Fatih Mosque di mana terletaknya makam penakluk kota Constantinople iaitu Sultan Muhammad Al-Fatih, manakala seni bina masjid ini sendiri juga begitu mengagumkan kerana hasrat Sultan Muhammad Al-Fatih untuk membina sebuah monumen Islam (masjid) yang lebih hebat daripada Hagia Sophia binaan Kristian. Masa bebas untuk membeli cenderamata di Grand Bazaar, yang menempatkan lebih dari 3000 lot kedai yang menjual pelbagai jenis barangan dan telah wujud sejak tahun 1455 lagi. Kemudian, tetamu akan dibawa makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 8Istanbul - Doha (SP/MT)

Sarapan pagi di hotel. Memulakan lawatan ke ikon kota Istanbul iaitu Topkapi Palace yang pernah menjadi kediaman sultan2 Uthmaniyyah selama 400 tahun. Di sini, tetamu berkesempatan untuk melihat peninggalan Rasulullah SAW seperti janggut, gigi, jubah dan pedang di samping peninggalan nabi-nabi yang lain seperti pedang Nabi Daud, tongkat Nabi Musa dan serban Nabi Yusuf. Kemudian, tetamu akan ke Hagia Sofia yang cukup sinonim dengan kota Istanbul. Merupakan sebuah Basilika Kristian Ortodoks ketika empayar Byzantine yang kemudiannya ditukarkan menjadi masjid oleh Sultan Mehmet pada 1453. Kini, Hagia Sophia merupakan sebuah muzium dan kekal sebagai monumen dan karya seni bina penting kepada empayar Byzantine dan Uthmaniyyah. Lawatan diteruskan ke Blue Mosque, yang mendapat namanya daripada jubin biru yang mengelilingi dinding dalaman serta satu-satunya masjid di Istanbul yang mempunyai 6 menara sebelum makan tengahari di restoran. Seterusnya tetamu akan dibawa ke Spice Market, pasar terbaik untuk membeli makanan tradisional Turkish seperti Turkish Delight dan Baklava untuk dibawa pulang ke Malaysia. Akhir sekali, tetamu akan dibawa melawat makan sahabat Rasulullah SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansari yang terletak di Abu Ayyub Al-Ansari Mosque di kawasan Golden Horn sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Hari 9Doha – Kuala Lumpur

Penerbangan pulang awal pagi ke Kuala Lumpur dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Harga Pakej

Jadual Penerbangan

 

FLIGHT

DARI

KE

BERLEPAS

KETIBAAN

QR 853

KUL

DOH

0205

0510

QR 438

DOH

ADA

0720

1125

QR 246

IST

DOH

1945

2355

QR 848

DOH

KUL

0245

1530

Tarikh

30 April 2018

Hotel

BANDAR RATING NAMA HOTEL
Cappadocia 4* Gold Yildirim Hotel atau setaraf
Antalya 4* Grida City Hotel atau setaraf
Pamukkale 5* Pam Thermal Hotel atau setaraf
Kusadasi 5* Fantasia De Luxe atau setaraf
Bursa 4* Baia Hotel atau setaraf
Istanbul 5* Ramada Plaza atau setaraf

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan bertaraf 4*-5* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan.
  • Percuma bot persiaran Bosphorus Cruise yang bernilai USD60 seorang.
  • Percuma tiket masuk pertunjukan Zelve 3D Mapping yang bernilai USD30 seorang.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Ephesus, Hierapolis (Cotton Castle), Mevlana Museum, Caydakli Underground City, Topkapi Palace dan Hagia Sophia.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa dan dilengkapi WIFI.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman sepanjang lawatan.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.
  • Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi) Wan Vacation Sdn. Bhd.

Pakej Tidak Termasuk

  • Menaiki Hot Air Balloon (USD220 seorang) dan menonton Wherling Derwish Ceremony (USD30) di Cappadocia.
  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Peta Perjalanan
Galeri