9H7M Turki Klasik

Istanbul - Bursa - Kusadasi - Pamukkale - Konya - Cappadocia - Bolu
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM 4,490

Termasuk lawatan di Hagia Sophia
Harga serendah RM 4,790
Termasuk lawatan di Hagia Sophia
Harga serendah RM 4,790

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Office : 03 9132 2884

Whatsapp : 013 500 2884

Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1KUALA LUMPUR - DOHA - ISTANBUL (MM)

Tetamu berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Istanbul, Turki melalui Doha. Setibanya di Lapangan Terbang Istanbul, tetamu akan dibawa untuk makan malam di restoran sebelum daftar masuk ke hotel.

Hari 2ISTANBUL - BURSA - KUSADASI (SP/MT/MM)

Setelah bersarapan pagi, bertolak ke Bursa iaitu kota yang pernah menjadi ibu negara pertama kerajaan Uthmaniyyah sebelum Edirne dan Istanbul. Setibanya di Bursa, tetamu melawat Green Mosque, sebuah masjid yang sangat menakjubkan seni binanya dan mendapat nama daripada jubin di dalam masjid tersebut yang berona hijau kebiruan dan Green Mausoleum, makam Sultan Mehmet I dan ahli keluarganya yang membina masjid ini. Seterusnya melawat Ulu Cami yang turut dikenali sebagai Grand Mosque of Bursa yang merupakan mercu tanda seni bina Uthmaniyyah terawal dan masjid terbesar di Bursa dengan 20 kubah dan 2 menara. Masjid ini turut mempamerkan seni kaligrafi Islam terbaik yang tertulis di dinding, kolum dan plat oleh penulis kaligrafi terhebat pada zaman tersebut. Bertolak ke Kusadasi. Melawat kota Kusadasi yang terkenal dengan sejarah peninggalan kota Ephesus iaitu kota penempatan zaman Yunani dan Rom purba yang dibina pada 10 SM yang menempatkan monumen-monumen zaman empayar Yunani dan Rom seperti Library of Celcius dan Great Theatre, serta peninggalan Temple of Artemis yang merupakah salah satu daripada Seven Wonders of the Ancient World. Lawatan diteruskan ke 7 Sleepers Cave yang bersejarah, gua di mana 7 pemuda Ashabul Kahfi bersembunyi dan dibangunkan daripada tidur setelah kira-kira 300 tahun seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran. Daftar masuk hotel dan makan malam.

Hari 3KUSADASI – PAMUKKALE (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Perjalanan diteruskan ke Pamukkale. Tetamu akan dibawa melawat tarikan utama di Pamukkale iaitu Hierapolis & Necropolis, yang terkenal dengan mandian termal dan pusat kesihatan. Ia juga tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Selain itu, melawat Cotton Castle yang amat terkenal dengan teres-teres kolam air panas berwarna putih. Selain itu, terdapat juga Cleopatra’s Thermal Pool yang dibina pada era Rom yang dipercayai oleh orang zaman dahulu bahawa air panas di Pamukkale boleh menyembuhkan penyakit seperti asma, arthritis dan masalah pencernaan. Daftar masuk hotel dan makan malam.

Hari 4PAMUKKALE – KONYA – CAPPADOCIA (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Lawatan diteruskan ke bandar Konya di mana tetamu akan dibawa melawat Sultanhani Caravanserai yang merupakan salah satu hotel terawal bagi para pedagang Laluan Sutera suatu ketika dahulu. Kemudian, menziarahi Mevlana Museum iaitu sekolah terawal dan terbesar bagi ahli-ahli sufi ketika zaman Uthmaniyyah dan menempatkan makam pengasasnya iaitu Jalaluddin Rumi. Bertolak ke Cappadocia. Daftar masuk hotel dan makan malam.

Hari 5CAPPADOCIA (SP/MT/MM)

Setelah sarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa melawat penempatan awal bawah tanah di Cappadocia pada zaman dahulu iaitu Caydakli Underground City di mana pada satu ketika hampir 5,000 penduduk tinggal di kota bawah tanah ini. Kemudian menyaksikan cara-cara pembuatan karpet Turki di Carpet Factory yang cukup terkenal dengan kehalusan seni karyanya dan ke Avanos Village untuk melihat hasil kerja tangan barangan tembikar berhiaskan batu turquoise secara tradisional. Makan tengahari dan tetamu akan dibawa mengambil gambar panorama indah Goreme dan Pasabag Valley. Melawat Pigeon Valley, di mana tetamu dapat menyaksikan lanskap lembah batuan yang memukau dan lubang-lubang yang diukir pada batu tersebut sebagai rumah merpati. Istimewa buat anda di mana kami akan membawa anda ke Zelve Archeological Site untuk menyaksikan sebuah pertunjukan bernama Zelve 3D Mapping yang memaparkan sejarah Cappadocia bermula dari penempatan yang pertama dalam bentuk visual dan muzikal di atas rekahan batuan Fairy Chimneys. Daftar masuk hotel dan makan malam.

Hari 6CAPPADOCIA – BOLU (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Meneruskan perjalanan ke Ankara untuk melawat Muzium Ataturk (daripada luar). Ia juga dikenali sebagai Muzium Etnografi Ankara. Di dalam muzium ini terdapat barang-barang peninggalan Mustafa Kemal Ataturk dan makamnya. Kemudian singgah di Salt Lake sebelum bertolak ke Bolu. Daftar masuk hotel dan makan malam.

Hari 7BOLU – ISTANBUL (SP/MT/MM)

Selesai bersarapan, bertolak menuju ke Istanbul dan tetamu akan dibawa menaiki Bhosporus Cruise dan menyusuri Selat Bosphorus yang menghubungkan Lautan Marmara dan Laut Hitam, di mana tetamu berpeluang melihat mercu tanda kota Istanbul di sepanjang pelayaran antaranya Rumelian Castle, Anatolian Castle dan Dolmabahçe Palace. Lawatan diteruskan ke Istanbul, kota antara dua benua iaitu Asia dan Eropah. Melawat Suleymaniye Mosque, salah satu masjid yang dibina semasa pemerintahan Ottoman dan antara yang tercantik di Turki. Singgah melawat Fatih Mosque yang sangat terkenal kerana seni bina interiornya yang begitu mengagumkan, dibina oleh penakluk kota Constantinople iaitu Sultan Muhammad Al-Fatih yang berhasrat untuk membina sebuah monumen Islam yang lebih hebat daripada Hagia Sophia dan di sini juga tempat jasadnya dimakamkan. Masa bebas untuk membeli cenderamata di Grand Bazaar, yang menempatkan lebih dari 3000 lot kedai yang menjual pelbagai jenis barangan dan telah wujud sejak tahun 1455 lagi. Kemudian, tetamu akan dibawa makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 8ISTANBUL – DOHA (SP/MT)

Sarapan pagi di hotel. Memulakan lawatan ke ikon kota Istanbul iaitu Topkapi Palace yang pernah menjadi kediaman sultan2 Uthmaniyyah selama 400 tahun. Di sini, tetamu berkesempatan untuk melihat peninggalan Rasulullah SAW seperti janggut, gigi, jubah dan pedang di samping peninggalan nabi-nabi yang lain seperti pedang Nabi Daud, tongkat Nabi Musa dan serban Nabi Yusuf. Kemudian, tetamu akan ke Hagia Sofia yang cukup sinonim dengan kota Istanbul. Merupakan sebuah Basilika Kristian Ortodoks ketika empayar Byzantine yang kemudiannya ditukarkan menjadi masjid oleh Sultan Mehmet pada 1453. Kini, Hagia Sophia merupakan sebuah muzium dan kekal sebagai monumen dan karya seni bina penting kepada empayar Byzantine dan Uthmaniyyah. Lawatan diteruskan ke Blue Mosque, yang mendapat namanya daripada jubin biru yang mengelilingi dinding dalaman serta satu-satunya masjid di Istanbul yang mempunyai 6 menara. Hippodrome Square di mana hari ini ia dihiasi dengan Egyptian Obelisk, Serpentane Column dan Istana Ibrahim Pasa (lihat dari luar). Seterusnya tetamu akan dibawa ke Spice Market, pasar terbaik untuk membeli makanan tradisional Turkish seperti Turkish Delight dan Baklava untuk dibawa pulang ke Malaysia. Akhir sekali, tetamu akan dibawa melawat makan sahabat Rasulullah SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansari yang terletak di Abu Ayyub Al-Ansari Mosque di kawasan Golden Horn sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Doha.

Hari 9DOHA – KUALA LUMPUR

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Harga Pakej

Jadual Penerbangan

FLIGHT DARI KE BERLEPAS KETIBAAN
QR 845 KUL DOH 0910 1225
QR 245 DOH IST 1330 1815
QR 246 IST DOH 1935 2340
QR 848 DOH KUL 0245 1530

Tarikh

 6, 9, 27 Dis 2018

Hotel

BANDAR RATING NAMA HOTEL
Istanbul 4* Hotel Pullman Mercure Airport atau setaraf
Kusadasi 5* Hotel Grand Belish atau setaraf
Pamukkale 5* Hotel Pam Thermal atau setaraf
Cappadocia 4* Hotel By Cappadocia atau setaraf
Cappadocia 4* Hotel By Cappadocia atau setaraf
Bolu 4* Hotel Hampton by Hilton atau setaraf
Istanbul 4* Hotel Pullman Mercure Airport atau setaraf

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan bertaraf 4*-5* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan.
  • Percuma bot persiaran Bosphorus Cruise yang bernilai USD60 seorang.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Ephesus, Hierapolis (Cotton Castle), Mevlana Museum, Cardak Underground City, Topkapi Palace dan Hagia Sophia.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa dan dilengkapi WIFI.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman sepanjang lawatan.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.
  • Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi) Wan Vacation Sdn. Bhd.

Pakej Tidak Termasuk

  • Menaiki Hot Air Balloon (USD220 seorang) dan menonton Wherling Derwish Ceremony (USD35) di Cappadocia.
  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Galeri