5H4M Phnom Penh – Siem Reap

Royal Palace - Silver Pagoda - Muzium Nasional - Kuil Wat Phnom - Independence Monument - Sisowath Quay - Muzium Tuol Sleng - Russian Market - Chong Khneas - Tasik Tonle Sap - Les Artisans d'Angkor - Chantiers Ecoles - Ladang sutera Angkor - Angkor Thom Area - Kuil Ta-Prom - Kuil Angkor Wat - Bakheng Hill
Harga Seorang Dewasa Bermula Dari *

RM 1290

Muslim Tour
Harga serendah RM 1290
Muslim Tour
Harga serendah RM 1290

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Klik untuk memulakan Whatsapp

Max People : 30
Aturcara

Hari 1Kuala Lumpur - Phnom Penh (MT/MM)

Setibanya di lapangan terbang, tetamu dibawa ke hotel untuk daftar masuk. Lawatan dimulakan di Royal Palace; dibina oleh Raja Norodom pada tahun 1866, dan ke Silver Pagoda. Dinamakan Silver Pagoda kerana lantainya yang dibuat daripada 5000 jubin perak. Makan tengah hari di restoran tempatan. Lawatan diteruskan ke Muzium Nasional, yang juga dikenali sebagai Musee des Beaux-Arts. Muzium yang mempunyai koleksi seni Khmer ini direka bentuk oleh seorang arkeologi dan pelukis Perancis bernama Georges Groslier. Kemudian, lawatan ke Kuil Wat Phnom di mana tetamu boleh menikmati pemandangan bandar yang dibarisi pokok-pokok. Tetamu juga dibawa melawat Independent Monument dan Sisowath Quay. Makan malam di restoran tempatan sebelum pulang ke hotel.

Hari 2Phnom Penh (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Tetamu dibawa melawat Muzium Tuol Sleng yang terkenal dengan sejarahnya. Makan tengah hari di restoran tempatan. Kemudian, lawatan ke Russian Market (Psah Tuol Thom Pong); sebuah pasar yang meriah di mana tetamu boleh mendapatkan barangan antik, perak dan perhiasan emas, permata, sutera, kramas, batu dan ukiran kayu, dan juga T-shirt, CD, dan cenderamata lain. Makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel untuk istirahat.

Hari 3Phnom Penh - Siem Reap (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Bertolak ke Siem Reap dengan menaiki bas awam selama 6 jam. Sejurus ketibaan, makan tengah hari di restoran tempatan sebelum daftar masuk hotel. Lawatan diteruskan ke Chong Khneas; sebuah kampung terapung yang terletak 10 km di selatan Siem Reap. Tetamu berpeluang menaiki bot kayu tradisional menuju ke ; merupakan ‘the Great Lake of Cambodia’ dan salah satu tasik yang terbesar di Asia. Selesai lawatan di Les Artisans d’Angkor – Chantiers Ecoles, tetamu dibawa melawat ladang sutera Angkor, melihat pameran dan proses pembuatan sutera. Waktu bebas di pasar tempatan sebelum makan malam di restoran sambil menyaksikan Tarian Tradisional Khmer. Bergerak pulang ke hotel dan istirahat.

Hari 4Siem Reap (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Lawatan dimulakan di tempat-tempat menarik sekitar Angkor Thom seperti Angkor Thom Temple South Gate, Bayon Temple, Baphuon Temple, Phimean Akas Temple, Elephants Terrace & Leper King Terrace, Royal Palace, dan Woman and Man Pond. Kemudian, tetamu dibawa melawat Kuil Ta-Prom. Makan tengah hari di restoran tempatan. Lawatan diteruskan ke Kuil Angkor Wat; salah satu daripada tujuh keajaiban seni bina paling besar di dunia yang dibina antara abad ke-9 hingga ke-13. Tetamu juga berpeluang menyaksikan matahari terbenam di Bakheng Hill. Makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel.

Hari 5Siem Reap - Kuala Lumpur (SP)

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Harga Pakej

SEBUT HARGA (RM – Harga Seorang Dewasa Bilik Berdua/Bertiga)

Saiz Kumpulan

Standard 3*

Deluxe 4*

Luxury 5*

2-4

1705

1820

2530

5-9

1545

1675

2275

10-15

1385

1510

2205

16-20

1290

1405

2145

*Bilik seorang akan dikenakan caj tambahan

Hotel

HOTEL

Kategori

Nama

Standard 3*

Pacific Hotel atau setaraf

Deluxe 4*

River Palace atau setaraf

Luxury 5*

Sokha Angkor Resort atau setaraf 

Penerbangan

Pakej ini tidak termasuk tiket penerbangan.
Sertakan permintaan tiket penerbangan di borang tempahan di bawah untuk tawaran harga tiket penerbangan yang terbaik. 

Perlepasan

Sepanjang Tahun

Harga Termasuk
  • Penginapan 4 malam di hotel dengan sarapan
  • 4 kali makan tengah hari dan makan malam seperti jadual
  • Bayaran masuk
  • Pengangkutan darat berhawa dingin ulang-alik ke lapangan terbang
  • Pengangkutan dari Phnom Penh ke Siem Reap dengan bas awam berhawa dingin
  • Air minuman sepanjang perjalanan

Pakej Tidak Termasuk

  • Tiket penerbangan dan cukai lapangan terbang
  • Yuran visa, tipping untuk pemandu pelancong dan pemandu
  • Perbelanjaan peribadi seperti telefon, dobi dan sebagainya

Polisi Kanak-Kanak

  • Kanak-kanak tanpa katil = diskaun 25% daripada harga dewasa
  • Kanak-kanak berkatil tiada diskaun

Makluman Penting

  • Berpakaian lengkap semasa melawat Royal Palace dan Silver Pagoda.
Peta Perjalanan

Galeri