6H5M Phnom Penh – Siem Reap

Independent Monument - 1Hour Sunset Cruise - Royal Palace - Silver Pagoda - Kuil Wat Phnom - Muzium Tuol Sleng - Central Market - Battambang - Kuil dan pagoda Wat Aik Phnom - kuil gunung Phnom Banon - Gunung Phnom Sampeou - pagoda Wat Sampoeu - West Barray - ladang sutera Angkor - Les Artisans d'Angkor - Chantiers Ecoles - Angkor Thom Area - Kuil Ta-Prom - Kuil Angkor Wat - Bakheng Hill
Harga Seorang Dewasa Bermula Dari *

RM 1330

Muslim Tour
Harga serendah RM 1330
Muslim Tour
Harga serendah RM 1330

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Klik untuk memulakan Whatsapp

Max People : 30
Aturcara

Hari 1Kuala Lumpur - Phnom Penh (MT/MM)

Setibanya di lapangan terbang, tetamu dibawa ke hotel untuk daftar masuk. Kemudian, tetamu dibawa melawat Independence Monument (Vimean Ekareach) yang telah dirasmikan pada tahun 1958 untuk meraikan kemerdekaan Kemboja daripada pemerintahan asing. Kini monumen tersebut merupakan tapak sambutan sempena perayaan seperti Hari Kemerdekaan dan Hari Perlembagaan. Pada waktu petang, tetamu berpeluang menikmati 1 jam Sunset Cruise sepanjang sungai sebelum makan malam di restoran tempatan. Bertolak pulang ke hotel.

Hari 2Phnom Penh (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Lawatan dimulakan di Royal Palace; dibina oleh Raja Norodom pada tahun 1866, dan ke Silver Pagoda. Dinamakan Silver Pagoda kerana lantainya yang diperbuat daripada 5000 jubin perak. Kemudian, tetamu dibawa melawat Kuil Wat Phnom di mana tetamu boleh menikmati pemandangan bandar yang dibarisi pokok-pokok. Makan tengah hari di restoran tempatan. Lawatan diteruskan ke Muzium Tuol Sleng yang terkenal dengan sejarahnya. Tetamu juga dibawa melawat Central Market (Psah Thom Thmey); sebuah pasar yang meriah di mana tetamu boleh mendapatkan barangan antik, perak dan perhiasan emas, permata, sutera, kramas, batu dan ukiran kayu, dan juga T-shirt, CD, dan cenderamata lain. Makan malam di restoran tempatan sebelum pulang ke hotel.

Hari 3Phnom Penh - Battambang (SP/MT/MM)

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel sebelum bertolak ke Battambang (kira-kira 3-4 jam perjalanan). Sejurus ketibaan, tetamu dibawa ke hotel untuk daftar masuk. Makan tengah hari di restoran tempatan. Lawatan diteruskan ke Kuil dan pagoda Wat Aik Phnom. Kemudian, lawatan ke kuil gunung Phnom Banon, Gunung Phnom Sampeou, dan juga pagoda Wat Sampeou, di mana tetamu akan menikmati pemandangan indah yang menakjubkan. Makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel.

Hari 4Battambang - Siem Reap (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Bertolak ke Siem Reap untuk melawat West Barray; tasik buatan pada abad ke-11 dan ladang sutera Angkor, melihat pameran dan proses pembuatan sutera. Makan tengah hari di restoran tempatan. Seterusnya, tetamu dibawa melawat “Les Artisans d’Angkor – Chantiers Ecoles” Siem Reap; kerja kayu terkenal, ukiran batu dan bengkel polychrome. Makan malam di restoran tempatan sambil menyaksikan persembahan tarian Aspara sebelum pulang ke hotel.

Hari 5Siem Reap (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Lawatan dimulakan di tempat-tempat menarik sekitar Angkor Thom seperti Angkor Thom Temple South Gate, Bayon Temple, Baphuon Temple, Phimean Akas Temple, Elephants Terrace & Leper King Terrace, Royal Palace, dan Woman and Man Pond. Kemudian, tetamu dibawa melawat Kuil Ta-Prom. Makan tengah hari di restoran tempatan. Lawatan diteruskan ke Kuil Angkor Wat; salah satu daripada tujuh keajaiban seni bina paling besar di dunia yang dibina antara abad ke-9 hingga ke-13. Tetamu juga berpeluang menyaksikan matahari terbenam di Bakheng Hill. Makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel.

Hari 6Siem Reap - Kuala Lumpur (SP)

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Harga Pakej

SEBUT HARGA (RM – Harga Seorang Dewasa Bilik Berdua/Bertiga)

Saiz Kumpulan

Standard 3*

Deluxe 4*

Luxury 5*

2-4

2370

2660

3350

5-9

2040

2300

2890

10-15

1590

1930

2610

16-20

1330

1670

2390

*Bilik seorang akan dikenakan caj tambahan

Hotel

HOTEL

Kategori

Nama

Standard 3*

Hotel Salita atau setaraf

Deluxe 4*

Frangipani Villa atau setaraf

Luxury 5*

Sokha Angkor Resort Hotel atau setaraf 

Penerbangan

Pakej ini tidak termasuk tiket penerbangan.
Sertakan permintaan tiket penerbangan di borang tempahan di bawah untuk tawaran harga tiket penerbangan yang terbaik. 

Perlepasan

Sepanjang Tahun

Harga Termasuk
  • Penginapan 5 malam di hotel dengan sarapan
  • 5 kali makan tengah hari dan makan malam seperti jadual
  • Bayaran masuk
  • Pengangkutan darat berhawa dingin ulang-alik ke lapangan terbang
  • Pengangkutan dari Phnom Penh ke Siem Reap dengan bas awam berhawa dingin
  • Air minuman sepanjang perjalanan

Pakej Tidak Termasuk

  • Tiket penerbangan dan cukai lapangan terbang
  • Yuran visa, tipping untuk pemandu pelancong dan pemandu
  • Perbelanjaan peribadi seperti telefon, dobi dan sebagainya

Polisi Kanak-Kanak

  • Kanak-kanak tanpa katil = diskaun 25% daripada harga dewasa
  • Kanak-kanak berkatil tiada diskaun

Makluman Penting

  • Berpakaian lengkap semasa melawat Royal Palace dan Silver Pagoda.
Peta Perjalanan

Galeri