10H7M RUSSIA + UZBEKISTAN

Kazan - Moscow - Bukhara - Guduvan - Samarkand - Tashkent
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM 7,990

Nilai Pakej Berbaloi-baloi!
Harga serendah RM 8,590
Nilai Pakej Berbaloi-baloi!
Harga serendah RM 8,590

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Office : 03 9132 2884

Whatsapp : 013 500 2884

Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1KUALA LUMPUR – TASHKENT

Berkumpul di Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Kazan melalui Tashkent.

Hari 2TASHKENT – KAZAN (MT/MM)

Setibanya di lapangan terbang Kazan, dijemput pemandu pelancong dan tetamu akan dibawa melawat di sekitar bandar Kazan, ibu kota Tatarstan terletak di Barat Rusia di sungai Volga. Makan tengahari di restoran tempatan. Meneruskan lawatan ke Kazan Kremlin iaitu pusat bandar utama di bandar Volga dan ianya telah disenaraikan sebagai salah satu tapak warisan UNESCO. Seterusnya tetamu dibawa melawat ke Qol Sharif Mosque, ditubuhkan pada tahun 1552 di Kazan dan merupakan masjid utama Tatarstan dan salah satu masjid yang terbesar di Eropah. Melawat Museum of Islamic Culture di dalam masjid tersebut. Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.

Hari 3KAZAN – MOSCOW (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar hotel. Memulakan lawatan ke Temple of all Religions atau dikenali sebagai Ecumenical Temple yang terletak di kampung Old Arakchino berhampiran Kazan. Ditubuhkan pada tahun 1994, ia menggabungkan unsur-unsur seni bina kuil dari semua agama utama di dunia: Kristian, Islam, Buddhisme, Hindu dan Politeisme Maya. Makan tengahari di restoran tempatan. Meneruskan lawatan ke Bauman Street. Ianya merupakan jalan yang tertua dan yang utama terletak di tengah-tengah bandar Kazan yang wujud sejak abad ke-15. Kawasan ini dikelilingi oleh monumen yang indah serta kuil dan masjid yang menarik setiap pelancong yang berkunjung ke bandar ini. Makan malam di restoran tempatan dan meneruskan perjalanan ke Moscow dengan menaiki kereta api. Bermalam di dalam Kereta Api.

Hari 4MOSCOW (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Memulakan lawatan ke Sparrow Hills, ia menjadi tempat kegemaran penduduk ibu kota menghabiskan masa lapang. Makan tengahari d restoran tempatan. Meneruskan lawatan ke Moscow Kremlin, salah satu tempat yang paling terkenal di Moscow. Dinding bata merah dan 20 menara yang mempunyai sejarah tersendiri yang unik. Sejak pembinaan pertama pada tahun 1511 sebagai kubu kayu yang di perintah Grand Duke Yuri Dolgoruky, ia telah dibina semula beberapa kali. Seterusnya tetamu dibawa mengunjungi Kremlin Armory Chamber yang merupakan muzium tertua di kremlin. Ia ditubuhkan pdaa tahun 1511, tetapi pembinaan semula bermula pada abad ke-19. Meneruskan lawatan ke Red Square. Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.

Hari 5MOSCOW – BUKHARA (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Memulakan lawatan ke Izmaylovo Kremlin ia adalah kompleks unik yang menggabungkan muzium vodka, roti, coklat, mainan Rusia, bengkel seni, pasar dan pelbagai hiburan. Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Bukhara (Meals on Board). Tiba di lapangan terbang Bukhara, makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.

Hari 6BUKHARA (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Memulakan lawatan ke sekitar Bandar Bukhara, Bahaiddin Naqshbandi Complex yang terletak beberapa kilometer dari Bukhara. Ia merupakan kompleks memorial Pemimpin Sufi dan ahli falsafah terkenal. Meneruskan lawatan ke Citadel Ark yang merupakan Kubu purba di Bukhara. Makan tengah hari di restoran tempatan dan menyaksikan tarian tradisional. Bertolak ke hotel dan daftar masuk hotel. Meneruskan lawatan ke Toki Saraffon, Toki Telpak Furushon & Toki Zargaron domes dan berpeluang untuk membeli cenderamata seperti seramik, aksesori dan pelbagai barangan cenderamata yang menarik. Seterusnya lawatan ke Complex Lyabi-Khauz dan Poi Kalon Complex. Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.

Hari 7BUKHARA – GIJDUVAN – SAMARKAND (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Memulakan perjalanan ke Samarkand. Dalam perjalanan, tetamu akan singgah di Gijduvan Vilage untuk melawat bengkel tembikar yang terkenal, yang sebelum ini pernah dikunjungi oleh ahli politik Amerika, Hillary Clinton, Sir Charles, dan ramai lagi. Di sini, tetamu berpeluang untuk mempelajari sejarah pembuatan tembikar Uzbekistan dan membeli sedikit cenderamata untuk dibawa pulang. Makan tengahari di Pottery House, kemudian tetamu juga berpeluang untuk belajar proses pembuatan roti tempatan iaitu shish kebab. Selepas itu, meneruskan perjalanan ke Samarkand. Dalam perjalanan, singgah di Al Bukhary Memorial Complex. Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.

Hari 8SAMARKAND – TASHKENT (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Memulakan lawatan ke sekitar bandar Samarkand. Tetamu dibawa melawat ke Registen Square yang merupakan kompleks tiga bangunan bersejarah iaitu Madrasah Ulugbek, Madrasah Sher-dor, dan Madrasah Tilla-Kori. Meneruskan lawatan ke Complex Shakhi -Zindeh dan Mausoleum Guri Emir. Makan tengahari di restoran tempatan. Seterusnya bertolak ke Tashkent dengan menaiki bullet train “Afrosiab”. Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.

Hari 9TASHKENT – KUALA LUMPUR (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Memulakan lawatan ke sekitar bandar Tashkent. Tetamu dibawa melawat ke Independence Square yang merupakan dataran utama negara Uzbekistan. Seterusnya melawat Amir Timur Square iaitu salah satu dataran pusat Tashkent yang di dirikan bersempena mengingati wira negara dan Tashkent Metro yang merupakan antara keretapi bawah tanah tercantik di dunia. Makan tengahari di restoran tempatan. Seterusnya meneruskan lawatan ke bandar lama Tashkent dimana ianya Kawasan yang masih mengekalkan gaya tradisional Uzbek seperti Chorsu Bazaar, Kukaldash Madrasah, Hast Imam Complex dan Muyi muborak Madrasah. Bertolak ke lapangan terbang Tashkent untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Hari 10KUALA LUMPUR

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Harga Pakej

Jadual Penerbangan

Uzbekistan Airways

FLIGHT

DARI

KE

BERLEPAS

KETIBAAN

HY 552

KUL

TAS

1935

0320

HY 649

TAS

KZN

0730

0900

HY 608

DME

BHK

1505

2055
HY 553 TAS

KUL

2100

1025

Tarikh

17 Oct 2018

Hotel

BANDAR RATING NAMA HOTEL
Kazan 4* Hotel Relita atau setaraf
Kazan – Moscow NA Russian Railways 
Moscow 4* Hotel Sunflower Park atau setaraf
Bukhara 3* Hotel Lyabi Hauze atau setaraf
Samarkand 4* Hotel Regal Palace atau setaraf
Tashkent 4* Hotel Uzbekistan atau setaraf

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan bertaraf 3*-4* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam sesuai Muslim sepanjang lawatan.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Kremlin, Armoury Chamber, Hermitage Museum, Museum of Islamic Culture.
  • Pengangkutan keretapi Kazan – Moscow & Bullet Train Afrosiab dari Samarkand – Tashkent.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman sepanjang lawatan.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.
  • Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi) Wan Vacation Sdn. Bhd.

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Galeri