Itali menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk dijalani semasa percutian Itali anda. Dapatkan pakej Italy yang sempurna dan nikmati pengalaman yang tidak terlupakan. Berikut adalah 10 aktiviti terbaik yang harus anda sertai semasa percutian Itali anda pada bulan Oktober.
- Jelajah Kota Rom: Lawati mercu tanda ikonik seperti Colosseum, Forum Rom dan Vatican City. Cuaca pada bulan Oktober adalah nyaman dan selesa untuk bersiar-siar, dan anda boleh mengelakkan pengunjung yang terlalu ramai semasa musim kemuncak.
- Alami keindahan Florence: Hayati seni dan senibina Renaissance di Florence. Teroka Galeri Uffizi, jelajah ke puncak Duomo dan berjalan di atas Jambatan Ponte Vecchio yang terkenal.
- Kota Romantika Venice: Nikmati daya tarikan unik kota romantika Venice dengan menaiki gondola melalui terusan-terusan yang indah. Lawati Lapangan St. Mark, jelajahi Istana Doge, dan hayati senibina Venetian yang cantik.
- Pantai Amalfi Yang Menakjubkan: Pantai Amalfi terkenal dengan landskap pantai yang amat menakjubkan. Bersiar dan lawati bandar-bandar yang menarik seperti Positano dan Ravello, serta nikmati masakan tempatan yang lazat.
- Melawat Tuscany: Luangkn masa ke wilayah indah Tuscany yang terkenal dengan bukit-bukit yang menghijau, ladang anggur, dan kampung-kampung yang menawan. Terokai bandar-bandar seperti Siena dan Pisa, serta nikmati makanan tempatan.
- Jelajahi Cinque Terre: Temui lima kampung berwarna-warni Cinque Terre yang sangat unik di Riviera Itali. Mendaki di sepanjang laluan tepi pantai, lawati pelabuhan-pelabuhan yang cantik, dan cuba hidangan laut segar.
PAKEJ ITALY CINQUE TERRE - Nikmati Tasik: Lawati bentangan tasik-tasik indah Itali, seperti Tasik Como atau Tasik Garda. Terokai bandar-bandar sekitar tasik yang menarik, dan nikmati keindahan semulajadinya.
- Wilayah Wain: bagi non muslim, Itali terkenal dengan pengeluaran wainnya. Terokai wilayah-wilayah wain seperti Tuscany, Piedmont, atau Umbria, dan sertai lawatan dan perisaan ladang anggur untuk merasai beberapa wain terbaik yang Itali tawarkan.
- Rasai Masakan Asli Itali: Itali terkenal dengan makanan yang lazat. Lawati pasar tempatan, dan nikmati hidangan asli Itali seperti pizza, pasta, gelato, dan makanan khas sesuatu wilayah.
- Festival Tempatan: Bulan Oktober merupakan tuan rumah kepada pelbagai festival di pelbagai bahagian Itali. Contohnya, Pesta Truffle Putih Alba di Piedmont atau Festival Coklat di Perugia.
Pelbagai lagi tarikan dan keunikan negara Italy yang boleh anda alami. Jom bersama kami dalam Pakej Percutian Italy.
PAKEJ BEST OF ITALY: Klik Sini.