10 Lubuk Bangkok Street Food Untuk Food-Lovers di Thailand!

bangkok street food

Kalau bercakap mengenai Bangkok street food, topiknya tidak akan pernah habis.

Jika di Malaysia Pulau Pinang adalah hotspot lubuk makanan, Thailand pula ada Bangkok.

Di mana adanya ramai orang berkumpul, di situlah adanya lubuk makanan untuk foodie di Thailand.

Walaupun Bangkok adalah kota raya yang paling meriah dengan variasi makanan yang banyak, tidak semestinya semua makanan berbaloi untuk anda cuba.

Jadi, jom kami ingin kongsikan 10 Bangkok street food untuk anda.

Kenapa Bangkok Street Food adalah A Must-Try di Thailand

Bangkok street food tiada lawan dalam kepelbagaian dan rasanya.

Harga murah dan keenakannya menjadikan ia pilihan terbaik jika anda datang ke Bangkok.

Walaupun anda memasuki lorong kecil dan sempit sekalipun, anda masih boleh menemui pelbagai hidangan street food yang tak terkira.

10 Lubuk Bangkok Street Food

1. Pasar Ratchawat

Ratchawat adalah yang pertama, menawarkan pelbagai restoran dengan itik panggang, mi daging lembu Kobe, dan sebagainya.

Kira-kira satu kilometer lagi ialah Pasar Sriyan, satu lagi lubuk untuk para foodie.

Pasar Sriyan adalah destinasi terbaik bagi penggemar mi dan kari.

Kedua-dua Ratchawat dan Sriyan mempamerkan makanan jalanan Bangkok dengan suasana santai dan lenggang, di mana trafik bergerak sedikit perlahan daripada seluruh bandar.

2. Yaorawat

Chinatown Bangkok, juga dikenali sebagai Yaowarat, mempunyai beberapa pilihan street food di bandar ini.

Anda akan menemui dengan beberapa pakar tukang masak Bangkok Street Food.

Pada waktu siang, anda boleh ke pasar, tetapi pada waktu petang adalah titik mula pasar ini hidup dengan penjaja makanan jalanan.

Jika anda ingin merasa sup Sarang Burung, Yaowarat tidak akan mengecewakan anda.

Selain itu, tak sah jika anda tidak mencuba ikan Siakap Kukus di sini! Makanan seafood di sini adalah paling wajib untuk anda cuba.

Usai selesai dengan makanan yang berat tadi, lengkapkan pula dengan pencuci mulut di Yaowarat Toasted Bread.

Di bakar dengan arang dan terdapat 11 perisa untuk anda nikmati.

Dari pembuka makanan, heavy meal sehingga pencuci mulut, Chinatown di Bangkok ini destinasi wajib untuk anda!

3. Charoen Krung

Berjalan-jalan di sepanjang Charoen Krung akan membuatkan anda kenyang yang teramat.

Bauan bawang putih yang ditumis, gorengan mi, ladu yang dikukus, itik bakar dan buah potong akan membuat anda keliru dan terliur.

Betul-betul di stesen BTS Saphan Taksin, anda akan jumpa restoran mi bot yang sedap.

Seterusnya, jika anda berjalan ke atas sedikit, terdapat restoran itik Prachak yang terkenal.

Untuk vegetarian, anda boleh singgah ke Tien Sin.

4. Victory Monument

Victory Monument juga salah satu lubuk Bangkok street food kerana ia merupakan hub pengangkutan utama di sini.

Di sini, tidak terkira banyaknya bas yang mengambil dan menurunkan penumpang di bulatan besar ini.

Di sini juga bersebelahan dengan sois, perkataan Siam untuk kawasan kejiranan anda boleh menemui pelbagai restoran, gerai snek dan makanan.

Bahagian hujung Utara tempat ini terletaknya lorong mi bot (boat noodle) yang dijual oleh beberapa restoran dan anda boleh pilih sahaja restoran yang anda suka.

5. Chatuchak Weekend Market

Chatuchak Weekend Market, hub yang sentiasa sibuk dengan aktiviti membeli-belah dan penjualan makanan jalanan.

Antara hidangan yang wajib dicuba ialah aiskrim kepala yang disajikan dalam tempurung kelapa.

Pasar hujung minggu ini juga terkenal dengan telur puyuh goreng sebagai snek sihat.

Bagi penggemar makanan laut, udang sungai panggang adalah tumpuan utama di sini, dengan daging segar lengkap bersama sos pencicah pedas.

Untuk First-Timer, Ini Info Penting Anda Perlu Take-Note

Untuk anda pelancong first-time ke Bangkok, ada beberapa benda yang membantu anda menikmati makanan jalanan di sini dengan lebih menyeronokkan.

1. Cari Gerai yang Ramai Pelanggan

Pelanggan yang ramai menunjukkan makanan di situ sedap dan boleh dimakan.

2. Pastikan Gerai Bersih

Perhatikan bagaimana makanan disediakan untuk memastikan kebersihan.

3. Rajin Bertanya Lokal

Penduduk tempatan sangat terbuka untuk menjawab pertanyaan anda dan megesyorkan anda ke gerai terbaik.

Penutup

Street food adalah tarikan utama dan penting dalam budaya kota raya Bangkok.

Dari jalan-jalan yang sibuk di Yaowarat hingga ke Chatuchak Weekend Market, selani sendiri di setiap lorong di tempat-tempat ini.

Mahu ke Bangkok tapi inginkan proses diurus A-Z oleh pihak lain? Sertai trip melancong ke Bangkok dengan selamatbercuti.com.

Tiket penerbangan dan itineri tempat-tempat tarikan pelancong akan diurus, termasuk pengangkutan bas yang anda akan naik!

Tempah sekarang dengan selamatbercuti.com yang juga dikenali sebagai Wan Vacation Sdn Bhd.

Wan Vacation Sdn Bhd

Pejabat Cheras (Taman Connaught)

Ms Emy : 011 1111 2884

Ms Feenaz : 012 927 2884

info@selamatbercuti.com

Pejabat Putrajaya (Presint 15)

Mr Izzuddin : 0105302884

 Mr Farid : 0178570353

putrajaya@selamatbercuti.com

Pakej Percutian ke Bangkok Boleh Tekan Di Sini

Leave a Reply

Private Tour
Request

Please fill in all required information for us to propose the best packages for you