3H1M Singapore dari Putrajaya 2023

Jika anda bercadang untuk bercuti atau ‘short trip’ di Singapore bersama keluarga atau rakan-rakan, kini anda boleh menyertai pakej 3H1M Singapore kami. Pada hari pertama, perjalanan akan bermula dari Putrajaya Sentral pada pukul 11 malam dan bergerak menaiki bas ke Johor Bahru. Anda akan tiba di perhentian Gelang Patah jam 5 pagi untuk solat subuh, mandi dan sarapan pagi. Kemudian bergerak ke Imigresen Johor Bahru bagi cop passport.

Pada hari kedua, anda akan habiskan masa seharian di Singapore. Anda akan dibawa untuk melawat di beberapa tempat seperti:

  1. Merlion

Patung gergasi berkepala singa berbadan ikan ini, sememangnya tidak asing lagi bagi semua orang. Merlion, maskot rasmi negara kota singa ini. Kebanyakan pelancong yang datang ke Singapore ini pasti akan bergambar disini.

2. Garden by The Bay

Di Gardens by The Bay ini anda boleh bersiar-siar percuma di kawasan terbuka sambil bergambar dengan SuperTrees atau masuk ke dalam dome berbayar yang sejuk untuk melihat tumbuhan dari seluruh dunia. Kalau anda memang sukakan pokok dan bunga, dan nak tengok pemandangan indah kota dari tepi teluk, jangan lepaskan peluang ke sini.

3. USS Sentosa (Photostop)

Tidak ramai yang tahu bahawa, Universal Studios Singapore (USS) Sentosa juga merupakan spot pelancongan yang sangat menarik untuk dikunjungi. Dan yang paling penting, glob ikon USS yang sangat disukai orang ramai untuk bergambar.

4. Masjid Sultan (Arab Street)

Semua orang pasti kenal Masjid Sultan ini. Ia antara bangunan ikon negara Singapore. Masjidnya tidaklah terlalu besar dan bersaiz megah seperti beberapa masjid utama di Malaysia. Tapi, reka bentuk dan seni binanya, memang cantik dan comel. Ia ada seketul masjid di tengah-tengah kesibukan Kampung Glam itu. Sebab tu, tak hairan kalau kita melihat ramai je dari kalangan non-muslim yang datang ke sini untuk bergambar, dan melihat keindahan seni bina Islam ini.

5. Jewel Changi (Photospot)

Jewel Airport

Tempat ini merupakan tempat yang sangat cantik. Ia merupakan sebuah tempat yang bagaikan air terjun yang dikelilingi hutan tropika. Kehijauan di sekelilingnya adalah bukan tipu-tipu. Semuanya adalah pokok yang hidup. Suhu di sini pula telah ditetapkan pada suhu yang nyaman.

6. Orchard Street

Kawasan ini merupakan destinasi membeli-belah yang sesuai untuk bermula, kerana terdapat banyak kedai-kedai mewah di setiap selekoh. Terdapat juga empat buah teater filem, termasuklah IMAX, dan karaoke KTV. Jika anda merasa lapar ketika menghabiskan wang anda membeli-belah, terdapat banyak kedai-kedai makan yang menghidangkan masakan-masakan antarabanga di sini.

Setelah habis melawat ke tempat tersebut, anda akan bergerak ke Imigresen Singapore. Anda akan menikmati makan malam di JB Stulang Laut. Kemudian anda akan check in hotel dan bermalam di Johor Bahru.

Pada hari ketiga, anda akan bersarapan di hotel dan check out. Anda akan mulakan lawatan ke Istana Bukit Serene untuk photostop dan ke Johor Premium Outlet (JPO) bagi menikmati membeli belah ke outlet berjenama dengan diskaun 50%. Setelah membeli belah, anda akan bergerak pulang ke Putrajaya.

Hubungi kami di selamatbercuti.com

About the author

selamatbercuti.com is a travel agency based in Cheras & Putrajaya.

Leave a Reply

Private Tour
Request

Please fill in all required information for us to propose the best packages for you