5 masjid tercantik di dunia ini mungkin akan membuatkan anda terpesona!
Keindahan seni bina yang dipengaruhi pelbagai sejarah dan aspek seni bina seluruh dunia, 5 masjid ini patut anda save sebagai tempat untuk anda melawat nanti!
Ini 5 Masjid Tercantik di Dunia
1. Masjid Süleymaniye, Istanbul, Turkiye
Masjid Süleymaniye yang terletak di Istanbul, Turkiye, merupakan masjid paling besar di bandar Sultan Süleymaniye.
Masjid Süleymaniye adalah gabungan tradisi seni bina Islam dan Byzantine yang menakjubkan dan unik.
Banyak elemen reka bentuknya, termasuk kubah dan menara, mengingatkan katedral Byzantine terutamanya Hagia Sophia.
Ciri yang paling utama dan boleh dikenal pasti dengan jelas ialah kubah utamanya, yang dikelilingi oleh kubah yang lebih kecil dan beberapa siri gerbang.
Tinggi kubah adalah kiraa-kira 47 meter tinggi.
Gerbangnya mempunyai tingkap yang cantik dan disokong oleh penopang yang sebahagiannya tersembunyi di dalam dinding struktur dan kemudian ditutup dengan galeri.
Penopang yang “tersembunyi” ini merupakan yang pertama dalam seni bina Imperial dan paling unik di Masjid ini.
Rekaan ruang dan efek cahaya ditekankan dalam separuh kubah yang disokong di bahagian atas dan bawah masjid.
Ia juga ditekankan di ruang melengkung monumental ke barat daya dan timur laut.
2. Masjid Hassan II, Casablanca, Morocco
Masjid Hassan II dinamakan selepas Raja Hassan II bukan sahaja dibina atas seni bina luar biasa, tetapi juga memegang sejarah dan kepentingan budaya.
Dinding di sekeliling Masjid Hassan II dihiasi kaligrafi arab yang mempesonakan dan menunjukkan keeleganan dan kecantikan perkataan yang ditulis.
Pada waktu malam, masjid ini akan dihiasi cahaya lampu dan boleh dilihat dari jauh. Ia boleh dijadikan sebagai panduan cahaya kepada pengunjung.
Fakta menarik tentang masjid ini – seramai 6,000 artisan dan pakar tukang untuk membinanya, sebagai simbolik melambangkan perpaduan dan semangat kolektif rakyat negara ini.
Menara masjid ini berketinggian 210 meter atau 690 kaki tinggi, menjadikannya bangunan tertinggi di Morocco.
Tak lupa juga Masjid Hassan II menduduki tangga ke-14 masjid terbesar di dunia. Masjid ini boleh memuatkan seramai 25,000 jemaah dan 80,000 jemaah di luar masjid.
3. Masjid Sheikh Zayed, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE)
Setiap tahun, Masjid Sheikh Zayed menjadi tumpuan jutaan pengunjung.
Masjid ini, bersempena nama Almarhum Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, presiden pertama UAE boleh memuatkan 40,000 jemaah.
Kepentingan rohani dan superlatif yang tidak terkira banyaknya.
Digabungkan di bawah 82 kubah marmar putih, 1,096 tiang luaran, 96 tiang dalaman bertatahkan permata separa mahal, dan tujuh chandelier kristal Swarovski bersalut emas 24 karat.
Ke semua fitur ini adalah untuk mencipta hasil pameran warisan budaya bandar yang menakjubkan.
Jika anda pergi ke sini, anda akan lihat ilustrasi bunga di sekeliling halaman utama masjid ini yang berkeluasan 17,600 meter persegi.
Apa yang menarik, ilustrasi ini berdasarkan bunga yang boleh dijumpai di wilayah Timur Tengah.
4. Masjid Muhammad Ali, Kaherah, Mesir
Masjid Muhammad Ali di Cairo, Mesir ini kaya dengan sejarah dan seni binanya juga berkait rapat dengan pelbagai insiden yang menjadikan Mesir pada hari ini.
Untuk pengetahuan anda, masjid Muhammad Ali ini dibina dengan karya seni bina zaman Uthmaniyyah.
Ini kerana, Ali Pasha, pemerintah Mesir pada ketika itu memilih stail seni bina atas tribut kepada bekas tuannya.
Masjid ini dibina di Kubu Kaherah di lokasi struktur Mamluk sebelum ini, walaupun ia tidak siap sehingga pemerintahan Said Pasha pada tahun 1857.
Masjid ini merupakan salah satu masjid yang paling dikenali di Kaherah kerana bayangnya yang meriah dan menara berkembar di puncak Citadel.
Nama lain untuk masjid ini adalah Masjid Alabaster kerana dindingnya dipasang dengan panel alabaster.
Selain itu, masjid ini rumah kepada beberapa artifak Islam terkenal dunia.
Seketul batu dari Kaabah, dan sehelai janggut daripada Nabi Muhammad SAW adalah beberapa artifak Islam yang berada di sini.
5. Masjid Tokyo Camii, Tokyo, Jepun
Jika anda di Jepun, singgah-singgah lah di Masjid Tokyo Camii.
Masjid ini adalah pertama dan tertua di Jepun! Ini kerana ia dibina oleh komuniti Turki yang migrasi dari Russia pada tahun 1938.
Sebab itu seni bina masjid ini mempunyai pengaruh besar seni bina Turki.
Pada hari ini, masjid itu dianggap sebagai masjid tercantik di seluruh Jepun dengan candelier tinggi dan tempat beribadah yang sangat terang.
Selain sebagai tempat menunaikan solat, masjid ini mempunyai pusat kebudayaan, perpustakaan Islam, makanan Turki dan cenderahati Turki untuk dijual.
Mereka juga mengadakan program memperkenalkan Islam kepada bukan muslim setiap minggu!
3 Tips Penting Semasa Melawat Masjid
Buat mereka yang muslim, sebahagian besar dari anda mungkin sudah terbiasa dengan adab semasa di Masjid.
Tetapi, ada yang bukan Muslim yang tidak terbiasa tidak tahu adab-adab yang perlu dipatuhi bagi menghormati masjid sebagai tempat orang Islam beribadah.
Jadi ini adalah 3 tips untuk ada praktik ketika melawat masjid:
1. Pakai Pakaian Konservatif
Apabila melawat masjid, adalah penting untuk berpakaian sopan dan menutup aurat.
Ini bermakna bukan sahaja menutup bahu dan kaki anda tetapi juga memilih pakaian longgar yang tidak menarik perhatian yang tidak perlu.
Wanita hendaklah memastikan rambut mereka ditutup dengan secukupnya sebagai tanda menghormati kepentingan agama Islam.
2. Tanggalkan Kasut Di Luar Masjid
Apabila tiba, ingat untuk menanggalkan kasut anda sebelum memasuki masjid.
Ini adalah amalan adab di banyak tempat keagamaan dan menunjukkan penghormatan terhadap ruang suci.
Anda biasanya akan menemui kawasan yang ditetapkan berhampiran pintu masuk di mana anda boleh meninggalkan kasut anda dengan selamat.
3. Hormati Masjid
Di dalam masjid, jagalah sikap dan hormat-menghormati.
Elakkan perbualan yang kuat, dan jika anda sebahagian daripada kumpulan pelancong, pastikan anda tidak terlalu bising atau bercakap terlalu kuat.
Elakkan daripada menyentuh sebarang artifak atau hiasan melainkan dibenarkan secara jelas, kerana barang-barang ini mungkin mempunyai kepentingan keagamaan.
Penutup
Masjid-masjid dalam senarai ini rata-rata mempunyai sejarah seni bina dan berkait rapat dengan kepentingan agama Islam.
Setiap masjid menyimpan pelbagai sejarah yang bermakna dan ada yang sehingga menjadi simbolik kepada kemerdekaan sesebuah negara. Sebagai contoh, Masjid Muhammad Ali di Mesir.
Melawat masjid bukan sahaja sebagai penyedap mata, tetapi sebagai suatu aspek pemenuhan rohani terutamanya umat Islam.
Sambil melawat negara, apa salahnya melawat Masjid – pelancongan 2 dalam 1 ini anda boleh buat dengan travel agency Wan Vacation Sdn Bhd tau!
Berita baik! Dalam tahun 2024 ini, pakej pelancongan yang berpatutan yang melawati beberapa masjid tercantik di dunia ada di Wan Vacation Sdn Bhd!
● Morocco + Spain + Portugal [12H9M]
● Classical Turkiye [9H7M]
Tekan link di atas dan lihat itinerary setiap pakej untuk mengetahui lebih lanjut.
Paling penting kami urus tiket penerbangan anda! Pilih pakej yang anda mahukan dan biar kami uruskan!
Hubungi talian dibawah untuk membuat tempahan pakej:
-
- 03 9132 2884
-
- 03 8893 0084
-
- 011 1111 2884
-
- 012 963 2884.