9 Wali Songo

7H6M Ziarah 9 Wali Songo Muslim Tour

Day 01, 28 Aug :  Arrival Surabaya
Berkumpul di KLIA. Berlepas ke Surabaya International Airport. Setibanya di Surabaya, berjumpa dengan pemandu pelancong. Berkunjung ke Masjid Al Akbar Surabaya. Makan tengah hari di restoran tempatan. Bertolak ke Batu, dalam perjalanan singgah ke ‘industry perumahan’ seperti barangan kulit, bag, jaket & kasut di Desa Tanggulangin, Kerajinan Bordir di Sidoarjo, dan produk – produk hasil laut di Kota Sidoarjo. Tiba di Malang, makan malam dan daftar masuk hotel.
Meals Plan – {Makan tengah hari, makan malam}
Hotel – Malang

Day 02, 29 Aug : Malang – Surabaya
Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Turen, untuk mengunjungi Pokdok Pesantren Salafiah Bihaaru Bahri Asali Fadlaailir Rahmah yang terkenal dengan Mesjid Tiban, masjid dengan architectur unik yang disebut juga Masjid 1000 pintu. Kemudian mengunjungi perkebunan Epal, makan tengah hari & Kembali ke Surabaya. Berkunjung ke Masjid Sunan Ampel, salah seorang daripada Wali Songo, pengajar Islam di Pulau Jawa. Makan malam di restoran tempatan, daftar masuk hotel di Surabaya.
Meals Plan – {Sarapan pagi, Makan tengah hari, makan malam}
Hotel – Surabaya

Day 03, 30 Aug : Surabaya – Tuban – Rembang
Sarapan pagi di hotel, bertolak ke Gresik untuk menziarahi Makam Syeikh Maulana Malik Ibrahim (Sunan Gresik), dan juga Sunan Drajat. Meneruskan perjalanan ke Tuban, menziarahi Makam Raden Machdum Ibrahim. Meneruskan perjalanan ke Rembang, makan malam dan daftar masuk di hotel.
Meals Plan – {Sarapan pagi, Makan tengah hari, makan malam}
Hotel – Rembang

Day 04, 31 Aug : Rembang – Kudus – Demak – Semarang
Sarapan pagi di hotel, bertolak melawati Makam Sunan Gunung Muria (Raden Umar Said). Meneruskan perjalanan ke Kudus, menziarahi Makam Sunan Kudus (Ja’far Shodiq), dan seterusnya ke Kota Demak untuk melawati Masjid Besar Demak dan menziarahi Makam Sunan Kali Jaga (Raden Mas Said) di Masjid Kadilangu. Meneruskan perjalanan ke Semarang, makan malam dan daftar masuk hotel di Semarang.
Meals Plan – {Sarapan pagi, Makan tengah hari, makan malam}
Hotel – Semarang

Day 05, 1 Sep : Semarang – Cirebon – Bandung
Sarapan pagi di hotel. Meneruskan perjalanan ke Cirebon, berhenti di Pekalongan, sebuah kota yang sangat terkenal dengan industry batik. Tiba di Ceribon, singgah menziarahi Makam Dan Giok dari China (Isteri Sunan Gunung Jati), seterusnya meneruskan perjalanan ke Bandung. Tiba di Bandung, makan malam dan daftar masuk ke Daarut Tauhid Cottage – yang dimiliki oleh Pesantren Daarut Tauhid, yang diasuh oleh Ulama Abdullah Ahmad Gymnastiar (AA Gym). Peserta lawatan akan mengikuti pengajian Ba’da Isha di Masjid Daarut Tauhid.
Meals Plan – {Sarapan pagi, Makan tengah hari, makan malam}
Hotel – Bandung

Day 06, 2 Sep : Bandung – Kawah Putih
Solat Subuh dan mengikuti pengajian Ba’da Subuh di Masjid Daarut Tauhid. Sarapan pagi, dan acara pagi ini bermula dengan melawati Kawah Putih dan Kebun Strawberry di Ciwidey. Kembali ke Bandung, membeli – belah di Pasar Baru, makan tengah hari dan solat di masjid Al Akbar. Berkunjung ke Musium Rasulullah, makan malam dan daftar masuk hotel.
Meals Plan – {Sarapan pagi, Makan tengah hari, makan malam}
Hotel – Bandung

Day 07, 3 Sep : Bandung – Jakarta
Sarapan pagi. Bertolak ke Jakarta untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Meals Plan – {Sarapan pagi, Makan tengah hari}
Hotel – None

Senarai Hotel

Bandar Nama Hotel (atau setaraf)
Malang Grand Cokro Hotel 
Surabaya Surabaya Suites
Rembang Pollos Hotel
Semarang Oak Tree Emerald Hotel
Bandung Daarut Tauhid Cottage
Bandung Best Western Premier

Harga Pakej

Minimum Harga
6 orang ke atas RM 2,660

Pakej termasuk

  • Bilik penginapan
  • Makan & minum seperti program di atas
  • Pengangkutan beraircond seperti program di atas
  • Tiket masuk ke tempat lawatan
  • Pemandu pelancong sepanjang program
  • Tipping kepada pemandu pelancong & pemandu bas

Pakej belum termasuk

  • Tiket penerbangan Kuala Lumpur ke Surabaya & Jakarta ke Kuala Lumpur
  • Insurance
  • Perbelanjaan peribadi

Cadangan Penerbangan

Malaysia Airlines

Hari Pesawat Dari Ke Waktu Berlepas Waktu Tiba
Hari 01 MH871 Kuala Lumpur Surabaya 0725 0910
Hari 07 MH720 Jakarta Kuala Lumpur 1605 1925

AirAsia

Hari Pesawat Dari Ke Waktu Berlepas Waktu Tiba
Hari 01 QZ321 Kuala Lumpur Surabaya 0910 1055
Hari 07 QZ206 Jakarta Kuala Lumpur 1830 2140

Private Tour
Request

Please fill in all required information for us to propose the best packages for you