Call us 24 hours, 7 days

Series Departure Package > Eropah > Azerbaijan + Georgia + Black Sea [10H7M]​

Previous slide
Next slide

Azerbaijan + Georgia + Black Sea [10H7M]

Baku - GoBustan - Sheki - Tiblisi - Batumi - Rize - Trabzon

Harga Termasuk: Tiket lawatan

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menaiki penerbangan ke Baku melalui Sharjah.

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Baku dan dijemput oleh pemandu pelancong.

  • Lawatan di Baku:
    • Fire Mountain (Yanardag), dimana terdapat api gas semulajadi di lereng bukit.
    • Heydar Aliyev Centre (photo stop), merupakan kompleks bangunan yang direka oleh arkitek Irak-British, Zaha Hadid yang terkenal dengan seni bina tersendiri dengan gaya melengkung dan sudutnya yang tajam. Pusat ini dinamakan sempena nama Heydar Aliyev, setiausaha pertama Azerbaijan Soviet dari 1969 hingga 1982, dan presiden Republik Azerbaijan dari Oktober 1993 hingga Oktober 2003.
  • Makan malam dan daftar masuk hotel. Bermalam di Baku.

Sarapan pagi di hotel.

  • Lawatan di Baku:
    • Upland Park, merupakan taman tertinggi di ibukota Azerbaijan dan dapat menikmati pemandangan panorama bandar Baku.
    • Carpet Museum, muzium yang mempunyai koleksi karpet Azerbaijan terbesar di dunia.
    • Maiden Tower (Qiz Qalazi), Struktur elemen Islam yang diterapkan menampilkan gabungan gaya seni bina Islam dan Parsi, ianya merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO yang bermula sejak abad ke-12.
    • Medieval Market Square dan Medieval Karavansaray, tempat merangkumi Galeri Seni, Studio Kraf, restoran dan kedai cendermata tempatan.

Makan malam dan bertolak pulang ke hotel.

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.

  • Lawatan di Baku:
    • Bibi Haybat Mosque, dibina pada abad ke-13 dan dibina semula pada tahun 1990 selepas dimusnahkan oleh Kerajaan Soviet.
  • Lawatan di Gobustan:
    • Gobustan Archaeological monuments, Ia merangkumi tiga kawasan tinggi berbatu dengan koleksi lebih daripada 6,000 ukiran batu daripada 40,000 tahun dahulu yang di tinggalkan oleh artis zaman Neolitik.
  • Lawatan di Sheki:
    • The Palace of Shaki Khans, kediaman musim panas bagi Shaki Khans yang dibina pada tahun 1797.

Makan malam dan daftar masuk hotel Bermalam di Sheki.

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.

Bertolak ke sempadan Azerbaijan – Georgia dan meneruskan perjalanan ke Sighnaghi.

  • Lawatan di Sighnaghi:
    • Bodbe Walking Tour, melawat 3 jambatan packhorse yang menyeberangi Sungai Bain, dan akan menemui air Terjun High Force setinggi 20 kaki.
    • Seterusnya Gua Wain Wath, gua batu purba yang mempunyai sejarah yang menarik.
    • Bergambar di Monastery St Nino, kompleks biara Ortodoks yang pernah menjadi salah satu tapak pelarian utama di Georgia.

Bertolak ke Tbilisi.

Makan malam dan daftar masuk hotel. Bermalam di Tbilisi.

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.

  • Lawatan di Tbilisi:
    • Old Town, melawat Metechi, salah satu kawasan bandar yang paling awal di diami, Abanotubani yang terkenal dengan mandian sulfuriknya.
  • Bertolak ke Batumi (perjalanan 5 – 6 Jam)
  • Lawatan di Batumi:
    • Batumi, lawatan berjalan kaki dan bergambar di Alphabet Tower, Menara Chaha, Medea Square dan Fountain of Neptun.
    • Piazza Square, dataran dengan seni bina Itali, dikelilingi dengan cafe, hotel, dan tempat membeli-belah.

Makan malam dan daftar masuk hotel. Bermalam di Batumi.

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak ke Rize.
  • Lawatan ke:
    • Firtina River & Old Ottoman Era Bridge, Jambatan yang dibina pada Zaman Uthmaniyah di Sungai Firtina.
    • Ayder Mountain Plateau, perkampungan yang popular di Black Sea Region dengan keindahan semulajadi yang unik terletak di tengah-tengah pergunungan Pontic.
  • Makan malam dan daftar masuk hotel. Bermalam di Rize.

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.

  • Bertolak ke Trabzon.
  • Lawatan ke:
    • Hagia Sophia, merupakan sebuah gereja Greek Orthodox yang diubah fungsi menjadi masjid pada 1584 dan 2013. Bangunan ini dipercayai dibina pada abad ke-13 pada zaman Empayar Trebizond yang menjadi Trabzon sebagai pusat pemerintahan.

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.

  • Lawatan di Trabzon:
    • Sumela Monastery, gereja orthodox dibina pada abad ke-4 di lereng gaung yang curam di Pergunungan Pontic menjadi tarikan pelancong yang unik dan merupakan Warisan Dunia UNESCO.
    • Uzungol Lake, tasik yang indah terletak di pekan kecil Uzungo berlatar belakang gunung ganang. Kebanyakkan rumah, hotel dan homestay disini terletak di lereng bukit.

Bertolak ke Lapangan Terbang Trabzon.

Menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur melalui Sharjah pada jam 0110 pagi.

Tiba di lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 02:15 pagi.

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi dan elaun bagasi – 30kg seorang
  • Penginapan 7 malam yang selesa di hotel bertaraf 3* / 4* (rujuk senarai hotel ditawarkan)
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara
  • Tiket masuk ke tempat lawatan seperti yang terdapat di dalam aturcara
  • Perkhidmatan pemandu pelancong yang berpengalaman
  • Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran
  • Diiringi ketua rombongan sekiranya kumpulan melebihi 15 orang
  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurance kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam waktu perlepasan)
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

Wan Vacation Sdn Bhd berhak melakukan sebarang perubahan pada aturcara perjalanan yang disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangka, terutamanya semasa tempoh ‘peak season’ atau dalam kes ‘force majeure’.

Warga Emas

RM8,990

RM8,640

Dewasa

RM8,990

RM8,690

Child Twin

RM8,990

RM8,590

Child W/Bed

RM8,990

RM8,590

Child No Bed

RM8,090

RM7,790

Untuk pertanyaan lanjut & tempahan

Hari

Pesawat

Sektor

ETD

ETA

01

G9 803

KUL - SHJ

0315

0625

01

G9 303

SHJ - GYD

1305

1555

09

G9 342

TZX - SHJ

0110

0525

09

G9 802

SHJ - KUL

1450

0215+1

LOKASI

BIL MLM

NAMA HOTEL

RATING

Baku

02

Austin Hotel Baku atau setaraf

Sheki

01

Sheki Park atau setaraf

Tbilis

01

Iveria Inn Tbilis atau setaraf

Batumi

01

World Palace Batumi atau setaraf

Rize

01

Rize Ramada atau setaraf

Trabzon

01

Trabzon Ramada atau setaraf

Untuk pertanyaan lanjut & tempahan:

Berhubung terus dengan kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

Emy

Senior Customer Service

Feenaz

Customer Service

Wani

Customer Service Assistant

Warga Emas

RM8,990

RM8,640

Dewasa

RM8,990

RM8,690

Headquarters

Wan Vacation Sdn Bhd
selamatbercuti.com

221-1, Jalan Sarjana,
Taman Connaught,
56000 Kuala Lumpur
03 9132 2884
info@selamatbercuti.com

Putrajaya

Wan Vacation Sdn Bhd
87A, Jalan Diplomatik,
Presint 15,
62050 Putrajaya
03 8893 0084
putrajaya@selamatbercuti.com

Toll Free: 1800 18 2884

Customer Service:
010 285 2884
011 1111 2884
012 963 2884

Tours:
012 269 2884
010 530 2884

Ticketing: 013 500 2884

Marketing: 012 927 2884

Sales: 012 963 2884

Wan Vacation Sdn Bhd (KPL 6811)
Tentang Kami
Pengarah & GM
Lesen Operasi
Kerjay

Private Tour
Request

Please fill in all required information for us to propose the best packages for you