Call us 24 hours, 7 days

Series Departure Package > Eropah > Berlin + Scandinavia [10H8M]​​

Previous slide
Next slide

Berlin + Scandinavia [11H8M]​

Berlin - Hamburg - Lubeck - Copenhagen - Oslo - Vasteras - Stockholm

Harga Termasuk: Tiket lawatan masuk Hamburg Rathaus, Viking Ship Museum, Copenhagen City Hall & Stockholm City Hall

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) untuk penerbangan ke Berlin, Jerman melalui Doha.

Lawatan di Berlin:

  • Photostop di Brandenburg Gate: Simbol perpecahan Berlin dan Jerman semasa Perang Dingin, kini menjadi simbol keamanan dan perpaduan negara.
  • Melawat bangunan parlimen The Reichstag, melepasi Victory Column, dan Berlin Wall Memorial yang didedikasikan untuk pembahagian negara Jerman.
  • Photo stop di Berlin Cathedral serta Checkpoint Charlie.
  • Bergambar di Museum Island, salah satu kompleks museum yang paling terkenal di Eropah dan telah menjadi tapak warisan dunia UNESCO sejak 1999.
  • Tetamu akan dibawa ke McArthurGlen Designer Outlet Berlin dan diberi masa bebas untuk membeli belah jenama terkemuka pilihan.
  • Daftar masuk hotel dan bermalam di Berlin.

Lawatan di Hamburg:

  • Melawat tarikan utama iaitu kawasan pelabuhannya yang terkenal iaitu Pelabuhan Hamburg. Selain menjadi hab pengangkutan utama.
  • Melawat City Hall Rathaus, bangunan parlimen yang mempunyai lebih banyak bilik daripada Istana Buckingham.
  • Photostop di bangunan Chilehaus, sebuah bangunan pejabat sepuluh tingkat di Hamburg, Jerman. Ia terletak dalam daerah Kontorhaus merupakan contoh luar biasa gaya seni bina Brick Expressionism tahun 1920-an.
  • Masa bebas untuk tetamu berjalan-jalan di Jungfernstieg, iaitu persiaran jalan utama yang dikelilingi café-café, tempat riadah serta tempat shopping.
  • Daftar masuk hotel dan bermalam di Hamburg.
  • Meneruskan perjalanan ke Puttgarden untuk menaiki ferry menuju ke Rødby, Denmark yang memakan masa selama 1 jam.
  • Seterusnya tetamu akan dibawa melihat sendiri kapal asli dan kelengkapan lain yang pernah digunakan pada zaman Viking di Viking Ship Museum. Hanya model kapal Viking di muzium ini sahaja yang mempunyai struktur lengkap berbanding dengan muzium-muzium lain di seluruh Scandinavia.
  • Berfoto di Kathedral Roskilde yang dibina pada abad ke-12 dan ke-13, ini adalah katedral Gothic pertama Scandinavia yang dibina daripada batu bata serta merupakan makam keluarga diraja Denmark sejak abad ke-15.

Daftar masuk hotel dan bermalam di Copenhagen.

Lawatan di Copenhagen:

  • Melawat Kobenhavns Radhus (City Hall) yang dibina pada tahun 1905 dengan sebuah menara jam terletak di tengah-tengah City Hall Square.
  • Berfoto di Christiansborg Palace yang merupakan parlimen dan pejabat Perdana Menteri Denmark sejak tahun 1928 dan Little Mermaid Statue yang cukup terkenal sebagai simbolik kepada mitos kewujudan duyung di sini.
  • Bersolat di Grand Mosque Copenhagen sebelum menuju ke pelabuhan untuk menaiki kapal persiaran DFDS Ferry menuju ke ibu kota Norway, Oslo.
  • Makan malam secara buffet dan bermalam di atas kapal.

Lawatan di Oslo: Photo stop di Nobel Peace Center yang menyimpan cerita penerima-penerima anugerah Nobel sebelum ini.

Melawat tarikan utama di sini seperti Oslo Opera House yang cukup unik binaannya seakan-akan terapung di atas air.

Frogner (Vigeland Sculpture) Park yang cukup luas serta terkenal dengan monumen-monumen di sekitarnya seperti The Monolith, Surprised, Angry Boy dan banyak lagi, berfoto di Akershus Fortress yang dahulunya ialah kubu pertahanan kota ini, dan akhirnya ke Oslo Radhus (City Hall) yang cukup unik dengan menara berkembar setinggi 66m.

Menuju ke Norway Islamic Cultural Centre untuk bersolat.

Daftar masuk dan bermalam di Oslo.

Lawatan di Vasteras: Memulakan perjalanan jauh dan singgah sebentar di Bandar Karlstad sebuah bandar kecil yang cantik dan lebih dikenali sebagai “Mini Paris”.

Bertolak menuju ke Västerås salah satu bandar tertua di Sweden dan mula diduduki semasa zaman Viking Nordic. Peserta akan dibawa bersiar-siar dan menikmati pemandangan indah di sekitar bandar seperti Västerås Cathedral, Karlsgatan 2 dan Vallby OpenAir Museum.

Daftar masuk hotel dan bermalam di Västerås.

Lawatan di Stockholm: Melawat ke Stockholm City Hall yang terkenal dengan dewan istiadat yang besar dan unik juga merupakan lokasi makan malam tetamu kehormat Nobel Prize selepas acara penyerahan anugerah tersebut yang diadakan pada 10 Disember setiap tahun.

Photo Stop di bangunan Nobel Museum yang menempatkan pelbagai galeri mereka yang pernah dianugerahkan dengan hadiah kehormat ini.

Masa bebas untuk membeli-belah cenderamata di Vasterlanggatan yang terletak di Old Town Stockholm.

Daftar masuk dan bermalam di Stockholm.

Lawatan di Stockholm: Melawat Drottingholm Castle untuk mengambil gambar sekitar kawasan istana kediaman diraja Sweden pada musim panas yang dibina pada kurun ke-17 ini.

Seterusnya tetamu dibawa ke Royal Palace yang merupakan kediaman rasmi keluarga diraja sejak tahun 1760 lagi dan bangunan di sebelahnya iaitu Riksdagshuset yang cukup gah binaannya sebagai tempat parlimen bersidang.

Bersolat di Stockholm Mosque, masjid terbesar di Stockholm. Kemudian tetamu akan diberi masa bebas untuk berjalan-jalan di bandar Stockholm sebelum makan malam.

Makan malam sebelum pulang ke hotel.

Sarapan pagi di hotel, kemudian tetamu mempunyai masa bebas untuk aktiviti mereka sendiri sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Doha.

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1).

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi dan elaun bagasi – 30 kg seorang
  • Penginapan 7 malam yang selesa di hotel bertaraf 3* dan 4* (rujuk senarai hotel ditawarkan) dan 1 malam di dalam DFDS Ferry
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Hamburg Rathaus, Viking Ship Museum, Copenhagen City Hall, Stockholm City Hall
  • Pengangkutan kapal persiaran DFDS Ferry
  • Perkhidmatan pemandu pelancong yang berpengalaman
  • Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran
  • Diiringi ketua rombongan sekiranya kumpulan melebihi 15 orang
  • Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi) Wan Vacation Sdn. Bhd.
  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurance kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak, dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam waktu perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek, dan mini bar, dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan, dan lawatan lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

Wan Vacation Sdn Bhd berhak melakukan sebarang perubahan pada aturcara perjalanan yang disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangka, terutamanya semasa tempoh ‘peak season’ atau dalam kes ‘force majeure’.

Warga Emas

RM13,540

RM13,340

Dewasa

RM13,590

RM13,390

Child Twin

RM13.490

RM12,990

Child W/Bed

RM11,790

RM11,290

Child No Bed

RM10,490

RM9,990

Untuk pertanyaan lanjut & tempahan

Hari

Pesawat

Sektor

ETD

ETA

01

QR 0853

KUL - DOH

2100

2340

02

QR 0123

DOH - BER

0235

0650

03

QR 0292

ARN - DOH

1510

2350

04

QR 4991

DOH - KUL

0130

1355

LOKASI

BIL MLM

NAMA HOTEL

RATING

Berlin

01

Good morning+ Berlin City East atau setaraf

Hamburg

01

Novum Hotel Hagemann Hamburg Hafen atau setaraf

Copenhagen

01

Scandic Eremitage atau setaraf

Copenhagen - Oslo

01

DFDS Ferry

Oslo

01

Hotel Scandic Helsfyr atau setaraf

Västerås

01

Comfort Hotel Vasteras atau setaraf

Stockholm

02

Zleep Hotel Upplands Vasby atau setaraf

Untuk pertanyaan lanjut & tempahan:

Berhubung terus dengan kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

Emy

Senior Customer Service

Feenaz

Customer Service

Wani

Customer Service Assistant

Warga Emas

RM13,540

RM13,340

Dewasa

RM13,590

RM13,390

Headquarters

Wan Vacation Sdn Bhd
selamatbercuti.com

221-1, Jalan Sarjana,
Taman Connaught,
56000 Kuala Lumpur
03 9132 2884
info@selamatbercuti.com

Putrajaya

Wan Vacation Sdn Bhd
87A, Jalan Diplomatik,
Presint 15,
62050 Putrajaya
03 8893 0084
putrajaya@selamatbercuti.com

Toll Free: 1800 18 2884

Customer Service:
010 285 2884
011 1111 2884
012 963 2884

Tours:
012 269 2884
010 530 2884

Ticketing: 013 500 2884

Marketing: 012 927 2884

Sales: 012 963 2884

Wan Vacation Sdn Bhd (KPL 6811)
Tentang Kami
Pengarah & GM
Lesen Operasi
Kerjay

Private Tour
Request

Please fill in all required information for us to propose the best packages for you