Best Europe Trip Package; Pengalaman Tak Terlupakan di Portugal, Spain dan Morocco.

Tidak dapat dinafikan ramai yang menyimpan hasrat untuk mengunjungi negara Eropah dalam impian mereka.

Dengan Europe trip package yang tepat, impian ini boleh menjadi kenyataan dengan kami agensi pelancongan terpercaya di Malaysia, iaitu SelamatBercuti.

Kami menawarkan pakej percutian ke tiga negara Eropah yang paling menakjubkan: Portugal, Spain, dan Morocco.

Dalam artikel ini, kami akan membawa anda menyelusuri pengalaman tak terlupakan yang menanti anda di setiap destinasi ini.

Portugal: Keindahan Semula Jadi dan Warisan Sejarah

portugal europe trip package

Portugal adalah negara yang mempesona dengan pantai-pantai yang indah, bandar-bandar bersejarah, dan budaya yang kaya.

Salah satu destinasi utama adalah Lisbon, ibu negara yang terkenal dengan seni bina yang menakjubkan dan suasana yang meriah.

Anda boleh mengunjungi Belem Tower, menara kubu pertahanan yang dibina pada abad ke-16 dan berfoto di Jeronimos Monastery, sebuah biara dengan seni bina Portugis-Gothic Manueline terunggul.

Ia menyimpan makam Vasco da Gama, penjelajah Portugis yang merupakan orang pertama belayar secara langsung dari Eropah ke India.

Selain Lisbon, anda berpeluang melawat kota Sintra yang terkenal dengan tarikan Palace Da Pena, sebuah istana berwarna terang dan dihiasi dengan binaan kubu dan patung mitos, merupakan salah satu tarikan pelancong ke Portugal dengan contoh senibina terbaik Romantisisme dari kurun ke-19.

Spain: Keindahan Seni dan Budaya yang Memukau

spain europe trip package

Spain adalah negara yang penuh dengan seni, budaya, dan keindahan alam.

Di Madrid, ibu negara Spain, menawarkan pelbagai tarikan seperti Photo stop Estadio Santiago Bernabeu, stadium rasmi pasukan bola sepak Real Madrid dan bergambar di Las Ventas de Toros yang merupakan stadium gelanggang laga lembu yang terbesar di Sepanyol.

Di Cordoba pula, anda akan dibawa melawat ke Mezquita, masjid-gereja yang dibina dengan senibina Islam terbaik di dunia.

Dikenali sebagai Cathedral Mosque of Cordoba, masjid ini telah diubahsuai menjadi gereja setelah kejatuhan empayar Islam.

Seville, bandar di selatan Spain, menawarkan pengalaman yang berbeza dengan flamenco yang memukau dan seni bina Moor yang indah.

Alcazar Seville dan Katedral Seville, yang menempatkan Giralda Tower, adalah antara tempat menarik yang mesti dikunjungi.

Morocco: Gabungan Tradisi dan Moderniti

morocco europe trip package

Seterusnya destinasi terakhir untuk pakej Europe trip ini adalah Morocco yang merupakan negara yang unik dengan gabungan tradisi dan moderniti.

Di Casablanca terdapat Hassan II Mosque, masjid kelima terbesar di dunia yang mampu memuatkan seramai 105,000 jemaah dengan menara setinggi 689 kaki, merupakan menara masjid tertinggi di dunia.

Selain itu, Marrakesh pula terkenal dengan kawasan membeli-belah yang digezet sebagai UNESCO Masterpiece of World Heritage iaitu Djemaa El-Fnaa Square.

Sebuah dataran bazaar dan souk popular yang terletak di Old Medina.

Di sini anda boleh menemui pelbagai rempah ratus Morocco dan kosmetik tradisional seperti minyak argan, zaitun dan Kaktus di Berber Pharmacie.

Seterusnya, anda boleh melihat keindahan Bahia Palace sebuah istana yang tersergam cantik dengan 160 buah bilik yang dibina pada akhir kurun ke-19

Ia merupakan seni bina gabungan Islam dan tradisional Maghribi terbaik yang pernah dibina.

Pengalaman Tak Terlupakan dengan Selamat Bercuti

SelamatBercuti memastikan setiap percutian adalah pengalaman yang tak terlupakan dengan perkhidmatan yang terbaik dan perhatian kepada setiap perincian.

Europe trip package ini lengkap termasuk penginapan dan pengangkutan yang selesa, dan lawatan ke tempat-tempat menarik dengan panduan ketua rombongan yang berpengalaman.

Untuk pengetahuan anda, SelamatBercuti juga menganjur dan mengaturkan pakej lawatan berkumpulan secara private ke eropah, pakej incentive & lawatan syarikat ke Eropah, pakej meeting / mesyuarat, pakej pembelajaran ke kilang kilang & agensi di Eropah.

Boleh hubungi kami di talian:

+603 9132 2884 / +60 12-269 2884

Email: tours@selamatbercuti.com

Klik Sini untuk Perincian Pakej Morocco+Spain+Portugal

Leave a Reply

Private Tour
Request

Please fill in all required information for us to propose the best packages for you