Series Departure Package > Eropah > Classical Turkiye [9H7M]
BURSA Ulu Cami ISTANBUL Hagia Sofia, Topkapi Palace, Bosphorus Cruise, Grand Bazaar PAMUKKALE Thermal Teres KONYA Mevlana Museum CAPPADOCIA Cardakli Underground City
Laluan klasik Turkiye, Bosphorus Cruise
Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan terus ke Istanbul. Setibanya di Istanbul, bertolak menuju ke Bursa.
Lawatan di Bursa:
Green Mosque: Masjid yang dibina pada tahun 1412 oleh atuk Sultan Mehmed I Celebi selepas kejayaan baginda menyatukan empayar Uthmaniyyah.
Green Tomb: Makam Sultan Mehmed I Celebi yang merupakan Sultan ke-5 empayar Uthmaniyyah dibina pada tahun 1421.
Ulu Camii Mosque: Masjid berusia lebih 600 tahun yang cukup bersejarah pada zaman Uthmaniyyah dibina pada tahun 1399.
Silk Bazaar Koza Han: Sebuah pasar lama yang terkenal dengan perdagangan barangan kain sutera sejak dari tahun 1491 sehingga ke hari ini.
Makan malam dan daftar masuk hotel. Bermalam di Bursa.
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Bertolak ke Pamukkale.
Lawatan ke:
Ancient Hierapolis City: Kota lama peninggalan zaman Greek sejak awal kurun ke-2 lagi. Antara bangunan yang masih lagi utuh ialah Frontinus Gate, The Great Baths, Theatre, Temple of Apollo, dan Cleopatra’s Pool di mana air kolam panasnya masih lagi semulajadi kekal ke hari ini.
Cotton Castle: Teres-teres kolam air panas yang berwarna putih seakan kapas terbentuk secara semulajadi di lereng gunung ini dan peserta boleh berendam kaki di dalam kolam air panas ini. Membeli-belah di Cotton Textile Factory Outlet.
Makan malam dan daftar masuk hotel. Bermalam di
Pamukkale.
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Bertolak ke Konya, Lawatan ke:
Mevlana Museum: Mempelajari sejarah perkembangan agama Islam di Turki oleh golongan sufi sunni yang terkenal dengan upacara keagamaan Whirling Dervish dan juga koleksi barangan Sultan Uthmaniyyah.
Ancient Caravanserai: Dahulunya hotel bagi para saudagar yang melalui Silk Road dan berusia lebih 700 tahun.
Meneruskan perjalanan ke Cappadocia. Makan malam dan daftar masuk hotel. Bermalam di Cappadocia.
Sarapan pagi di hotel. Lawatan di Cappadocia:
Underground City: Merasai pengalaman unik masuk ke kota bawah tanah di mana pernah satu ketika 15,000 orang tinggal di dalam kota bawah tanah ini bagi mengelak serangan musuh.
Goreme, Pigeon, dan Devrent Valleys: Menikmati pemandangan panorama lembah gunung berbatu yang amat indah di sini dengan formasi batuan yang unik.
Uchisar Castle: Melihat keunikan rumah batu ala The Flintstones yang menjadi penempatan dan kota pertahanan penduduk di sini sejak dari kurun ke-12.
Melihat cara pembuatan karpet Turki secara tradisional yang diwarisi sejak ribuan tahun dahulu di Carpet Factory.
Melawat kilang pembuatan barangan tembikar di Avanos Pottery & Art Center dan galeri pemprosesan batu permata Turquoise & Onyx Handmade Store.
Makan malam dan bertolak pulang ke hotel. Bermalam di Cappadocia.
Bertolak ke Ankara, Lawatan ke:
Ataturk Mausoleum Complex: Kompleks yang dibina untuk mempamerkan sejarah perjuangan, barangan peribadi, dan pemakaman Mustafa Kemal Ataturk.
Lake Tuz yang juga dikenali sebagai Salt Lake dan Pink Lake merupakan tasik ke-2 yang terbesar di Turki. Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
Bertolak ke Bolu. Makan malam dan daftar masuk hotel. Bermalam di Bolu.
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Bertolak ke Istanbul, Lawatan ke:
Topkapi Palace (First Courtyard): Kawasan istana kediaman kesultanan empayar Uthmaniyyah yang menghadap Lautan Marmara siap dibina pada tahun 1465 ketika pemerintahan Sultan Muhammad Al Fatih.
Menaiki kapal persiaran persendirian Bosphorus Cruise Tour menyusuri sepanjang Selat Bosphorus dan melihat beberapa tarikan bersejarah di sepanjang tebing belah Eropah dan Asia seperti Rumelihisari yang merupakan kota pertahanan utama dibina sejak tahun 1452 ketika Sultan Al Fatih sedang menakluki Constanstinople, Anadoluhisari iaitu kota pertahanan pertama di lautan ini dibina pada tahun 1393, pejabat pentadbiran Uthmaniyyah dan Turki moden Dolmabahce Palace yang dibina pada tahun 1856 oleh Sultan Uthmaniyyah yang ke-31 dan Ortakoy Mosque yang merupakan masjid yang paling terkenal di Selat Bosphorus ini dibina sejak tahun 1854.
Spice Bazaar: Tumpuan utama membeli pelbagai jenis rempah ratus dan makanan tradisi Turki seperti Turkish Delight sejak tahun 1660.
Makan malam dan daftar masuk hotel. Bermalam di Istanbul.
Sarapan pagi di hotel. Lawatan ke Istanbul:
Grand Camlica Mosque: Masjid yang terbesar di Turkiye yang siap dibina pada tahun 2019 boleh menempatkan sehingga 63,000 jemaah dalam satu masa.
Abu Ayyub al-Ansari Mosque, masjid tersemadinya makam sahabat Rasulullah SAW iaitu Abu Ayyub Al Ansari yang syahid pada tahun 674 ketika peperangan menakluki Constantinople.
Masa bebas untuk membeli cenderamata di Grand Bazaar merupakan antara pasar yang terbesar dan tertua di dunia dibina bermula pada tahun 1455 dengan sejumlah lebih 4,000 buah kedai.
Suleymaniye Mosque, salah satu masjid yang dibina semasa pemerintahan Ottoman dan antara yang tercantik di Turki.
Membeli-belah barangan kulit di Leather Shop Outlet kerana Turki terkenal sebagai antara negara terulung dalam penghasilan kulit.
Makan malam dan bertolak pulang ke hotel. Bermalam di Istanbul.
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Lawatan di Istanbul:
Blue Mosque: Merupakan ikon kota Istanbul dibina pada tahun 1616 dengan 6 buah menara dan 5 kubah besar.
Hippodrome: Kawasan yang pernah menjadi gelanggang lumba kereta kuda pada zaman Byzantine.
Hagia Sofia Grand Mosque: Merupakan sebuah gereja pada kurun ke-5 sebelum ditukar menjadi masjid selepas penaklukan Constantinople. Menjadi muzium semasa zaman Ataturk dan kini ditukar menjadi masjid semula.
Membeli belah di Taksim Square, destinasi popular untuk pelancong serta penduduk Istanbul. Dataran ini ialah tempat pertemuan untuk penduduk tempatan yang dipenuhi dengan restoran, kedai dan hotel, di mana anda akan benar-benar merasai pengalaman Istanbul moden.
Bertolak ke Lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 07:10 pagi
Single
Child Twin
Child W/Bed
Child No Bed
Hari
Pesawat
Sektor
ETD
ETA
01
TK 63
KUL - IST
0850
1430
08
TK 62
IST - KUL
1550
0710+1
LOKASI
BIL MLM
NAMA HOTEL
RATING
Bursa
01
Koza Hotel atau setaraf
Pamukkale
01
Tripolis Hotel atau setaraf
Cappadocia
02
Alp Hotel atau setaraf
Bolu
01
Elifim Resort Hotel atau setaraf
Istanbul
02
Hotel Golden Way atau setaraf
Untuk pertanyaan lanjut & tempahan:
Berhubung terus dengan kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.
Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.
Emy
Senior Customer Service
Feenaz
Customer Service
Wani
Customer Service Assistant
Headquarters
Wan Vacation Sdn Bhd
selamatbercuti.com
221-1, Jalan Sarjana,
Taman Connaught,
56000 Kuala Lumpur
03 9132 2884
info@selamatbercuti.com
Putrajaya
Wan Vacation Sdn Bhd
87A, Jalan Diplomatik,
Presint 15,
62050 Putrajaya
03 8893 0084
putrajaya@selamatbercuti.com
Toll Free: 1800 18 2884
Customer Service:
010 285 2884
011 1111 2884
012 963 2884
Tours:
012 269 2884
010 530 2884
Ticketing: 013 500 2884
Marketing: 012 927 2884
Sales: 012 963 2884
Wan Vacation Sdn Bhd (KPL 6811)
Tentang Kami
Pengarah & GM
Lesen Operasi
Kerjay
Dapatkan pengalaman unik ke Turki dengan pakej percutian yang dirangka khas untuk meliputi destinasi menarik dan aktiviti hebat. Nikmati keindahan alam semula jadi, warisan sejarah, dan kemewahan penginapan 4 bintang.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pengembaraan ke Turki yang penuh warna-warni ini. Hubungi kami di [Nombor Telefon] atau [Laman Web] untuk maklumat lanjut dan tempahan pakej percutian yang menyeronokkan dan memberi peluang kepada anda untuk merasai keunikan Turki.
Mari jelajah keindahan Turki dengan pakej percutian kami yang dirangka khas untuk memenuhi kehendak pengembaraan anda!