Series Departure Package > Vietnam > Danang + Hue + Hoi An + Bana Hill [5H4M]
DANANG: Hai Van Pass, Thuy Xuan Incense Village. HOI AN: Tan Ky Ancient House. BANA HILL: Golden Hands Bridge, Fantasy Park Alpine Coaster, Pantai My Khe.
Bertolak dari Kuala Lumpur untuk penerbangan ke Danang iaitu kota keempat terbesar di Vietnam. Danang menawarkan tarikan tersendiri seperti menyelusuri jalan Hai Van Pass yang menawarkan pemandangan panorama cantik dan diiktiraf sebagai diantara 10 jalan paling indah di didunia. Seterusnya menaiki bot menyelusuri Perfume River merupakan sungai sepanjang 30km di bandar Hue. Sungai tersebut merupakan diantara salah satu sungai yang paling bersih di Vietnam. Salah satu lawatan popular disini adalah melawat perkampungan Thuy Xuan Incense Village yang berusia 700 tahun dimana profesion utama penduduk kampung adalah membuat kayu kemenyan(incense sticks) selama ratusan tahun.
Melawat Imperial Citadel iaitu komplek istana diraja abad ke 19 yang masih lagi kekal terpelihara sehingga kini. Istana yang dibina semasa dinasti Nguyen meliputi Flag Tower, Gate Ngo Mon, Tai Hoa Palace dan Forbidden Purple City. Setelah itu melawat Mausoleum of Emperor Khai Dinh iaitu makam yang dibina untuk maharaja dinasti ke 12 yang mengabungkan seni bina vietnam dan gaya barat.Membeli barangan dan makanan tempatan yang murah di Dong Ba Market selepas makan tengahari. Bertolak ke bandar purba bersejarah Hoi An dimana tetamu akan menyelusuri jalan-jalan kecil disini serta melawat tarikan utama iaitu Tan Ky Ancient House, Japanese Bridge, Fujian Assembly Hall serta melewati Hoi An Muzium.
Mengunjungi Cam Tanh Coconut Village untuk meneroka ekosistem dan melihat kehidupan seharian komuniti disana. Anda berpeluang untuk menaiki bot tempatan yang berbentuk bakul menuju ke Bay Mau iaitu hutan kelapa sawit. Menerokai Marble Mountain iaitu gua batu marmar dimana anda akan menemui gua semulajadi, kuil suci serta pagoda di dalamnya. Bersiar-siar di sekitar bandar Danang untuk melawat tarikan utama di sana iaitu Han River Bridge, Dragon Bridge dan Thuan Phuoc Bridge. Lawatan seterusnya ialah Love Bridge dan bergambar dengan Carp – Turn – Dragon Statue.
Menuju ke Bana Hill dengan menaiki cable car terpanjang di dunia untuk melawat Golden Hands Bridge merupakan jambatan tangan raksasa yang menarik ramai tetamu sejak dibuka pada Jun 2018. Seterusnya mengunjungi Le Jardin D’Amour iaitu taman bunga yang indah serta Ling Ung Pagoda. Selepas makan tengahari buffet, mengunjungi Fantasy Park taman tema tertutup ke 3 terbesar di dunia serta merasai keseronokan menaiki alpine coaster. Menuruni Bana Hill dengan cable car dan menuju ke Pantai My Khe untuk menikmati keindahan alam semulajadi dengan pasir putih yang indah. Masa bebas untuk membeli belah barangan local tempatan dan cenderahati di Han/Con Market.
Sarapan pagi di hotel. Aktiviti bebas sebelum daftar keluar hotel bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Single
Child Twin
Child W/Bed
Child No Bed
Untuk pertanyaan lanjut & tempahan
Hari
Pesawat
Sektor
ETD
ETA
01
AK 648
KUL - DAD
1005
1205
05
AK 641
DAD - KUL
1545
1935
LOKASI
BIL MLM
NAMA HOTEL
RATING
Hue
01
Hotel Rosaleen atau setaraf
Hoi An
01
Hotel Rose Garden atau setaraf
Danang
02
Hotel Pandora atau setaraf
Untuk pertanyaan lanjut & tempahan:
Berhubung terus dengan kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.
Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.
Emy
Senior Customer Service
Feenaz
Customer Service
Wani
Customer Service Assistant
Headquarters
Wan Vacation Sdn Bhd
selamatbercuti.com
221-1, Jalan Sarjana,
Taman Connaught,
56000 Kuala Lumpur
03 9132 2884
info@selamatbercuti.com
Putrajaya
Wan Vacation Sdn Bhd
87A, Jalan Diplomatik,
Presint 15,
62050 Putrajaya
03 8893 0084
putrajaya@selamatbercuti.com
Toll Free: 1800 18 2884
Customer Service:
010 285 2884
011 1111 2884
012 963 2884
Tours:
012 269 2884
010 530 2884
Ticketing: 013 500 2884
Marketing: 012 927 2884
Sales: 012 963 2884
Wan Vacation Sdn Bhd (KPL 6811)
Tentang Kami
Pengarah & GM
Lesen Operasi
Kerjay