Call us 24 hours, 7 days

Series Departure Package > India > Delhi + Kashmir + Agra [8H6M]​

Previous slide
Next slide

Delhi + Kashmir + Agra [8H6M]​

Srinagar - Sonamarg - Gulmarg - Agra - Delhi

Harga Termasuk: Visa India, Tiket masuk Taj Mahal & Agra. Tiket Kereta Kabel di Gulmarg dan Shikara di Dal Lake

Bertolak dari Kuala Lumpur untuk penerbangan ke Delhi. Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Ghandi. Seterusnya, peserta akan bertolak ke hotel untuk daftar masuk dan berehat.

Sarapan pagi di hotel. Bertolak menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi untuk penerbangan domestik ke Srinagar. Setibanya di Srinagar, tetamu akan dibawa melawat 2 buah Mughal Gardens yang terkenal iaitu Nishat Bagh dan Shalimar Bagh daripada 7 buah taman di sini. Keduadua taman ini dibina ketika zaman Empayar Mughal memerintah sebahagian besar India.

Taman Nishat Bagh: Sebuah taman yang berteres sebanyak 12 tingkat yang melambangkan 12 zodiak yang terletak di tebing Dal Lake. Setiap teres dibina dengan seni bina taman yang berbeza-beza dan di sini juga terdapat makam puteri raja Mughal.

Seterusnya Shalimar Bagh: Taman yang dibina oleh Maharaja Jahangir pada 1619 dan dianggap Mughal Garden yang tercantik di Kashmir dengan jolokan “Crown of Srinagar”. Di sini juga terdapat sebuah dewan kediamanan yang dibina menggunakan batu marble sebagai rumah tamu bagi tetamu diraja.

Melihat cara pembuatan karpet Kashmir yang ditenun secara tradisional di Carpet Weaving Factory. Bermalam di Houseboat setelah makan malam.

Sarapan pagi sebelum bertolak ke Sonamarg yang terletak di Lembah Sind dikelilingi oleh pergunungan serta pemandangan yang indah, sawah padi, ladang minyak sawi, orkid dan bunga-bunga. Menunggang kuda menuju ke Thajiwas Glacier. Perjalanan sejauh 3-kilometer itu melalui padang rumput yang menghijau yang subur, dan hutan yang indah, dan berakhir dimana anda mendapat pemandangan glasier yang jelas. Seterusnya bertolak pulang menuju ke Srinagar, setibanya di sana, tetamu akan dibawa menaiki Bot Shikara sekitar Dal Lake. Pulang ke houseboat dan makan malam.

Sarapan pagi sebelum bertolak ke Gulmarg, atau lebih dikenali sebagai Meadow of Flowers, dinamakan oleh Sultan Yusuf Shah dari Dinasti Chak yang sering mengunjungi tempat tersebut bersama permaisurinya, Habba Khatoon pada abad ke-16. Sebanyak 21 jenis bunga liar dihimpunkan oleh Maharaja Mughal Jahangir untuk tamannya di Gulmarg. Gulmarg juga dikenali ramai sebagai resort musim panas yang tercantik di Lembah Kashmir dan juga masyhur sebagai tempat permainan Ski yang tertinggi di dunia. Tetamu akan dibawa menaiki kereta kabel dari Gulmarg ke Khalinmarg yang sering menjadi lokasi pengambaran filem Bollywood seperti Bobby dan banyak lagi. Setibanya di Khalinmarg, tetamu diberi masa untuk menikmati pemandangan yang mengasyikkan di situ. Pulang ke houseboat dan makan malam. dan Maharaja Palace yang dibina hujung kurun ke-18. Bertolak pulang ke Houseboat untuk berehat dan makan malam.

Sarapan pagi di hotel dan tetamu akan bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan domestik ke Delhi. Setelah tiba di Delhi, meneruskan perjalanan menuju ke Jaipur, iaitu Ibu Kota Rajasthan atau lebih dikenali dengan nama Pink City kerana seluruh bangunannya berwarna merah jambu. Setibanya disana, makan malam dan daftar masuk hotel.

Sarapan pagi di hotel. Lawatan di Jaipur dimulakan dengan lawatan ke Hawa Mahal dan Amber Fort. Tetamu berpeluang untuk merasai pengalaman menaiki gajah sambil melihat panorama kubu yang dibina oleh Jeneral Akbar Maan Singh pada abad ke 16.Seterusnya bertolak menuju ke Agra, mengambil masa kira – kira 5 jam. Setibanya di Agra, makan malam dan daftar masuk hotel.

Sarapan pagi pagi di hotel. Melawat ikon salah satu keajaiban dunia iaitu Taj Mahal, dibina oleh Shah Jahan sebagai lambang kebesaran cinta terhadap isterinya iaitu Mumtaz Mahal pada tahun 1632 dan siap tahun 1648. Monumen yang dibina dengan menggunakan batu marmar putih ini mengambil masa selama 22 tahun untuk disiapkan dan merupakan binaan yang paling tepat sisi geometrinya di dunia. Seterusnya, melawat Agra Fort, iaitu sebuah kota istana besar yang dibina oleh Maharaja Akhbar yang merupakan datuk kepada Shah Jahan pada tahun 1565. Kompleks istana ini dibina daripada batu pasir merah seluas 94 ekar. Tetamu dapat menyaksikan keunikan bahagian dalam bangunan yang telah diubahsuai semasa pemerintahan Shah Jahan. Istana yang asalnya dibina daripada batu pasir merah telah diubahsuai dan ditambah dengan batu marmar putih dan dihiasi batu permata. Selepas makan tengahari, meneruskan perjalanan pulang semula ke Delhi. Setibanya di sana, makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

Sarapan pagi di hotel. Kemudian, tetamu akan bersiar-siar di Old Delhi, melawat India Gate yang dibina sebagai tanda peringatan dan penghormatan terhadap pengorbanan tentera India semasa peperangan Dunia. Meneruskan lawatan ke Jamia Mosque dan Parliament House. Selepas itu, bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Ghandi untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi beserta cukai lapangan terbang.
  • Penginapan 7 malam yang selesa di hotel bertaraf 4* (rujuk jadual senarai hotel).
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Urusan visa memasuki India.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan seperti aturcara termasuk Elephant Ride di Jaipur, Cable Car Gulmarg, Shikara Ride Dal Lake dan Mughal Gardens)
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong tempatan yang berpengalaman.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman sepanjang perjalanan.Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.
  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam waktu perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

Warga Emas

RM5,740

RM5,540

Dewasa

RM5,790

RM5,590

Child Twin

RM5,790

RM5,590

Child W/Bed

RM4,990

RM4,790

Child No Bed

RM4,790

RM4,590

Untuk pertanyaan lanjut & tempahan

Hari

Pesawat

Sektor

ETD

ETA

01

MH 190

KUL - DEL

1850

2150

08

MH 191

DEL - KUL

2300

0655

LOKASI

BIL MLM

NAMA HOTEL

RATING

Delhi

02

Hotel Arch Plaza atau setaraf

Srinagar

01

Premium Houseboat

Srinagar

02

Hotel The Milan atau setaraf

Agra

01

Hotel Pushpa Villa atau setaraf

Untuk pertanyaan lanjut & tempahan:

Berhubung terus dengan kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

Emy

Senior Customer Service

Feenaz

Customer Service

Wani

Customer Service Assistant

Warga Emas

RM5,740

RM5,540

Dewasa

RM5,790

RM5,590

Headquarters

Wan Vacation Sdn Bhd
selamatbercuti.com

221-1, Jalan Sarjana,
Taman Connaught,
56000 Kuala Lumpur
03 9132 2884
info@selamatbercuti.com

Putrajaya

Wan Vacation Sdn Bhd
87A, Jalan Diplomatik,
Presint 15,
62050 Putrajaya
03 8893 0084
putrajaya@selamatbercuti.com

Toll Free: 1800 18 2884

Customer Service:
010 285 2884
011 1111 2884
012 963 2884

Tours:
012 269 2884
010 530 2884

Ticketing: 013 500 2884

Marketing: 012 927 2884

Sales: 012 963 2884

Wan Vacation Sdn Bhd (KPL 6811)
Tentang Kami
Pengarah & GM
Lesen Operasi
Kerjay

Pakej Percutian Ke Kashmir: Keindahan Lestari Himalaya dan Destinasi Menarik di India Utara

Sertailah kami dalam pakej percutian eksklusif ke Kashmir yang menjanjikan pengembaraan ke destinasi menarik di India Utara, merangkumi keindahan alam semula jadi, kota-kota bersejarah, dan penginapan berkualiti tinggi. Nikmati pakej musim bunga matahari yang memukau serta penginapan bintang 4 & 3 yang selesa.

Destinasi Mengagumkan Dalam Pakej Percutian Kami:

Delhi:
  • Melawat ibu kota India dengan warisan sejarah yang kaya, termasuk Qutub Minar, Red Fort, dan Jama Masjid.
Srinagar:
  • Mengalami kecantikan Srinagar dan merasai kedamaian Taman Nishat Bagh yang menakjubkan.
Jaipur – Pink City:
  • Melawat Pink City dan merasai kemeriahan dan keindahan warisan klasiknya.
Agra:
  • Mengunjungi Amber Fort untuk pengalaman kota bersejarah yang megah.

Aktiviti Lain Yang Termasuk:

  • Pakej Musim Bunga Matahari: Menikmati keindahan musim bunga yang menakjubkan di kawasan Kashmir.

Perkhidmatan Penginapan dan Penerbangan:

  • Penerbangan: Nikmati pengalaman penerbangan yang selesa dengan Malaysia Airlines.

  • Penginapan 4 & 3 Bintang: Penginapan yang menawarkan keselesaan yang tidak dapat ditandingi dan pengalaman yang memuaskan.

Tempah Pakej Percutian Ke Kashmir Anda Hari Ini!

Jangan lepaskan peluang untuk menjelajah kecantikan dan keunikan Kashmir dengan pakej percutian kami. Hubungi kami di [Nombor Telefon] atau [Laman Web] untuk maklumat lanjut dan tempahan pakej percutian yang memikat dan memberi peluang kepada anda untuk merasai keunikan Kashmir.

Mari bersama-sama menjelajah kecantikan alam semula jadi Himalaya dan warisan budaya India Utara dengan pakej percutian yang telah dirangka khas untuk anda!

Private Tour
Request

Please fill in all required information for us to propose the best packages for you