Series Departure Package > India > Delhi + Kashmir + Agra [9H7M]
DELHI Old Delhi JAIPUR Hawa Mahal KASHMIR Srinagar, Mughal Gardens, Gulmarg, Khalinmarg AGRA Taj Mahal, Agra Fort
Bermalam di housebot, menaiki gondola di Gurlmarg, Mini Swiss di Sonamarg
Sarapan pagi di hotel. Bertolak menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi untuk penerbangan domestik ke Srinagar. Setibanya di Srinagar, tetamu akan dibawa melawat 2 buah Mughal Gardens yang terkenal iaitu Nishat Bagh dan Shalimar Bagh daripada 7 buah taman di sini. Keduadua taman ini dibina ketika zaman Empayar Mughal memerintah sebahagian besar India.
Taman Nishat Bagh: Sebuah taman yang berteres sebanyak 12 tingkat yang melambangkan 12 zodiak yang terletak di tebing Dal Lake. Setiap teres dibina dengan seni bina taman yang berbeza-beza dan di sini juga terdapat makam puteri raja Mughal.
Seterusnya Shalimar Bagh: Taman yang dibina oleh Maharaja Jahangir pada 1619 dan dianggap Mughal Garden yang tercantik di Kashmir dengan jolokan “Crown of Srinagar”. Di sini juga terdapat sebuah dewan kediamanan yang dibina menggunakan batu marble sebagai rumah tamu bagi tetamu diraja.
Melihat cara pembuatan karpet Kashmir yang ditenun secara tradisional di Carpet Weaving Factory. Bermalam di Houseboat setelah makan malam.
Sarapan pagi sebelum bertolak ke Sonamarg yang terletak di Lembah Sind dikelilingi oleh pergunungan serta pemandangan yang indah, sawah padi, ladang minyak sawi, orkid dan bunga-bunga. Menunggang kuda menuju ke Thajiwas Glacier. Perjalanan sejauh 3-kilometer itu melalui padang rumput yang menghijau yang subur, dan hutan yang indah, dan berakhir dimana anda mendapat pemandangan glasier yang jelas. Seterusnya bertolak pulang menuju ke Srinagar, setibanya di sana, tetamu akan dibawa menaiki Bot Shikara sekitar Dal Lake. Pulang ke houseboat dan makan malam.
Sarapan pagi sebelum bertolak ke Gulmarg, atau lebih dikenali sebagai Meadow of Flowers, dinamakan oleh Sultan Yusuf Shah dari Dinasti Chak yang sering mengunjungi tempat tersebut bersama permaisurinya, Habba Khatoon pada abad ke-16. Sebanyak 21 jenis bunga liar dihimpunkan oleh Maharaja Mughal Jahangir untuk tamannya di Gulmarg. Gulmarg juga dikenali ramai sebagai resort musim panas yang tercantik di Lembah Kashmir dan juga masyhur sebagai tempat permainan Ski yang tertinggi di dunia. Tetamu akan dibawa menaiki kereta kabel dari Gulmarg ke Khalinmarg yang sering menjadi lokasi pengambaran filem Bollywood seperti Bobby dan banyak lagi. Setibanya di Khalinmarg, tetamu diberi masa untuk menikmati pemandangan yang mengasyikkan di situ. Pulang ke houseboat dan makan malam. dan Maharaja Palace yang dibina hujung kurun ke-18. Bertolak pulang ke Houseboat untuk berehat dan makan malam.
Sarapan pagi di hotel dan tetamu akan bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan domestik ke Delhi. Setelah tiba di Delhi, meneruskan perjalanan menuju ke Jaipur, iaitu Ibu Kota Rajasthan atau lebih dikenali dengan nama Pink City kerana seluruh bangunannya berwarna merah jambu. Setibanya disana, makan malam dan daftar masuk hotel.
Sarapan pagi di hotel. Lawatan di Jaipur dimulakan dengan lawatan ke Hawa Mahal dan Amber Fort. Tetamu berpeluang untuk merasai pengalaman menaiki gajah sambil melihat panorama kubu yang dibina oleh Jeneral Akbar Maan Singh pada abad ke 16.Seterusnya bertolak menuju ke Agra, mengambil masa kira – kira 5 jam. Setibanya di Agra, makan malam dan daftar masuk hotel.
Sarapan pagi pagi di hotel. Melawat ikon salah satu keajaiban dunia iaitu Taj Mahal, dibina oleh Shah Jahan sebagai lambang kebesaran cinta terhadap isterinya iaitu Mumtaz Mahal pada tahun 1632 dan siap tahun 1648. Monumen yang dibina dengan menggunakan batu marmar putih ini mengambil masa selama 22 tahun untuk disiapkan dan merupakan binaan yang paling tepat sisi geometrinya di dunia. Seterusnya, melawat Agra Fort, iaitu sebuah kota istana besar yang dibina oleh Maharaja Akhbar yang merupakan datuk kepada Shah Jahan pada tahun 1565. Kompleks istana ini dibina daripada batu pasir merah seluas 94 ekar. Tetamu dapat menyaksikan keunikan bahagian dalam bangunan yang telah diubahsuai semasa pemerintahan Shah Jahan. Istana yang asalnya dibina daripada batu pasir merah telah diubahsuai dan ditambah dengan batu marmar putih dan dihiasi batu permata. Selepas makan tengahari, meneruskan perjalanan pulang semula ke Delhi. Setibanya di sana, makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.
Sarapan pagi di hotel. Kemudian, tetamu akan bersiar-siar di Old Delhi, melawat India Gate yang dibina sebagai tanda peringatan dan penghormatan terhadap pengorbanan tentera India semasa peperangan Dunia. Meneruskan lawatan ke Jamia Mosque dan Parliament House. Selepas itu, bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Ghandi untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Single
Child Twin
Child W/Bed
Child No Bed
Hari
Pesawat
Sektor
ETD
ETA
01
MH 190
KUL - DEL
1850
2150
08
MH 191
DEL - KUL
2300
0655
LOKASI
BIL MLM
NAMA HOTEL
RATING
Delhi
02
Hotel Regent Grand atau setaraf
Srinagar
03
Premium Houseboat
Agra
01
Hotel Pushpa Villa atau setaraf
Untuk pertanyaan lanjut & tempahan:
Berhubung terus dengan kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.
Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.
Emy
Senior Customer Service
Feenaz
Customer Service
Wani
Customer Service Assistant
Headquarters
Wan Vacation Sdn Bhd
selamatbercuti.com
221-1, Jalan Sarjana,
Taman Connaught,
56000 Kuala Lumpur
03 9132 2884
info@selamatbercuti.com
Putrajaya
Wan Vacation Sdn Bhd
87A, Jalan Diplomatik,
Presint 15,
62050 Putrajaya
03 8893 0084
putrajaya@selamatbercuti.com
Toll Free: 1800 18 2884
Customer Service:
010 285 2884
011 1111 2884
012 963 2884
Tours:
012 269 2884
010 530 2884
Ticketing: 013 500 2884
Marketing: 012 927 2884
Sales: 012 963 2884
Wan Vacation Sdn Bhd (KPL 6811)
Tentang Kami
Pengarah & GM
Lesen Operasi
Kerjaya
Sertailah kami dalam pakej percutian eksklusif ke Kashmir yang menjanjikan pengembaraan ke destinasi menarik di India Utara, merangkumi keindahan alam semula jadi, kota-kota bersejarah, dan penginapan berkualiti tinggi. Nikmati pakej musim bunga matahari yang memukau serta penginapan bintang 4 & 3 yang selesa.
Penerbangan: Nikmati pengalaman penerbangan yang selesa dengan Malaysia Airlines.
Penginapan 4 & 3 Bintang: Penginapan yang menawarkan keselesaan yang tidak dapat ditandingi dan pengalaman yang memuaskan.
Jangan lepaskan peluang untuk menjelajah kecantikan dan keunikan Kashmir dengan pakej percutian kami. Hubungi kami di [Nombor Telefon] atau [Laman Web] untuk maklumat lanjut dan tempahan pakej percutian yang memikat dan memberi peluang kepada anda untuk merasai keunikan Kashmir.
Mari bersama-sama menjelajah kecantikan alam semula jadi Himalaya dan warisan budaya India Utara dengan pakej percutian yang telah dirangka khas untuk anda!