Call us 24 hours, 7 days

Series Departure Package > Dubai > Dubai + Abu Dhabi [6H4M]​

Previous slide
Next slide

Dubai + Abu Dhabi [6H4M]

ABU DHABI Sheikh Zayed Grand Mosque, Ferrari World DUBAI Dessert Safari, Burj Khalifa, Dubai Mall, Dubai Festival City Mall

Menikmati Makan Malam Cruise di Marina.Membeli di Dubai Mall, Old Souq dan Dubai Festival City Mall

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan terus ke Dubai. Sejurus ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sharjah, tetamu akan di bawa bergambar di Dubai Frame, struktur ikonik yang ‘membingkai’ pemandangan dubai lama dan baharu juga berfungsi sebagai jambatan metafora yang menghubungkan masa lalu Dubai serta masa kini. Melepasi King Faisal Mosque, ia dinamakan sempena nama bekas pemerintah Arab Saudi Raja Faisal. Kemudian tetamu akan dibawa ke Leather Shop membeli-belah barangan kulit buatan khas tempatan serta Galerie Hamadan untuk barangan buatan tempatan berkualiti tinggi. Seterusnya bertolak ke restoran untuk makan malam dan daftar masuk hotel.

Sarapan pagi di hotel. tetamu akan di bawa ke Dubai Miracle Garden iaitu taman bunga semulajadi terbesar didunia. Taman bunga berkeluasan 72 000 kaki persegi serta mengandungi 109 juta bunga dari pelbagai jenis dan warna, Kemudian tetamu berpeluang untuk menaiki teksi air Abra untuk ke Old Souk. Membeli belah untuk cenderahati seperti carpet, abaya ataupun product cashmere dengan harga yang sangat
murah. Kemudian pulang ke hotel untuk bersiap sedia ke Desert Safari. Tetamu berpeluang merasai pemanduan 4×4 merentasi beting pasir ‘sand dunes’ yang menyeronokkan dan pengalaman yang tidak akan dilupakan. Singgah sebentar di Desert Camp dan berpeluang untuk membuat aktiviti seperti menunggang unta, berinai (henna) dan memakai pakaian tradisional dubai. Makan malam BBQ bufet disediakan serta tetamu akan dihiburkan dengan persembahan kebudayaan dan pulang ke hotel.

Selepas sarapan pagi di hotel, bertolak ke Abu Dhabi. Tetamu akan dibawa untuk melawat Sheikh Zayed Grand Mosque yang merupakan masjid terbesar di Abu Dhabi. Masjid ini dinamakan sempena Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, pengasas dan presiden pertama Emiriah Arab Bersatu yang juga dikebumikan di sana. Masjid ini dibuka dengan rasminya pada bulan Ramadhan 2007. Photo stop Emirates Palace, Ferrari World dan melepasi Etihad Tower serta Presidential Palace sebelum tetamu dibawa ke Miraj Art Center. Bertolak ke Dubai untuk melawat taman Festival Global Village yang menggabungkan budaya dari 90 buah negara seluruh dunia dan terdapat pelbagai jenis pilihan makanan sebelum pulang ke hotel. Makan malam atas perbelanjaan sendiri.

Sarapan pagi di hotel. Tetamu akan dibawa untuk bergambar di hotel yang terkenal di dunia iaitu AlBurj Arab Jumeirah dan photo stop di Jumeirah Mosque. Seterusnya tetamu berpeluang bergambar di Atlantis the Palm dan menikmati keindahan sepanjang Jumeirah Beach Road. Makan tengah hari dan tetamu akan bertolak ke Dubai Mall yang merupakan pusat beli belah kedua terbesar di dunia dan menyediakan lebih dari 1000 kedai seperti Adidas, Nike, Pandora, Gucci, LV dan macam-macam lagi. Tetamu akan diberi masa bebas untuk membeli-belah dan bergambar dengan bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa yang berketinggian 830-meter dan pertunjukan Dubai Music Fountain. Seterusnya tetamu dibawa menikmati pelayaran sepanjang Dubai Creek pada waktu malam dan makan malam di atas kapal Dhow Cruise sambil berhibur dengan persembahan kebudayaan sebelum pulang ke hotel.

Sarapan pagi dan aktiviti bebas sehingga daftar keluar hotel. Tetamu berpeluang membeli belah di Emirates Mall yang merupakan pusat membeli-belah yang kedua terbesar di Timur Tengah dengan keluasan sebanyak 6.5 juta kaki persegi. Di siniterdapat sebanyak 560 barangan berjenama danlain-lain antaranya ialah fesyen, lifestyle, sukan, elektronik, barangan rumah dan juga Carrefour yang terbesar di bandar ini. Tetamu akan dibawa makan malam awal sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sharjah untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KualaLumpur. 

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan bertaraf 4* sepanjang lawatan
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengah hari danmakan malam seperti tertera dalam aturcaraprogram
  • Tiket masuk: Abra Water Taxi, 4WD Dune Bashing, Global Village & Miracle Garden
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dinginyang selesa
  • Perkhidmatan pemandu pelancong yangbertauliah & terlatih sepanjang lawatan
  • Tip kepada pemandu pelancong & pemandu baspersiaran
  • Ketua Rombongan yang terlatih & profesional dariWan Vacation Sdn Bhd
  • PERCUMA bag kembara edisi khas (kecuali bayi)
  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurance kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkanketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam waktu perlepasan)
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan minibar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
  • Lawatan pilihan: anggaran harga seorang
    a. Burj Khalifa (124th floor) – USD 68
    b. Ferrari World – USD 95

Single

RM4,790

RM4,390

Twin/Triple

RM4,190

RM3,790

Child Twin

RM4,190

RM3,790

Child W/Bed

RM3,990

RM3,590

Child No Bed

RM3,890

RM3,490

*SURCAJ RM400 UNTUK MUSIM SEJUK

Untuk pertanyaan lanjut & tempahan

Hari

Pesawat

Sektor

ETD

ETA

01

G9 801

KUL - SHJ

1000

1310

05

G9 800

SHJ - KUL

2140

0905+1

LOKASI

BIL MLM

NAMA HOTEL

RATING

SHARJAH

04

Hotel Hampton by Hilton Dubai Airport atau setaraf

Untuk pertanyaan lanjut & tempahan:

Berhubung terus dengan kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

Emy

Senior Customer Service

Feenaz

Customer Service

Wani

Customer Service Assistant

Single

RM4,790

RM3,890

Twin/Triple

RM4,190

RM3,790

Headquarters

Wan Vacation Sdn Bhd
selamatbercuti.com

221-1, Jalan Sarjana,
Taman Connaught,
56000 Kuala Lumpur
03 9132 2884
info@selamatbercuti.com

Putrajaya

Wan Vacation Sdn Bhd
87A, Jalan Diplomatik,
Presint 15,
62050 Putrajaya
03 8893 0084
putrajaya@selamatbercuti.com

Toll Free: 1800 18 2884

Customer Service:
010 285 2884
011 1111 2884
012 963 2884

Tours:
012 269 2884
010 530 2884

Ticketing: 013 500 2884

Marketing: 012 927 2884

Sales: 012 963 2884

Wan Vacation Sdn Bhd (KPL 6811)
Tentang Kami
Pengarah & GM
Lesen Operasi
Kerjay

Private Tour
Request

Please fill in all required information for us to propose the best packages for you