Kalau dahulu hanya tengok di TV, sekarang anda boleh lihat sendiri dengan menempah Egypt Tour Packages Malaysia dengan selamatbercuti.com!
Egypt atau Mesir adalah rumah kepada beberapa tamadun purba yang paling terkenal di dunia, termasuk Firaun, Yunani dan Rom.
Lawatan ke Mesir adalah seperti melangkah ke masa lalu, di mana anda boleh mengagumi monumen dan peninggalan yang mengagumkan yang telah bertahan selama ribuan tahun.
Selama 10 hari 7 Malam, anda berpeluang melawat dan rasai sendiri pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Itinerari yang Menarik
Di selamatbercuti.com, kami sangat memahami bahawa setiap pelancong atau traveler mempunyai harapan tinggi setiap kali menempah pakej percutian bersama kami.
Sebab itu, kami lengkapkan pakej kami dengan pelbagai tempat dan lokasi menarik untuk pengalaman yang memuaskan dan tidak dapat dilupakan.
Mudah dan Selesa; Dari A-Z Kami Uruskan
Egypt Tour Package kami disusun untuk memberikan anda pengalaman perjalanan yang lancar dan bebas kerumitan dari awal hingga akhir.
Daripada tiket penerbangan dan penginapan hingga lawatan ke semua tempat dalam itinerari, kami menjaga semua aspek supaya anda boleh berseronok dan membuat kenangan di tempat bersejarah ini.
Destinasi Popular Dalam Itinerari Egypt Tour Packages selamatbercuti.com
1. Catacombs of Kom El Shoqafa
Catacombs of Kom El Shoqafa di Alexandria ini adalah tapak perkuburan bawah tanah sejak abad ke-2 Masihi.
Antara sorotan di sini adalah Hall of Caracall yang mempunyai hiasan unik seperti adegan mitologi serta ruangan Dewan Oracles untuk upacara ritual purba.
2. Colossi of Memnon
Anda akan dibawa ke Colossi of Memnon, salah satu tumpuan popular travelers di dunia kerana mempunyai tugu Colossus berketinggian 60 kaki.
Bukan itu sahaja, lokasi ini adalah tempat tumpuan birdwatching, di mana ratusan jenis burung boleh didapati di dalam dan luar Colossi!
Paling unik, kedua-dua tugu ini menjadi popular oleh kerana bunyi seolah-olah nyanyian apabila angin menyusur pergi di antaranya.
3. Aswan Dam
Aswan Dam atau Empangan Aswan di seberang sungai nil adalah tarikan yang menakjubkan yang telah wujud selama berabad-abad.
Terletak di bahagian selatan negara ini, ia merupakan pencapaian monumental dalam bidang kejuruteraan dan seni bina yang tidak boleh dilepaskan oleh pelancong.
Anda boleh menikmati pemandangan indah hidupan liar secara dekat di empangan ini.
4. Kuil Hatshepsut
Apabila anda melawat Kuil Hatshepsut, anda akan merasa seolah-olah anda telah kembali ke zaman purba.
Kuil ini sangat terpelihara dengan baik dan menyediakan pengunjung dengan pandangan yang jarang berlaku ke dalam masyarakat dan agama Mesir Purba.
Seperti namanya, anda akan melihat kisah hidup Firaun Hatshepsut beserta hari pertabalan dan ekspedisinya ke Punt (kini Somalia).
Selain kisah firaun kuil ini, berbagai kisah lagi yang dirungkai anda boleh hayati dan fahami di sini. Jadi, sebab ini kami memilih lokasi ini menjadi salah satu destinasi percutian anda.
5. Valley of the Kings
Perjalanan ke Valley of the Kings atau Lembah Raja-raja Mesir menawarkan peluang yang luar biasa untuk melihat keagungan budaya Mesir purba.
Tanah pemakaman diraja ini, terletak di tebing barat Sungai Nil berhampiran Luxor, adalah tempat di mana banyak firaun, permaisuri, dan bangsawan disemadikan.
Setiap makam menceritakan kisah unik tentang Raja Mesir kuno dan perjalanan mereka ke alam akhirat.
Dikelilingi oleh pemandangan padang pasir yang menakjubkan, ia berdiri sebagai bukti kekayaan sejarah negara.
Fun fact perlu anda tahu; penggambaran Transformer: Revenge of the Fallen pernah di buat berdekatan dengan lokasi ini tau!
6. Kuil Dendera
Selain Valley of the Kings, Luxor juga menempatkan Kuil Dendera, yang diabdikan untuk Dewi Hathor.
Pintu masuk kuil, dengan enam tiang besar diatasi dengan kepala Hathor, dianggap antara monumen paling indah di Mesir.
Fakta menarik tentang dewi Mesir ini – Dikaitkan dengan muzik, kegembiraan, tarian, dan keibuan, dia juga dirujuk sebagai wanita langit.
Penutup
Percutian ke Egypt atau Mesir menawarkan pengalaman yang tiada tandingan kerana kaya dengan sejarah, budaya dan keajaiban seni bina purba yang menakjubkan.
Daripada Catacombs of Kom El Shoqafa ke kuil Luxor yang mengagumkan, setiap sudut Mesir patut anda terokai dengan mata anda sendiri.
Sama ada mengagumi peninggalan monumental atau menerima kehangatan layanan Mesir, percutian ke Mesir menjanjikan detik yang tidak dapat dilupakan!
Selain lokasi-lokasi di atas, sebenarnya ada banyak lagi yang anda akan lawati dengan mengambil Egypt Tour Package Malaysia bersama selamatbercuti.com.
selamatbercuti.com atau lebih dikenali dengan nama Wan Vacation Sdn Bhd adalah agensi percutian yang terbaik anda boleh harapkan.
Selain tiket penerbangan dan tempat penginapan, pakej di sini termasuk:
- Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
- Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara.
- Tiket masuk ke tempat lawatan:
- Makam Nabi Daniel & Luqman Al Hakim
- Catacombs of Kom El Shoqafa
- Serapeum of Alexandria (Pompey’s Pillar)
- Alexandria Library
- Pyramids & Sphinx
- Dendara & Abydos temples
- Sightseeing cruise
- Perkhidmatan pemandu pelancong yang berpengalaman.
- Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran.
- Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi).
- Diiringi ketua rombongan sekiranya kumpulan melebihi 15 orang.
Dengan reputasi yang cemerlang bertahun lamanya, selamatbercuti.com adalah pilihan tepat untuk anda alami pengalaman percutian ke Mesir.
Tarikh Percutian:
- 10 Sept 2024
- 8 Sept 2024
Buat tempahan awal hari ini di nombor telefon yang tertera di bawah!
- 03 9132 2884
- 03 8893 0084
- 011 1111 2884
- 012 963 2884