Series Departure Package > Eropah > Enchanting Europe 6 Countries [9H6M]
BELGIUM - NETHERLANDS - FRANCE - GERMANY - LUXEMBOURG - SWITZERLAND
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 1) untuk penerbangan ke Paris melalui Dubai.
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Paris, tetamu akan memulakan lawatan dimana destinasi pertama Fragonard Perfume Museum dedikasikan kepada pencinta haruman yang dibuka pada tahun 1983. Seterusnya Eiffel Tower (tiket tidak termasuk dalam pakej) yang dibina pada tahun 1889 World’s Fair setinggi 324m untuk menikmati pemandangan indah kota Paris. Kemudian, tetamu akan dibawa ke Notre-Dame Cathedral, salah satu gereja terkenal di seantero dunia dengan seni bina Gothic Perancis yang sangat halus. Seterusnya tetamu akan dibawa melihat Louvre Museum, muzium paling besar di dunia yang terkenal dengan rekabentuk piramid kaca, Les Invalides, di mana makam Napoleon Bonaparte disimpan, Palais Garnier iaitu Opera House yang pernah digunakan sebagai lokasi penggambaran filem The Phantom of The Opera, dan tidak terkecuali Arc de Triomphe, yang terletak di hujung barat Champs-Elysees sebagai penghormatan kepada mereka yang berjuang sewaktu Perang Napoleon. Melawat Place de la Concorde, dataran dengan struktur binaan bercirikan gaya Louis Quinze dan taman terbuka Trocadero Square yang merupakan tempat terbaik untuk mengambil gambar Eiffel Tower. Menunaikan solat di Grand Mosque Paris dan seterusnya membeli-belah di Galeries Lafayette, syurga pakaian dan hub fesyen haute couture dengan struktur kubah dan binaannya yang moden dan memukau. Seterusnya tetamu akan dibawa makan malam di restaurant dan daftar masuk hotel. Bermalam di Paris.
Selesai sarapan pagi, daftar keluar hotel menuju ke Amsterdam. Singgah sebentar di bandar kedua terpadat di Belgium iaitu Antwerp yang juga terkenal dengan jolokan bandar berlian kerana menghasilkan 85% daripada berlian kasar di dunia. Tetamu akan dibawa ke tarikan- tarikan utama disini antaranya Het Steen adalah benteng pertahanan abad pertengahan yang masih kukuh di tengah bandar, Cathedral of Our Lady serta Town Hall yang terletak berdekatan dengan Grote Markt. Masa bebas untuk tetamu meneroka bandar ini sebelum menyambung perjalanan ke Kota Amsterdam. Daftar masuk hotel dan makan malam. Bermalam di Amsterdam.
Selesai sarapan pagi, bertolak menuju ke Giethoorn Village yang terkenal dengan jolokan Venice of Holland. Perkampungan yang bebas dari kenderaan kerana tiada jalan raya di bina dan pengakutan utama mereka adalah sampan dan basikal sahaja. Tetamu akan dibawa menaiki canal cruise untuk menghayati pemandangan menarik di sepanjang terusan, keindahan alam semulajadi dan rumah – rumah tradisional disini. Setelah puas berjalan-jalan disini, tetamu akan dibawa ke Batavia Stad Amsterdam Fashion Outlet untuk membeli-belah barangan berjenama pilihan anda. Bertolak pulang ke Amsterdam dimana tetamu akan diberi masa bebas berjalan-jalan di Damrak Square. Bertolak pulang ke hotel untuk makan malam serta berehat. Bermalam di Amsterdam.
Selesai sarapan pagi di hotel, bertolak menuju ke Luxembourg adalah negara kecil di Eropah yang dikelilingi Belgium, Perancis dan Jerman. Tetamu akan dibawa melawat monument-monumen penting diantaranya Palais Grand-Ducal iaitu kediaman rasmi Grand Duke of Luxemborg, Place Guillaume II- dataran utama, Constitution Square, Cathédrale Notre-Dame serta Old Town. Menunaikan solat di masjid berdekatan sebelum meneruskan perjalanan ke Frankfurt untuk makan malam dan daftar masuk hotel.
Sarapan pagi di hotel, memulakan lawatan mercu tanda popular di sekitar dataran Romerberg. Tetamu akan berpeluang untuk berfoto di The Romer iaitu dewan bandaraya yang telah wujud sejak tahun 1405 lagi dan pernah menjadi istana singgah Raja Bavaria zaman dahulukala, St. Paul’s Church iaitu sebuah gereja yang pernah menjadi lokasi parlimen Jerman pertama kali bersidang selepas era Perang Dunia ke-2, jambatan Bridge of Sigh yang dibina seperti jambatan asal di Venice dan Fountain of Justice, kawasan kolam air pancur yang pernah menjadi lokasi di mana Raja Bavaria menjalankan perbicaraan. Membeli belah di The Zeil- Ia merupakan jalan paling popular dan meriah di Frankfurt. Keseluruhan kawasan ini penuh dengan tempat membeli-belah dan restoran. Seterusnya menuju ke Heidelberg, salah satu bandar paling romantis di Eropah kerana lokasi tepi sungai yang menarik dan seni bina zaman pertengahan dan Renaissance. Antara tempat lawatan yang akan dikunjungi adalah Istana Heidelberg yang dibina pada tahun 1214, istana yang terletak di atas bukit ini boleh dilawati dengan menaiki keretapi funicular seperti di Pulau Pinang. Selain istana yang pernah menjadi kediaman rasmi raja Jerman antaranya Raja Frederick V, Heidelberg juga terkenal dengan Old Bridge dan gereja lama Katolik di tengah bandar. Dengan suasana bandar yang tenang dan nyaman, tidak hairanlah jika bandar Heidelberg digelar bandar romantik kerana banyak puisi-puisi ternama yang dihasilkan di sini. Masa bebas diberikan di Old Town sebelum makan malam dan berehat di hotel. Bermalam di Frankfurt.
Sarapan pagi di hotel, daftar keluar menuju ke Strasbourg sebuah bandar yang indah terletak di bahagian timur laut perancis. Seni binanya menakjubkan, unik dan bandar ini mempunyai sejarah yang kaya diantaranya Katedral Strasbourg. Ia ialah sebuah katedral Gothic yang dibina pada abad ke-12. Berkunjung ke La Petite France yang terletak di Grand Island di sebelah Sungai Ill untuk melihat bangunan cantik khas Alsace. Berdekatan terletaknya Ponts Couverts iaitu jambatan menghubungkan 3 menara zaman pertengahan berfungsi sebagai benteng pertahanan. Dataran utama yang terbesar iaitu Kleber Square serta Gutenberg Square yang diambil sempena pencipta akhbar cetak moden iaitu Johannes Gutenberg. Photo stop di Palais Rohan yang pada asalnya adalah kediaman putera raja kepada keluarga rohan dan kini telah bertukar kepada muzium. Setelah puas menghabiskan masa disini bertolak ke Colmar, bandar inspirasi dalam filem Disney Beauty and the Beast. Berkunjung ke Old Town of Colmar untuk melihat bangunan-bangunan Renaissance abad ke 17, Adolf House iaitu rumah tertua di Colmar yang dibina pada tahun 1350 serta gereja abad 13 iaitu Colmar Cathderal. Melawat ke Petit Venice yang diberi jolokan Little Venice adalah tempat tinggal pedagang dahulu kala untuk mengangkut barang- barang mereka sepanjang sungai Lauch serta Fishmonger District. Meneruskan perjalanan ke Zurich untuk makan malam dan daftar masuk hotel. Bermalam di Zurich.
Daftar keluar dari hotel selepas sarapan pagi. Menuju ke Mt Rigi yang digelar Queen of the Mountain kerana menawarkan panorama yang menakjubkan merangkumi 13 tasik, 9 bandar serta puncak pergunungan Swiss Alpen. Peserta dibawa meneroka keindahan banjaran gunung Swiss dengan menaiki Rigi Kaltbad cable car dan keretapi cogwheel Vitznau – Rigi Kulm yang bermula di sebelah dengan tasik Lucern untuk menikmati keindahan banjaran gunung Swiss. Kembali ke Zurich untuk orientasi lawatan iaitu photo stop di Zurich Opera House, salah satu rumah opera terbaik di dunia yang beroperasi sejak 1891, melihat pemandangan bandar Zurich dari Quai Bridge yang menyeberangi Sungai Limmat dan The Stadthaus Zurich (Town Hall), dewan bandar bercirikan neo-Gothic yang dibina pada akhir kurun ke-19. Acara bebas di Zurich HB dan Bahnhofstrasse iaitu jalan utama pusat bandar yang dikelilingi kedai-kedai dan butik-butik berjenama seperti Chanel, Hermès, Tiffany and Co., H&M dan lain-lain. Seterusnya bergerak menuju ke Lapangan Terbang Zurich untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1).
Single
Child Twin
Child W/Bed
Child No Bed
Untuk pertanyaan lanjut & tempahan
Hari
Pesawat
Sektor
ETD
ETA
01
EK 347
KUL - DXB
1910
2230
02
EK 071
DXB - CDG
0320
0800
03
EK 086
ZRH - DXB
2155
0710+1
04
EK 342
DXB - KUL
1035
2150
LOKASI
BIL MLM
NAMA HOTEL
RATING
Paris
01
Hotel Campanile Paris Porte Bagnolet atau setaraf
Amsterdam
02
Hotel Holiday Inn Express Amsterdam South atau setaraf
Frankfurt
02
Hotel Holiday Inn Express Frankfurt Airport atau setaraf
Zurich
01
Hotel Holiday Inn Express Zurich Airport atau setaraf
Untuk pertanyaan lanjut & tempahan:
Berhubung terus dengan kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.
Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.
Emy
Senior Customer Service
Feenaz
Customer Service
Wani
Customer Service Assistant
Headquarters
Wan Vacation Sdn Bhd
selamatbercuti.com
221-1, Jalan Sarjana,
Taman Connaught,
56000 Kuala Lumpur
03 9132 2884
info@selamatbercuti.com
Putrajaya
Wan Vacation Sdn Bhd
87A, Jalan Diplomatik,
Presint 15,
62050 Putrajaya
03 8893 0084
putrajaya@selamatbercuti.com
Toll Free: 1800 18 2884
Customer Service:
010 285 2884
011 1111 2884
012 963 2884
Tours:
012 269 2884
010 530 2884
Ticketing: 013 500 2884
Marketing: 012 927 2884
Sales: 012 963 2884
Wan Vacation Sdn Bhd (KPL 6811)
Tentang Kami
Pengarah & GM
Lesen Operasi
Kerjay