Call us 24 hours, 7 days

Series Departure Package > Eropah > Eropah Timur 5 Negara [11H8M]

Previous slide
Next slide

Eropah Timur 5 Negara [11H8M]

FRANKFURT - WERTHEIM - KARLOVY VARY - PRAGUE -BRATISLAVA - BUDAPEST - VIENNA - HALLSTATT - SALZBURG -MUNICH - SCHWANGAU

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 1) untuk penerbangan ke Frankfurt melalui Dubai.


Setibanya di Lapangan Terbang Frankfurt, tetamu akan dibawa melawat mercu tanda popular di kota ekonomi Frankfurt iaitu di sekitar dataran Romerberg. Tetamu akan berpeluang untuk berfoto di The Romer iaitu dewan bandaraya yang telah wujud sejak tahun 1405 lagi dan pernah menjadi istana singgah Raja Bavaria zaman dahulukala, St. Paul Church iaitu sebuah gereja yang pernah menjadi lokasi parlimen Jerman pertama kali bersidang selepas era Perang Dunia ke-2, jambatan Bridge of Sigh yang dibina seperti jambatan asal di Venice dan juga Fountain of Justice, kawasan kolam air pancur yang pernah menjadi lokasi di mana Raja Bavaria menjalankan perbicaraan. Bertolak ke Wertheim Outlet Village yang terkenal sebagai destinasi beli-belah jenama butik-butik terkenal seperti Armani, Aigner, Boss, CK, Longchamp dan banyak lagi. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

Sarapan pagi di hotel sebelum bertolak menuju ke destinasi percutian spa terkenal, Karlovy Vary di negara Republik Czech. Memulakan lawatan di bandar Karlovy Vary dengan Grandhotel Pupp; hotel mewah bertaraf 5 bintang yang gah dibina pada tahun 1701 yang turut digunakan sebagai lokasi penggambaran siri James Bond Casino Royale, Hot Spring Colonnades; pusat utama kolam pancutan air panas semula jadi setinggi 12 meter yang mana tetamu berpeluang merendam kaki untuk merasai kehangatan air panas ini. Berfoto di Elizabeth Bath iaitu sebuah pusat spa yang terkenal kerana senibina Pseudo-Baroque yang menyerupai sebuah istana dan Smetana Park di sekelilingnya. Masa bebas untuk membeli belah serta meneroka Trziste Street. Seterusnya meneruskan perjalanan ke kota yang cukup terkenal dengan gelaran Heart of Europe iaitu Prague, ibu negara Republik Czech. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

Menikmati sarapan pagi di hotel. Lawatan di kota Prague dimulakan dengan melawat antara kompleks istana yang terbesar di dunia, Prague Castle yang dibina pada kurun ke-9 yang kini masih digunakan sebagai kediaman dan pejabat rasmi Presiden Republik Czech. Di dalam kompleks ini, tetamu akan dibawa melawat St. Vitus Cathedral, Old Royal Palace yang pernah menjadi tempat raja ditabalkan, St. George’s Basilica, Golden Lane yang meriah dengan rumah berwarna-warni milik tukang-tukang tempa emas dan Daliborka Tower yang dahulunya digunakan sebagai menara tinjau kawalan dan penjara. Seterusnya, tetamu akan menuju ke kawasan Old Town di mana tetamu berpeluang berfoto di menara Astronomical Clock yang unik sejak dari tahun 1410 lagi dan Old Town Hall yang sungguh unik binaannya. Bersolat di Prague Mosque, dan kemudian tetamu akan diberi masa bebas untuk membeli-belah serta bersiar-siar di Wenceslas Square yang meriah dengan kafe, restoran, kedai cenderamata terutamanya berasaskan kaca Bohemian Glass. Makan malam dan berehat di hotel.

Selepas sarapan pagi di hotel, bertolak menuju ke Bratislava, ibu negara Slovakia. Tetamu akan dibawa mengunjungi Bratislava Castle, di mana tetamu berpeluang untuk berfoto di dalam kawasan taman istana ini dengan pemandangan menakjubkan kawasan sempadan tiga negara iaitu Slovakia, Austria, dan Hungary. Di sebelahnya pula tersergam bangunan National Council yang menjadi tempat ahli parlimen negara ini bersidang. Melepasi bangunan Grassalkovich Palace yang merupakan istana kediaman Presiden Bratislava dan bersiar-siar di Old Town yang popular dengan kepelbagaian seni bina bangunannya seperti Opera House dan arca-arca patung gangsa. Perjalanan diteruskan ke ibu kota negara Hungary, Budapest yang terdiri dari dua bahagian bandar iaitu Buda dan Pest. Kota ini sering dijadikan lokasi penggambaran filem Hollywood kerana keindahan kotanya seperti Mission Impossible, James Bond dan Hercules. Setibanya di Budapest, tetamu akan dibawa makan malam dan daftar masuk hotel.

Sarapan pagi di hotel dan memulakan lawatan di bandar yang cukup terkenal dengan kekayaan sejarah dan budaya ini. Tetamu akan dapat menikmati pemandangan panorama indah kota ini dari atas bukit Gellert Hill. Melawat Heroes Square di tengah kota yang menempatkan Millennium Monument dan arca patung-patung pemerintah terdahulu Hungary sejak dari zaman Han. Menuju ke Fisherman’s Bastion, sebuah teres unik di tebing Sungai Danube dengan 7 menara tinjau dan berfoto di Buda Castle yang dibina pada abad ke-14 dan pernah menjadi kediaman pemerintah kota ini zaman Medieval dan Uthmaniyyah. Akhirnya, tetamu akan diberi peluang menikmati pemandangan indah Buda dan Pest dari Danube River dengan menaiki River Cruise tanpa sebarang bayaran tambahan lagi. Masa bebas di Vaci Street adalah salah satu jalan yang paling terkenal kerana dikelilingi restoran dan kedai tumpuan pelancong. Makan malam di restoran dan pulang semula ke hotel.

Usai bersarapan pagi di hotel, tetamu akan bertolak menuju ke ibu kota Austria iaitu Vienna yang gah dengan sejarah kerajaan Austria-Hungary empayar Hofburg. Sejurus tiba, tetamu akan dibawa melawat sekitar kawasan taman istana Schonbrunn Palace yang maha luas dan saujana mata memandang. Seterusnya melawat sekitar kawasan pentadbiran negara ini antaranya ialah Hofburg Palace yang merupakan kediaman rasmi dan pejabat Presiden Austria yang dahulunya kediaman keluarga diraja Hofburg, Maria Theresa Statue yang terletak di Maria-Theresien-Platz sambil diapit oleh 2 bangunan medieval Natural History Museum dan Art History Museum. Bersolat di Vienna Islamic Centre, masjid terbesar di Austria yang dibina oleh Raja Faisal dari Arab Saudi pada tahun 1975 sebelum diberi masa bebas di Karntnerstrasse untuk membeli-belah di butik berjenama terkenal seperti Bucherer dan Swarovski serta berpeluang merasai pengalaman menaiki kereta kuda dengan biaya sendiri di St. Stephen’s Cathedral. Sekiranya masa mengizinkan, tetamu akan dibawa melawat ke Hundertwasser “Kalke” Village, rumah binaan seorang artis bernama Hundertwasser yang terkenal kerana tidak menggunakan prinsip garisan lurus dan merupakan tempat yang cukup menarik untuk bergambar dan membeli cenderamata. Seterusnya tetamu akan dibawa makan malam di restoran dan daftar masukhotel.

Sarapan pagi di hotel, kemudian bertolak ke Hallstatt, juga dikenal sebagai “kota garam” yang tertua di dunia. Di sini terletaknya tasik yang sangat cantik, dan diiktiraf oleh UNESCO World Heritage. Tetamu berpeluang menaiki keretapi funicular untuk sampai ke Walterblick Skywalk yang menawarkan pemandangan unik Lake Hallstatt yang terbentang luas dan panorama gunung yang mengagumkan di sekelilingnya. Pasti pelbagai foto dan selfie menarik akan dapat dirakamkan di sini untuk dibawa pulang sebagai kenangan. Setelah puas di sini, tetamu akan turun semula untuk dibawa pula ke Old Town Hallstatt dan Market Square bersebelahan tasik tersebut untuk melihat perkampungannya dan juga membeli cenderahati dan barangan tempatan untuk dibawa pulang. Meneruskan perjalanan ke Munich dan singgah di Islamisches Kulturzentrum Salzburg untuk sembahyang serta singgah berfoto di Mozart Birthplace yang dahulu merupakan rumah kelahiran composer dan sekarang menjadi muzium yang mempamerkan barangan dan instrumen peribadi beliau. Menyambung perjalanan menuju ke Munich, makan malam di restoran serta daftar masuk hotel.

Selepas bersarapan pagi di hotel, bertolak menuju ke daerah Schwangau yang menempatkan 2 buah istana rehat musim panas keluarga diraja Bavaria zaman medieval iaitu Hohenschwangau Castle dan Neuschwanstein Castle. Tetamu akan bergambar di Neuschwanstein Castle yang terletak di atas bukit dan keindahan seni bina istana ini telah menjadi sumber ilham kepada rekabentuk Sleeping Beauty Castle di Disneyland. Meneruskan lawatan ke Munich Old Town antaranya Old Town Hall yang terletak di Marienplatz iaitu pejabat pentadbiran bandaraya ini yang dibina pada 1470 dan Glockenspiel iaitu sebuah menara jam yang mempunyai sejumlah 32 patung dan 43 loceng yang menari dan beraksi menyampaikan kisah-kisah sejarah yang berlaku di kota Munich yang terletak di New Town Hall yang bereka bentuk Gothic. Seterusnya makan malam sebelum berehat di hotel.

Lawatan di Madrid: Photo stop Estadio Santiago Bernabeu, stadium rasmi pasukan bola sepak Real Madrid. Bergambar di Las Ventas de Toros merupakan stadium gelanggang laga lembu yang terbesar di Sepanyol. Berhenti bergambar di hadapan ikon bandar iaitu Royal Palace, istana kediaman rasmi kerabat diraja Sepanyol dengan seni bina Baroque yang tersohor. Membeli belah di kawasan Puerta del Sol yang merupakan pusat ekonomi dan membeli-belah kota ini. Bermalam di Madrid.

Sarapan pagi di hotel, daftar keluar sebelum photostop di English Garden yang merupakan taman bandar terbesar di Eropah mengalahkan New York Central Park. Seterusnya, photo stop di FC Bayern Munich Stadium. Membeli-belah saat terakhir di Ingolstadt Village yang menampilkan hampir 110 butik jenama terkenal seperti Prada, Calvin Klein, Versace, Burberry, Coach, dan banyak lagi. Bertolak menuju ke lapangan terbang untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1). 

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuksurcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan bertaraf 3* sepanjang lawatan (rujuksenarai hotel ditawarkan).
  • Cukai bandar (city tax) sekiranya memerlukan.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Prague Castle, Bratislava Castle Garden, Schönbrunn Palace Park, Furnicular Train dan Walterbeblick Skywalk Halstatt.
  • Tiket menaiki Danube River Cruise di Budapest.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yangberpengalaman di Prague, Budapest dan Vienna
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu baspersiaran.
  • Ketua rombongan yang terlatih profesional dari WanVacation Sdn. Bhd.
  • Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi) WanVacation Sdn. Bhd.
  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagikhidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembarayang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketikawaktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya adadinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi danporter
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yangdinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcaradan pakej termasuk.

Single

RM12,590

RM12,190

Twin/Triple

RM10,390

RM9,990

Child Twin

RM10,390

RM9,990

Child W/Bed

RM9,590

RM9,190

Child No Bed

RM7,990

RM7,590

Untuk pertanyaan lanjut & tempahan

Hari

Pesawat

Sektor

ETD

ETA

01

EK 347

KUL - DXB

1910

2220

02

EK 043

DXB - FRA

0345

0850

10

EK 052

MUC - DXB

2235

0630

11

EK 342

DXB - KUL

1025

2150

LOKASI

BIL MLM

NAMA HOTEL

RATING

Frankfurt

01

Hotel Holiday Inn Express Frankfurt Airport atau setaraf

Prague

02

Panorama Hotel Prague atau setaraf

Budapest

02

Leonardo Hotel Budapest atau setaraf

Vienna

01

Austria Trend Hotel atau setaraf

Munich

02

Holiday Inn Express Munich atau setaraf

Untuk pertanyaan lanjut & tempahan:

Berhubung terus dengan kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

Emy

Senior Customer Service

Feenaz

Customer Service

Wani

Customer Service Assistant

Single

RM12,890

RM12,390

Twin/Triple

RM11,490

RM10,890

Headquarters

Wan Vacation Sdn Bhd
selamatbercuti.com

221-1, Jalan Sarjana,
Taman Connaught,
56000 Kuala Lumpur
03 9132 2884
info@selamatbercuti.com

Putrajaya

Wan Vacation Sdn Bhd
87A, Jalan Diplomatik,
Presint 15,
62050 Putrajaya
03 8893 0084
putrajaya@selamatbercuti.com

Toll Free: 1800 18 2884

Customer Service:
010 285 2884
011 1111 2884
012 963 2884

Tours:
012 269 2884
010 530 2884

Ticketing: 013 500 2884

Marketing: 012 927 2884

Sales: 012 963 2884

Wan Vacation Sdn Bhd (KPL 6811)
Tentang Kami
Pengarah & GM
Lesen Operasi
Kerjay

Private Tour
Request

Please fill in all required information for us to propose the best packages for you