Euro to Ringgit meningkat, Ini 6 Tips Perbelanjaan Jimat Ke Europe

euro to ringgit

Nilai pertukaran mata wang Euro to Ringgit Malaysia sering mengalami perubahan yang mendadak.

Pada tahun 2020, ia meningkat kepada purata 4.80 MYR bagi setiap EURO, dan terus naik pada tahun-tahun berikutnya, mencapai purata 4.95 MYR pada tahun 2021 dan lebih daripada 5.00 MYR pada tahun 2022.

Keadaan ini menuntut pelancong untuk lebih bijak dalam mengurus bajet perjalanan mereka agar dapat memaksimumkan pengalaman melancong tanpa melebihi perbelanjaan yang dirancang.

Ikuti artikel ini untuk ketahui 6 tips perbelanjaan di Eropah.

6 Tips Perbelanjaan Di Eropah

1. Rancang kos hidup di suatu tempat

Sebelum berangkat, lakukan penyelidikan mengenai kos hidup di destinasi yang ingin dikunjungi.

Ketahui harga purata makanan, penginapan, pengangkutan, dan aktiviti supaya anda dapat merancang bajet dengan betul.

Semasa di luar negara, carilah tempat makan yang menawarkan makanan tempatan dengan harga berpatutan

2. Tempahan Awal

Industri pelancongan amat bergantung kepada keadaan ekonomi sesebuah negara dan permintaan pelancong, sama ada tempatan atau asing.

Oleh itu, menempah tiket penerbangan atau bas lebih awal adalah langkah yang bijak untuk mendapatkan harga yang lebih murah.

Tempahan pada saat akhir biasanya mahal dan merugikan, terutamanya semasa musim perayaan dan cuti sekolah.

Begitu juga dengan penginapan, tempahan awal perlu dilakukan untuk mengelakkan kesesakan dan sebarang masalah semasa percutian anda.

3. Menginap mengikut kemampuan

Penginapan adalah salah satu aspek penting dalam perancangan perjalanan.

Pertimbangkan untuk menginap di hostel, rumah tumpangan, atau menggunakan perkhidmatan seperti Airbnb yang biasanya lebih murah daripada hotel

Selain itu, menempah penginapan lebih awal juga boleh mendapatkan harga yang lebih baik.

Jika anda bercadang untuk melawat banyak tempat dalam satu perjalanan, pastikan anda menggunakan pengangkutan awam yang biasanya lebih murah dan efisien.

Beli pas harian atau mingguan jika anda merancang untuk kerap menggunakan pengangkutan awam.

4. Cari Aktiviti Percuma atau Kos Rendah

Satu lagi cara untuk menjimatkan wang adalah dengan mencari aktiviti percuma atau kos rendah di destinasi pilihan anda.

Banyak bandar besar menawarkan muzium percuma, taman awam, dan acara kebudayaan yang tidak memerlukan bayaran masuk.

Akhir sekali, ingatlah untuk sentiasa membawa sedikit wang tunai dalam mata wang tempatan untuk keperluan kecemasan atau tempat yang tidak menerima kad.

Namun, elakkan membawa terlalu banyak wang tunai demi keselamatan

5. Muat Turun Apps Travel

Menggunakan aplikasi perjalanan juga boleh membantu menguruskan perbelanjaan dengan lebih efektif.

Terdapat pelbagai aplikasi yang dapat membantu anda mencari tawaran terbaik untuk penerbangan, penginapan, dan aktiviti.

Aplikasi seperti Skyscanner, Booking.com, dan Airbnb membolehkan anda membandingkan harga dan memilih yang paling sesuai dengan bajet anda.

Selain itu, aplikasi kewangan seperti Trail Wallet atau Spendee boleh membantu anda mengesan perbelanjaan harian dan memastikan anda tidak melebihi bajet yang telah ditetapkan.

Dengan menggunakan teknologi ini, anda dapat membuat keputusan yang lebih bijak dan menikmati perjalanan tanpa risau tentang perbelanjaan yang tidak terkawal.

6. Tempah Pakej Selamat Bercuti Jelajah Eropah 6 Negara

Dengan pakej daripada Selamat Bercuti, anda tidak perlu lagi pening dan serabut.

Langgan pakej bercuti ke Eropah dan kami akan membantu anda. Kami menawarkan pelbagai kemudahan seperti:

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan bertaraf 3* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Cukai bandar (city tax) di London, Paris, Amsterdam, Frankfurt dan Zurich.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Canal Cruise, Keukenhof Tulip Garden dan kereta kabel Mt. Titlis (Rotair, Cliff Walk, Glacier Cave)
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.

Dengan pelbagai pilihan destinasi menarik dan pakej yang lengkap, anda hanya perlu duduk, berehat, dan menikmati setiap momen percutian anda.

Kami menganjur dan mengaturkan pakej lawatan berkumpulan secara private ke eropah, pakej incentive & lawatan syarikat ke Eropah, pakej meeting / mesyuarat, pakej pembelajaran ke kilang kilang & agensi di Eropah.

Hubungi kami di talian +603 9132 2884 / +60 12-269 2884 / email tours@selamatbercuti.com

Leave a Reply

Private Tour
Request

Please fill in all required information for us to propose the best packages for you