Jika anda sedang merancang untuk menganjurkan family trip ke London, artikel ini untuk anda!
London kaya dengan sejarah, kepelbagaian budaya, dan banyak tarikan mesra keluarga. London berdiri sebagai destinasi ikonik untuk pelancong dari semua peringkat umur.
Bagi keluarga yang mencari pengalaman yang tidak dapat dilupakan, metropolis yang sibuk ini menawarkan pelbagai pilihan untuk diterokai bersama.
Berikut adalah lima tempat wajib yang perlu ada dalam jadual perjalanan setiap keluarga apabila melawat London.
5 Destinasi di London Untuk Keluarga
1. Big Ben
Big Ben adalah salah satu simbol dan tarikan utama di London.
Jika anda seorang penggemar filem luar negara, Big Ben selalu menjadi lokasi penggambaran filem-filem terkenal.
Fun fact, jam di Big Ben ini dikenali dengan jam berbunyi empat muka terbesar dan paling tepat di dunia.
Ambil peluang ini untuk bergambar bersama keluarga dengan berlatar belakangkan jam unik ini jika anda ikuti family trip ke London.
2. Windsor Castle
Datang dan lihat sendiri kehidupan Raja dan Permaisuri dengan melawati Windsor Castle.
Dengan usia hampir 1,000 tahun, Istana Windsor ialah istana terbesar dan tertua yang didiami di dunia.
Ia juga merupakan rumah Keluarga Diraja British, serta kediaman rasmi Raja.
Menempatkan koleksi seni yang kaya, termasuk karya artis terkenal seperti Rembrandt dan Leonardo da Vinci, istana ini juga berfungsi sebagai muzium.
Muzium ini menawarkan sekilas kehidupan diraja selama berabad-abad.
3. Bicester Village
Tidak sah jika tidak membawa keluarga membeli-belah di Bicester Village semasa bercuti di London.
Menempatkan lebih 150 butik jenama terkenal, terdapat banyak pilihan yang membuatkan anda rambang mata.
Tambahan pula, 98 peratus barangan di sini menawarkan diskaun yang berbaloi!
Selain membeli-belah, terdapat 10 kafe untuk anda berehat dan mengisi perut selepas penat berbelanja.
Untuk kanak-kanak, mereka boleh bersuka-ria bermain di taman rekreasi.
4. Muzium Kapal HMS Belfast
Mulakan penerokaan anda dengan menaiki kapal perang ikonik ini yang berkhidmat dalam Perang Dunia II dan Perang Korea.
Semasa anda bersiar-siar di dek kapal, anda akan melihat pameran interaktif, tempat tinggal dan kisah kehidupan di laut semasa perang.
Luangkan masa dengan keluarga untuk meneroka sembilan dek kapal, setiap satu menawarkan perspektif unik tentang sejarah operasi dan rutin harian anak kapal.
5. Muzium Lilin Madame Tussauds
Muzium Lilin Madame Tussauds menawarkan pengalaman yang menarik dan interaktif untuk pelawat dari semua peringkat umur.
Langkah ke dunia di mana selebriti, tokoh sejarah dan ikon budaya hidup dalam bentuk patung lilin yang realistik yang menakjubkan.
Selain patung lilin, muzium ini menampilkan pameran mengagumkan dengan paparan interaktif.
Paparan ini memberikan pandangan tentang seni ukiran lilin dan sejarah menarik di sebalik Madame Tussauds itu sendiri.
Ketahui tentang proses teliti mencipta figura yang seakan mirip dengan yang hidup ini dan temui kisah di sebalik beberapa karya paling ikonik muzium.
6. The Great Fire of London Monument
The Great Fire of London Monument adalah tempat yang mesti dikunjungi oleh pelancong yang ingin melihat sekilas sejarah lalu London.
Berdiri tinggi di tengah-tengah bandar, monumen yang menjulang tinggi ini memperingati bencana kebakaran yang melanda London pada tahun 1666.
Kebakaran ini membentuk semula landskap kota London sehingga kini.
Di monumen ini, ia menceritakan kisah Kebakaran Besar melalui pameran dan pameran interaktif.
Ketahui tentang peristiwa yang membawa kepada kebakaran, impaknya yang dahsyat, usaha pembinaan semula dan seterusnya yang mengubah London menjadi metropolis seperti hari ini.
Penutup
Kota London menawarkan pelbagai tempat menarik yang boleh dikunjungi.
Dari menara Big Ben yang mempunyai jam terbesar di dunia sehingga ke pameran patung lilin di Muzium Madame Tussauds, London adalah kota yang wajib dikunjungi sekeluarga.
Jika anda berminat untuk berjalan-jalan ke kota London bersama keluarga, ambil pakej percutian family trip ke London dengan selamatbercuti.com!
Di selamatbercuti.com, kami menyediakan bukan sahaja ke London tetapi juga ke 6 Negara Eropah!
6 negara dalam 1 pakej tau! Jangan lepaskan peluang mempunyai family trip ke semua negara Eropah.
Perjalanan anda akan sentiasa dibimbing termasuk daripada segi pemilihan makanan dan minuman yang halal.
selamatbercuti.com menjadikan percutian anda lebih mudah, lebih teratur dan lebih berbaloi.
Untuk tempahan, boleh hubungi kami di talian 03 9132 2884 / 03 8893 0084 / 011 1111 2884 / 012 963 2884.