Fiesta Melancong Mega 6 – Lagi murah dari Travel Fair

30 Januari 2020

Portal pelancongan terkenal, selamatbercuti.com melancarkan FIESTA MELANCONG MEGA 6 (FIESTA6) Early Bird Special bagi percutian  ke pelbagai destinasi seluruh dunia pada harga terendah untuk tarikh perlepasan Jun sehingga Disember 2020.

Promosi yang kini memasuki tahun ketiga itu, menawarkan pelbagai pakej Muslim yang sesuai untuk seisi keluarga, termasuk beberapa pakej baru yang menarik dan unik. 

Pengurus Bahagian Pemasaran Wan Vacation Sdn Bhd, Bashrafi Rahman, berkata promosi FIESTA6 Early Bird ini berlangsung selama sebulan bermula hari ini (30 Jan) sehingga 6 Mac 2020 ini.

“Seperti tahun-tahun sebelum ini,  FIESTA6 Early Bird memberi peluang kepada masyarakat merebut tawaran untuk bercuti pada harga yang sangat berpatutan.

“Kami sentiasa mengutamakan keselesaan tetamu, justeru itu semua pakej yang ditawarkan menggunakan penerbangan premium yang selesa, hotel tempatan  tiga hingga lima bintang dan bas persiaran yang selesa,” katanya.

Bashrafi berkata, antara pakej baru yang ditawarkan  adalah percutian tujuh hari, enam malam (7H6M) Balkan Menakjubkan Bosnia & Croatia; pakej 7H4M Melbourne;  5H4M Dalat & Nha Trang dan pakej 4H3M Danang, Vietnam, dan pakej 7H5M Xian, Zhangye & Lanzhou, China

Selain  pakej baru itu katanya,  destinasi malar hijau dan pakej ‘best selling’ seperti Morocco, Sepanyol & Portugal, Jelajah Eropah 6 Negara, Turki Klasik, Italy-Monaco & Barcelona, Russia & 4 Negara Scandinavia, Eropah Timur 5 Negara masih ditawarkan, malah semuanya pada harga istimewa ganjaran pelanggan awal (early bird).

pakej dubai abu dhabi, pakej safari dubai, pakej middle east

“Destinasi eksotik lain yang turut ditawarkan adalah seperti pakej ke Armenia, Georgia, danAzerbaijan;Afrika Selatan dan Mauritius, Jordan-Baitulmaqdis, dan Mesir serta  Pantai Barat Amerika Syarikat. 

“Pakej sebegini  ini jarang ditawarkan oleh syarikat lain dan ini menjadi    selamatbercuti.com. unik dan menjadi pilihan ramai. 

“Tawaran ini memberi peluang  pelanggan merancang lebih awal  percutian tahunan mereka dan pada masa yang sama menikmati penjimatan hebat yangi ditawarkan sepanjang tempoh FIESTA6 berlangsung, sebelum ‘travel fair’ pada bulan Mac nanti,” katanya. 

Mengulas lanjut, Bashrafi menjelaskan semua pakej pelancongan yang ditawarkan  selamatbercuti.com adalah mesra muslim, dengan menitikberatkan pelbagai aspek ketika  menjelajah ke luar negara . 

“Semua makanan yang disediakan sepanjang lawatan adalah halal dengan penjagaan waktu solat musafir serta peluang bersolat di masjid masjid tempatan dan ikonik. 

“Contohnya,  pakej Jordan, Baitulmaqdis & Mesir, tetamu  berpeluang merasai pengalaman bersolat di Masjidil Aqsa yang merupakan  satu daripada tiga masjid suci bagi umat Islam ; pakej Morroco & Spain tetamu  dibawa melawati Masjid terbesar di Afrika iaitu Masjid Hassan ll, Cassablanca, manakala  pakej Jelajah Eropah, tetamu dibawa ke Cologne Central Mosque di bandar Cologne, Germany antara masjid terbesar di Eropah.

Untuk penggemar aktiviti membeli belah, Bashrafi berkata pakej yang ditawarkan  membawa mereka ke ‘designers outlet’ di pelbagai lokasi seperti Bicester Village di Oxford dan London Designers Outlet,United Kingdom serta di Wertheim Village, Wertheim dan Ingolstadt Village di Munich, Jerman.  

“Turut dilawati juga Serravalle Designer Outlet berdekatan Milan di Italy, La Roca Village di Barcelona, Las Rozas VIllage di Madrid,” katanya.

Lebih menarik, tambahan kepada  diskaun sehingga 70 peratus sedia ada sepanjang tahun di tempat beli belah itu,   pelanggan selamatbercuti.com turut menikmati penjimatan tambahan sehingga 10 peratus menerusi  bekerjasama selamatbercuti.com dengan pengendali pusat beli belah itu.  

Katanya, setiap daripada tetamu akan menerima ‘kad VIP’ yang boleh digunakan di butik terpilih untuk menikmati potongan harga tambahan.

Bagi mengekalkan kualiti dan memastikan setiap percutian dengan selamatbercuti.com akan menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan, semua ‘tour leader’ yang dipilih mempunyai pengalaman yang luas dan dilatih oleh pihak syarikat sendiri. 

Menurut Bashrafi, selain ‘tour leader’ dari Malaysia, setiap kumpulan turut akan dibawa  pemandu pelancong tempatan yang mahir dan arif tentang latar belakang sejarah setiap tempat yang dilawati, sekali gus memberi pengalaman penceritaan dari perspektif yang berbeza.  

“Pemilihan tempat lawatan dan perancangan laluan untuk setiap pakej dilakukakan dengan teliti supaya tetamu bukan sahaja dapat bersiar-siar malah menambahkan ilmu pengetahuan dan menghargai kebesaran Allah s.w.t.,” katanya. 

Selain perlepasan pada Jun sehingga Disember, selamatbercuti.com juga masih menawarkan pakej Perlepasan Musim Bunga  pada bulan Mac dan April yang memberi peluang tetamu merasai suasana musim bunga yang lebih nyaman. 

“Antara pakej ke lokasi musim bunga terkenal yang ditawarkan selamatbercuti.com adalah Jelajah Eropah 6 Negara dan Jom Eropah 4 Negara ke Pesta Musim Bunga Keukenhof di Amsterdam; Korea & Cherry Blossom ke Seoul, Turki Klasik ke Taman Bunga Tulip Emirgan di Istanbul. 

tulis keukenhof 2020 kuala lumpur, pakej eropah musim bunga

“Tempat duduk untuk perlepasan musim bunga ini adalah terhad dan hanya beberapa tempat terakhir sahaja yang masih berbaki,” katanya.

Wan Vacation Sdn Bhd mempunyai pengalaman selama 9 tahun membawa beribuan tetamu setiap tahun ke serata dunia. 

Untuk  tempahan dan maklumat lebih lanjut, hubungi talian bebas tol 1800 18 2884 atau di talian  0391322884 dan di web chat portal www.selamatbercuti.com atau Instagram @selamatbercuti serta  Facebook @selamatbercuti

About the author

selamatbercuti.com is a travel agency based in Cheras & Putrajaya.

Leave a Reply

Private Tour
Request

Please fill in all required information for us to propose the best packages for you