Call us 24 hours, 7 days

Series Departure Package > Morocco > Grand Morocco [10H7M]

Previous slide
Next slide

Grand Morocco [10H7M]

CASABLANCA – MARRAKESH– OURZAZATE- BOUMALNE DADES-MERZOUGA- IFRANE-FES- CHEFCHOUN- RABAT

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 1) untuk penerbangan ke Casablanca melalui Dubai.

Setibanya di Lapangan Terbang Casablanca, bertolak menuju ke kota Casablanca, kota terbesar di Morocco yang diasaskan oleh kaum nelayan Berber pada abad ke-10 SM. Makan tengahari di restoran tempatan sebelum singgah sebentar ke Muhammad V Square, sebuah plaza yang sibuk di tengah-tengah kota Casablanca. Melawat Hassan II Mosque, masjid kelima terbesar di dunia yang mampu memuatkan seramai 105,000 jemaah dengan menara setinggi 689 kaki yang merupakan menara masjid tertinggi di dunia. Bertolak menuju ke Marrakesh yang mengambil masa 3 jam perjalanan. Setibanya di Marrakesh, makan malam dan daftar masuk hotel.

Seusai sarapan pagi di hotel, lawatan di kota Marrakesh dimulakan ke Bahia Palace, sebuah istana yang tersergam cantik dengan 160 buah bilik yang dibina pada akhir kurun ke-19 dan merupakan seni bina gabungan Islam dan tradisional Maghribi terbaik yang pernah dibina. Mengunjungi Berber Pharmacie merupakan kedai jualan barangan rempah ratus Morocco, barangan kosmetik tradisional Morocco seperti minyak argan, zaitun, kaktus dan sebagainya. Seterusnya melawat Koutoubia Mosque, ikon kota Marrakesh yang digelar sebagai ‘masterpiece’ puak Al-Mohades yang merupakan masjid utama di kota ini dan memiliki sebuah menara setinggi 77m. Masa bebas di bazaar Djemaa El-Fnaa Square, souk popular yang terletak di Old Medina. Tetamu berpeluang membeli belah jubah, tudung, barangan seramik dan cenderahati. Kemudian, makan malam dan berehat di hotel.

Sarapan pagi di hotel, bertolak menuju ke perkampungan Ait Ben Haddou dimana sepanjang perjalanan merentasi Banjaran Atlas yang setinggi 2260-meter anda disajikan dengan pemandangan indah kawasan pergunungan. Setibanya disini, melawat ke Ksar Ait Ben Haddou iaitu sebuah perkampungan kubu yang diperbuat sepenuhnya daripada tanah yang juga telah mendapat pengiktirafan sebagai tapak UNESCO. Perjalanan akan diteruskan ke Ourzazate yang digelar “Hollywood of Morocco” kerana banyak lokasi penggambaran filem antarabangsa dijalankan disini. Bertolak ke Boumalne Dades, kawasan yang terkenal dengan penghasilan Moroccan rose yang dipasarkan seluruh dunia. Makan malam dan daftar masuk hotel.

Selepas sarapan pagi, menuju ke Todra Gorge, sebuah lembah jurang berbatu yang seakan – akan Petra di Jordan. Kita kan melalui laluan jurang yang indah serta dramatik. Photo stop di Berber Village dimana orang Barbar adalah merupakan kaum etnik Afrika Utara di lembah Nil. Singgah sebentar di Fossil Shop yang terletak di Erfoud dimana tetamu boleh membeli sisa fosil untuk dijadikan cenderahati. Berkunjung ke kampung Erg Cebi, Merzouga yang terletak di pinggir Gurun Sahara terkenal dengan bukit pasir yang menakjubkan. Tetamu akan menaiki unta atau jeep menuju ke khemah penginapan. Pengalaman menyaksikan matahari terbenam serta hamparan bintang di langit di tengah-tengah padang pasir.

Sarapan pagi dan memulakan perjalanan panjang ke Fez, kota yang dikenali sebagai ibu kota budaya bagi Maghribi. Ia terkenal dengan kota lama yang bertembok Fes El Bali dengan seni bina Marinid. Singgah sebentar ke Ziz Valley, lembah yang subur dengan tanaman kurma serta bijiran dan juga sayuran. Makan tengahari di Midelt, sebuah perkampungan pengeluar epal terbesar di Morroco. Menyambung perjalanan ke Bandar Ifrane yang terkenal dengan jolokan Switzerland of Morroco kerana menerima taburan salji tertinggi di negara tersebut. Resort – resort ski Alpine mengingatkan anda kepada Switzerland kerana dibina pada zaman era colonial Perancis. Menuju ke Fez untuk makan malam dan daftar masuk hotel.


Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Peserta akan dibawa meneroka kota Fes, lawatan akan merangkumi photo stop di Royal Palace Fes, salah satu istana tertua di seluruh Maghribi. Menikmati pandangan panorama indah bandar Fes dari puncak bukit Burj Al Janubi. Berkunjung ke Chaouwara Tanneries, tempat penyamakan kulit terbesar serta tertua di dunia yang sudah wujud sekitar abad ke-11. Seterusnya melawat ke Mosque of al-Qarawiyyin merupakan salah satu universiti tertua di dunia dan antara masjid terbesar di Afrika. Masa bebas membeli belah di Kota Lama sebelum makan tengahari di restoran. Seterusnya kita akan bertolak ke Kota Biru Chefchaouen, salah satu pekan tercantik di Maghribi yang mengambil masa perjalanan selama 4 jam. Setibanya di sini makan malam dan daftar masuk hotel.

Sarapan pagi di hotel, berkunjung ke Place Outa El Hammam & Kasbah, dataran utama yang terletak di pusat bandar yang mempunyai pemandangan panorama menarik di sini. Melawat ke Medina of Chefchaouen yang terletak di antara puncak gunung di mana semua bangunan di sini berwarna biru. Seterusnya bertolak ke Rabat, iaitu ibu negara Morocco, singgah ke Kasbah of The Udayas yang merupakan sebuah kubu pertahanan dan istana kediaman pemimpin semasa zaman pemerintahan Khalifah Almohad. Kubu yang terletak di muara Sungai Bou Regreg ini dibina seawal kurun ke-12 dan merupakan salah satu tarikan yang unik di bandar diraja Rabat. Melawat Hassan Tower, sebuah menara kepada masjid yang tidak siap dibina selepas kemangkatan Sultan Yacub al-Mansour. Menara yang dibina daripada batu pasir berwarna merah ini terletak bertentangan dengan Mausoleum of Mohamed V yang menempatkan makam King Mohamed V serta dua anaknya iaitu King Hassan II dan Putera Abdallah. Bertolak ke Casablanca untuk makan malam dan daftar masuk hotel.

Selepas sarapan pagi, aktiviti bebas sebelum daftar keluar dan bertolak menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Mohammed V untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Dubai.

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1). 

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Hotel / Riad / Khemah penginapan bertaraf 3 * sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan) serta cukai bandar.
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sesuai muslim sepanjang lawatan.
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Bahia Palace dan Ait BenHaddou.
  • Jeep atau camel ride semasa menuju ke luxury camp.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan yang terlatih profesional dari WanVacation Sdn. Bhd
  • Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi) Wan VacationSdn. Bhd.
  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurance kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam waktu perlepasan)
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan lain selain dari yangdinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

Single

RM11,090

RM10,490

Twin/Triple

RM9,890

RM9,290

Child Twin

RM9,190

RM8,590

Child W/Bed

RM8,490

RM7,890

Child No Bed

RM7,490

RM6,890

Untuk pertanyaan lanjut & tempahan

Hari

Pesawat

Sektor

ETD

ETA

01

EK 347

KUL - DXB

1910

2230

02

EK 751

DXB - CMN

0725

1310

09

EK 752

CMN - DXB

1505

0130+1

10

EK 346

DXB - KUL

0330

1435

LOKASI

BIL MLM

NAMA HOTEL

RATING

Marrakesh

02

Hotel Mogador Kasbah/ RiadPuchka atau setaraf

Boumalne Dades

01

Hotel La Kasbah De Dades atau setaraf

Sahara

01

Sirocco Luxury Camp atau setaraf

Fes

01

Hotel Volubilis / Riad Tahrad & Spa atau setaraf

Chefchaouen

01

Residence Hoteliere Chez Aziz atau setaraf

Casablanca

01

Hotel Majestic atau setaraf

Untuk pertanyaan lanjut & tempahan:

Berhubung terus dengan kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

Emy

Senior Customer Service

Feenaz

Customer Service

Wani

Customer Service Assistant

Single

RM11,090

RM10,490

Twin/Triple

RM9,890

RM9,290

Headquarters

Wan Vacation Sdn Bhd
selamatbercuti.com

221-1, Jalan Sarjana,
Taman Connaught,
56000 Kuala Lumpur
03 9132 2884
info@selamatbercuti.com

Putrajaya

Wan Vacation Sdn Bhd
87A, Jalan Diplomatik,
Presint 15,
62050 Putrajaya
03 8893 0084
putrajaya@selamatbercuti.com

Toll Free: 1800 18 2884

Customer Service:
010 285 2884
011 1111 2884
012 963 2884

Tours:
012 269 2884
010 530 2884

Ticketing: 013 500 2884

Marketing: 012 927 2884

Sales: 012 963 2884

Wan Vacation Sdn Bhd (KPL 6811)
Tentang Kami
Pengarah & GM
Lesen Operasi
Kerjay

Pakej Percutian Ke Morocco: Pengembaraan Melalui Keunikan Destinasi Bersejarah

Selamat datang ke pakej percutian ke Morocco! Nikmati pengembaraan melalui destinasi menarik seperti Casablanca, Marrakesh, Ourzazate, Boumalne Dades, Merzouga, Ifrane, Fes, Chefchoun, dan Rabat.

Destinasi Menarik Dalam Pakej Percutian Kami:

Casablanca:

Terokai bandar ini yang penuh dengan kehidupan bandar dan kemegahan seni bina Moorish.

Marrakesh:

Meneroka pasar bersejarah, pasar makanan tempatan, dan keindahan taman-taman yang menakjubkan.

Ourzazate:

Mengagumi landskap padang pasir yang indah dengan pelbagai kawasan bersejarah.

Boumalne Dades:

Menyelami kecantikan lembah dan kawasan gunung yang menakjubkan.

Merzouga:

Nikmati pengalaman unik menginap di kem tentera pasir dan melihat matahari terbenam yang menakjubkan.

Ifrane:

Mengagumi bandar ini yang dikenali sebagai “Switzerland of Morocco” dengan keindahan landskapnya.

Fes:

Meneroka warisan sejarah, pasar binaan, dan labirin medina yang menarik.

Chefchoun:

Merasai kehidupan desa yang tenang dengan bangunan biru yang menakjubkan.

Rabat:

Melawat ibu negara yang kaya dengan warisan sejarah dan keindahan pantai.

Perkhidmatan Penginapan dan Penerbangan:

  • Penerbangan: Nikmati penerbangan kelas dunia dengan Emirates.

  • Penginapan 3 Bintang: Penginapan yang selesa dan strategik untuk menikmati pengembaraan anda.

Tempah Pakej Percutian Ke Moroko Anda Hari Ini!

Jangan lepaskan peluang untuk merasai keunikan dan keajaiban Morocco. Hubungi kami di 1800 18 2884 atau selamatbercuti.com untuk maklumat lanjut dan tempahan pakej percutian yang menyeronokkan serta memberi peluang kepada anda untuk menjelajah keindahan destinasi ini.

Mari bersama-sama merancang pengembaraan anda ke destinasi menarik di Moroko dengan pakej percutian yang kami tawarkan khas untuk anda!

Private Tour
Request

Please fill in all required information for us to propose the best packages for you