Series Departure Package > Vietnam > Hanoi + Sapa + Mt. Fansipan [5H4M]
HANOI: Hanoi Old Quarter, Thang Long Water Puppet, Dong Yuan Market. SAPA: Lao Chai Village. MT. FANSIPAN: Sun Plaza, Cat Cat Village, Cable Car.
Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Hanoi.
Bermalam di Hanoi.
Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Sapa melalui Lebuhraya Noi Bai – Lao Chai yang mengambil masa sekurang kurangnya 5-6 jam. Di sepanjang perjalanan, anda akan menikmati keindahan pergunungan dan kawasan perkampungan yang sentiasa diselubungi dengan kabus tebal. Setibanya di Sapa, makan tengah hari di restoran tempatan. Selepas makan tengah hari, bergerak ke Lao Chai Village menyelusuri pemandangan lembah Muong Hoa dan persekitaran pergunungan serta sawah padi yang meluas dapat dilihat dari jalan ini. Di sepanjang perjalanan, pelbagai kumpulan etnik seperti H’mong, Zay dan Red Dao akan ditemui menjual barangan tempatan seperti teh, buah – buahan dan snek tempatan. Setibanya di perkampungan Black H’mong Village of Lao Chai, tetamu berpeluang menyaksikan bagaimana kehidupan seharian kaum ini. Kemudian berjalan kaki dari Lao Chai menuju ke Ta Van Village dimana suku kaum Zay menetap. Di sini tetamu akan mendaki bukit, berjalan menyelusuri hutan buluh dan berehat menikmati pemandangan air terjun yang indah. Kemudian tetamu dibawa makan malam di restoran istimewa masakan kaum Sapa. Daftar masuk hotel dan tetamu bebas berjalan – jalan meneroka bandar Sapa.
Sarapan pagi di hotel. Mulakan hari yang indah dengan bertolak ke Gunung Fansipan yang terkenal dengan jolokan `Roof of Indochina’. Menaiki mountan train yang terletak di Sun Plaza dimana rekabentuk luaran bangunan tersebut diinspirasikan oleh bangunan – bangunan yang terdapat di Paris. Mountain Train merupakan laluan kereta api gunung terpanjang di Vietnam. Sampai di puncak, tetamu akan menaiki kereta kabel ke puncak gunung tertinggi semenanjung Indochina. Dari puncak gunung tersebut, nikmati pemandangan yang luar biasa dengan tumbuh-tumbuhan hijau & subtropika yang subur menjadikan gunung ini sangat cantik. Kembali ke bandar untuk makan tengah hari dan lakukan perjalanan trekking singkat ke Cat Cat Village. Kampung ini adalah sebuah perkampungan kuno kumpulan etnik H’mong yang masih mengekalkan adat dan amalan yang unik. Makan malam di restoran tempatan dan melakukan aktiviti bebas pada waktu malam. Bermalam di Sapa.
Sarapan pagi dan daftar keluar dari hotel dan bertolak ke Hanoi. Setibanya di Hanoi, makan tengahari di restoran halal. Teruskan lawatan ke Temple of Literature iaitu Universiti Kebangsaan pertama di Vietnam yang dibina pada tahun 1070. Sembahyang di Masjid Al-Noor iaitu satusatunya masjid di Hanoi yang memuatkan seramai 300 orang. Seterusnya tetamu akan dibawa menyaksikan pertunjukan Thang Long Water Puppet yang dikenali Múa rối nước. Pertunjukan ini merupakan persembahan tradisional tradisi rakyat Vietnam yang penuh dengan sejarah, cerita rakyat dan misteri. Kemudian makan malam di restoran tempatan dan bermalam di Hanoi.
Sarapan pagi di hotel. Tetamu diberi masa bebas untuk menerokai Hanoi atau menikmati masa membeli-belah di Dong Xuan market dan Old Quarter. Kemudian daftar keluar dari hotel dan bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Single
Child Twin
Child W/Bed
Child No Bed
Hari
Pesawat
Sektor
ETD
ETA
01
MH 752
KUL - HAN
0930
1200
05
MH 753
HAN - KUL
1300
1740
LOKASI
BIL MLM
NAMA HOTEL
RATING
Hanoi
02
Hotel Moon View atau setaraf
Sapa
02
Hotel La Casa Sapa atau setaraf
Untuk pertanyaan lanjut & tempahan:
Berhubung terus dengan kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.
Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.
Emy
Senior Customer Service
Feenaz
Customer Service
Wani
Customer Service Assistant
Headquarters
Wan Vacation Sdn Bhd
selamatbercuti.com
221-1, Jalan Sarjana,
Taman Connaught,
56000 Kuala Lumpur
03 9132 2884
info@selamatbercuti.com
Putrajaya
Wan Vacation Sdn Bhd
87A, Jalan Diplomatik,
Presint 15,
62050 Putrajaya
03 8893 0084
putrajaya@selamatbercuti.com
Toll Free: 1800 18 2884
Customer Service:
010 285 2884
011 1111 2884
012 963 2884
Tours:
012 269 2884
010 530 2884
Ticketing: 013 500 2884
Marketing: 012 927 2884
Sales: 012 963 2884
Wan Vacation Sdn Bhd (KPL 6811)
Tentang Kami
Pengarah & GM
Lesen Operasi
Kerjay