Series Departure Package > Eropah > Heritage Uzbekistan 4 Kota + Sharjah [12H9M]
Tashkent - Urgench - Khiva - Bukhara - Shahrisabz - Samarkand - Tashkent - Chimgan Mountains - Sharjah
Harga Termasuk: Tiket lawatan seperti dalam atucara
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi penerbangan ke Tashkent. Setibanya di Lapangan Terbang Tashkent, peserta dibawa ke restoran untuk makan malam dan daftar masuk ke hotel untuk daftar masuk. Bermalam di Tashkent.
Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Bertolak ke Lapangan Terbang Taskhent untuk menaiki penerbangan domestik ke Urgench. Setibanya di urgench, bertolak ke Khiva. Memulakan lawatan di bandar tertua di Uzbekistan, terletak di Ichan Qala, bandar yang mempunyai banyak monument seni bina. Berabad-abad lamanya, bangunan yang kukuh, istana, masjid, madrasah, makam, menara, karavan-sarai, dan rumah mandian mengubah Ichan-Qala menjadi sebuah monumen kota yang unik. Makan malam dan daftar masuk hotel. Bermalam di Khiva.
Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Bertolak menuju ke Bandar Bukhara dan akan melalui padang pasir Kizilkum. Dalam perjalanan, peserta dapat menikmati pemandangan Amu Darya River, Sungai terdalam di Asia Tengah yang terbentuk diantara pertemuan Panj dan Vakhsh di Tajikistan yang mengalir ke Laut Aral. Setibanya di Bukhara, peserta mempunyai masa bebas. Daftar masuk hotel. Bermalam di Bukhara.
Sarapan pagi di hotel. Memulakan lawatan ke Ark of Bukhara, kota pertahanan dan kediaman rasmi diraja yang masyhur yang dibina sejak abad ke-5 oleh Putera Parsi Siyavusha. Seterusnya melawat Samanid Mausoleum yang dibina seawal kurun ke 10 dan juga Chashma Ayub, yang bermaksud perigi Ayub, dan masjid Bolo-Hauz yang dibina pada tahun 1712 juga disenaraikan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO. Kemudian, melawat salah satu madrasah terkenal di Bukhara yang dikenali sebagai Nadir Divan Begi yang juga merupakan sebahagian daripada Lyabi House Ensemble (dataran utama di Bukhara – takungan buatan terbesar pada zaman pertengahan Bukhara). Melawat Poi Kalon Complex, kompleks bangunan yang terdiri dari 3 bahagian, Kalan Mosque, Kalan Minaret, dan Miri Arab Madrasah. Daftar masuk hotel dan bermalam di Bukhara.
Sarapan pagi di hotel. Peserta akan dibawa bersiar siar sekitar Bukhara. Melawat Bahauddin Naqshbandi complex, dibina sebagai memperingati tokoh ulamak sufi yang terkenal, Syeikh Bakhauddin Nakshbandi yang mangkat pada tahun 1389. Kompleks ini terdiri daripada sebuah madrasah, sebuah menara dan dua buah masjid. Seterusnya melawat Sitorai-Mokhi-Khosa palace, Istana Musim Panas pemerintah Bukhara yang siap dibina pada tahun 1917 dan dinamakan sempena nama isterinya dan sejurus selepas kejatuhan Emirat Bukhara pada tahun 1727, Istana ini diubah menjadi sebuah muzium. Lawatan diteruskan ke Chor Bakr Memorial Complex, dibangunkan di tempat perkuburan Abu Bakar Said yang mangkat pada tahun 971 dan mempunyai nasab keturunan Nabi Muhammad SAW. Bertolak pulang ke hotel. Bermalam di Bukhara.
Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Shahrisabs, tempat kelahiran Amir Timur, Penakluk Abad ke-14 Asia. Lawatan dimulakan ke Ak Saray Palace, istana yang musnah dan merupakan tapak bersejarah di Shahrisabz. Ianya dibina pada abad ke-14 dibawah pemerintahan Amir Timur (Tamerlane). Pada tahun 2000, istana ini telah diistiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Kemudian peserta akan dibawa melawat Jahangir Mausoleum yang didedikasikan untuk anak sulung Amir Timur yang meninggal dalam pertempuran ketika berumur 20 tahun dan pemerintah berkabung untuk masa yang lama dipercayai kesedihan berlarutan selama 30 tahun.
Seterusnya melawat Dorus Siadat dan DorusTillavat, ianya adalah kompleks peringatan dimanasemua keturunan dan kerabat Amir Timur telahdikebumikan. Selepas itu, bertolak ke Samarkand.Daftar masuk hotel. Bermalam di Samarkand.
Child Twin
Child W/Bed
Child No Bed
Hari
Pesawat
Sektor
ETD
ETA
01
G9 803
KUL - SHJ
0315
0625
01
G9 270
SHJ - TAS
0845
1300
02
HY 053
TAS - UGC
0700
0830
10
G9 274
TAS - SHJ
0320
0545
10
G9 802
SHJ - KUL
1450
0215+1
LOKASI
BIL MLM
NAMA HOTEL
RATING
Tashkent
03
Grand Turon atau setaraf
Khiva
01
Hotel Old Khiva atau setaraf
Bukhara
03
Imperial Palace atau setaraf
Samarkand
02
Hotel Malika Classic atau setaraf
Untuk pertanyaan lanjut & tempahan:
Berhubung terus dengan kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.
Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.
Emy
Senior Customer Service
Feenaz
Customer Service
Wani
Customer Service Assistant
Headquarters
Wan Vacation Sdn Bhd
selamatbercuti.com
221-1, Jalan Sarjana,
Taman Connaught,
56000 Kuala Lumpur
03 9132 2884
info@selamatbercuti.com
Putrajaya
Wan Vacation Sdn Bhd
87A, Jalan Diplomatik,
Presint 15,
62050 Putrajaya
03 8893 0084
putrajaya@selamatbercuti.com
Toll Free: 1800 18 2884
Customer Service:
010 285 2884
011 1111 2884
012 963 2884
Tours:
012 269 2884
010 530 2884
Ticketing: 013 500 2884
Marketing: 012 927 2884
Sales: 012 963 2884
Wan Vacation Sdn Bhd (KPL 6811)
Tentang Kami
Pengarah & GM
Lesen Operasi
Kerjay