Honeymoon Package Malaysia: Destinasi Romantik Untuk Pasangan Baru Berkahwin

honeymoon package malaysia

Bulan madu atau Honeymoon adalah masa yang istimewa bagi pasangan baru berkahwin untuk menjelajahi keindahan dunia bersama-sama. 

Namun, sebelum menentukan tempat untuk honeymoon, anda harus buat carian yang baik mengenai tempat-tempat yang hendak dikunjungi.

Anda juga perlu memastikan agensi pelancongan menawarkan anda honeymoon package Malaysia yang terbaik untuk mencipta pengalaman indah bersama pasangan. 

Dalam artikel ini, kami akan menceritakan destinasi romantik untuk pasangan baru berkahwin dan honeymoon package Malaysia yang anda boleh dapatkan. 

Destinasi Honeymoon Romantik di Malaysia

Malaysia adalah tempat yang sempurna untuk pasangan mencari destinasi romantik bagi bulan madu mereka. 

Dengan keindahan alam semula jadi, pantai yang cantik, dan penginapan yang mewah, terdapat banyak destinasi yang memikat hati. 

Antaranya ialah di Semporna dan Kundasang yang kedua-duanya terletak di Sabah. Ayuh kita terokai lebih lanjut mengenai dua destinasi ini. 

1. Semporna, Sabah: Keindahan Bawah Air

honeymoon package malaysia

Semporna di Sabah adalah destinasi yang terbaik bagi pasangan yang menyukai dunia bawah air. 

Antara aktiviti terbaik yang ditawarkan oleh Semporna adalah seperti berikut.

 

 

  • Snorkelling

snorkelling

Snorkelling adalah aktiviti yang membenarkan anda melihat keindahan bawah laut tanpa perlengkapan menyelam yang rumit.

Anda akan dipakaikan mask dan snorkel untuk menyelam bagi dapat menyaksikan terumbu karang, ikan-ikan berwarna-warni, dan kehidupan laut. 

 

    • Seawalking

seawalking

Tahu tak anda, seawalking suatu aktiviti yang terkenal juga dan ianya berbeza daripada snorkelling. 

Seawalking adalah aktiviti yang membolehkan peserta merasai pengalaman berjalan di dasar laut tanpa menyelam secara mendalam. 

Ia mempunyai peralatan khas yang perlu dipakai yang dikenali sebagai “helmet diving”.

 

    • Sunset di Parapat

sunset

Sunset di Parapat menjadi tarikan utama di sini. 

Anda dan pasangan boleh menikmati matahari terbenam bersama-sama di pantai dan mencipta kenangan yang indah. 

Semestinya ia merupakan pengalaman romantis yang tidak boleh anda lepaskan begitu sahaja. 

2. Kundasang, Sabah: Ketenangan Pemandangan Gunung Kinabalu

honeymoon package malaysia

Kundasang terletak di kaki Gunung Kinabalu dan merupakan kawasan yang tenang serta mempesonakan. 

Jika anda membuat pilihan untuk berbulan madu di Kundasang, anda boleh melawat tempat-tempat seperti berikut.

 

    • Jambatan Gantung Tamparuli

honeymoon package malaysia

Jambatan Gantung Tamparuli merupakan tempat yang menjadi destinasi utama penduduk tempatan untuk bergambar. 

Ia juga menjadi tarikan bagi pelancong luar kerana mempunyai pemandangan yang cukup indah dengan panjang jambatan sejauh 200 meter. 

Kebanyakan pelancong yang datang ke sini memilih untuk melawat dan bergambar di atas Jambatan Gantung ini. 

Jadi, anda yang suka menyimpan memori dengan bergambar, destinasi ini sangat sesuai. 

 

    • Pekan Nabalu

Tidak lengkap sekiranya melancong atau berbulan madu tanpa membawa pulang cenderamata. 

Pekan Nabalu adalah tempat persinggahan yang popular untuk pelawat. 

Kawasan ini mempunyai kompleks membeli-belah dengan produk cenderamata tempatan, pasar buah-buahan dan restoran.

Anda dapat berbelanja dengan berhemah kerana produk tempatan adalah produk terbaik. 

 

    • Canopy Walkway & Poring Hot Spring

honeymoon package malaysia

Laluan Canopy Walkway terletak di atas bukit Poring Hot Spring berhampiran Kinabalu. 

Namun, tidak semua yang boleh melalui laluan Canopy Walkway ini dalam satu masa. 

Ini kerana, laluannya sangat sempit dan hanya boleh memuatkan enam orang sahaja pada satu masa. 

Jadi anda harus lebih berhati-hati, tetapi ia menjadi satu pengalaman yang indah dan menggembirakan serta patut dikunjungi. 

Baca Juga; Rahsia Percutian Bajet: Tips & Tricks Untuk Destinasi Impian

Destinasi Honeymoon di Luar Negara

Destinasi bulan madu di luar negara adalah impian setiap pasangan yang baru menikah. 

Antara pilihan yang sangat eksotis dan romantik adalah di Boracay, Filipina dan Krabi, Thailand. 

Ayuh kita menjelajahi keindahan Boracay dan Krabi yang menjadi destinasi bulan madu yang begitu popular. 

1. Boracay, Filipina: Surga Pantai Pasir Putih yang Eksklusif

honeymoon package malaysia

Boracay, Filipina menjadi destinasi yang sangat popular untuk berehat dan bersantai.

Ia turut menjadi tarikan kerana keindahan pasir pantainya yang putih lembut, air laut biru yang jernih dan keramahan penduduk setempat.

Berikut adalah antara keindahan lain yang anda harus tahu mengenai Boracay, Filipina.

 

    • White Beach

honeymoon package malaysia

Pantai Pasir Putih (White Beach) adalah tarikan utama di Boracay. 

Anda boleh menikmati pasir lembut, air laut jernih, dan matahari terbenam yang sangat menakjubkan. 

Aktiviti lain yang dapat anda lakukan adalah seperti berjemur, berenang, dan bermain permainan air.

Bagi pelancong yang datang berbulan madu, anda dapat bersantai di tepi pantai atau berjalan-jalan bersama pasangan dan merasakan pasir lembut di kaki anda.

Ia pasti menjadi pengalaman bulan madu yang paling indah kerana dapat merasa suasana yang nyaman. 

 

    • Private Island Hopping

Selain menikmati pantai, anda dan pasangan juga dapat menjelajahi pulau-pulau peribadi di sekitar Boracay. 

Aktiviti ini yang sangat dinantikan oleh pelancong yang datang ke sini. Amat Menarik!

Ini kerana, anda dapat menyewa perahu peribadi dan menjelajahi pulau-pulau kecil yang indah.

Anda juga dapat menikmati makanan lazat yang disiapkan khusus untuk anda semasa penjelajahan anda ke pulau-pulau tersebut. 

Pengalaman semasa melakukan private island hopping ini adalah pengalaman yang ekslusif dan romantis untuk pasangan. 

2. Krabi, Thailand: Keindahan Pantai dan Alam Semula Jadi yang Luar Biasa

Destinasi bulan madu yang lain yang layak anda pertimbangkan adalah Krabi, Thailand. 

Anda nak tahu kenapa? 

Ini kerana, Krabi bukan sahaja menawarkan keindahan pantai, malah alam semula jadi yang luar biasa. 

Mari kita lihat dua tempat yang wajib anda kunjungi ketika di Krabi. 

 

    • Tiger Caves Temple

honeymoon package malaysia

Tiger Cave Temple atau dipanggil Wat Tham Sua dalam bahasa Thai merupakan salah satu tarikan pelancong yang paling mencabar di rantau ini. 

Terutamanya, tapak suci ini sangat terkenal dengan pendakian yang sangat curam dengan 1237 anak tangga. 

Kepada pasangan yang ingin aktiviti sedikit ekstrem boleh mengunjungi tempat ini.

Lawatan ke tempat suci seperti ini adalah pengalaman yang unik dan perkara popular untuk dilakukan di Krabi. 

Jangan lupa membawa kamera anda kerana anda akan diberi ganjaran dengan pemandangan yang luar biasa.

 

    • Aonang Town

honeymoon package malaysia

Aonang Town adalah pusat kehidupan malam di Krabi. 

Jika anda nak tahu, Aonang Town ini adalah satu tempat terbaik dan paling murah untuk menikmati makanan Thai yang lazat. 

Ia bukanlah tempat yang besar, tetapi ia mempunyai suasana yang meriah dan banyak pilihan makanan jalanan yang hebat. 

Antaranya makanan klasik Thai yang disajikan adalah nasi melekit mangga, pad Thai, kelapa smoothie, dan banyak lagi. 

Anda juga berpeluang membeli-belah untuk cenderahati!. Jangan lepaskan malam yang menyeronokkan di Aonang Town ini.

Kesimpulan

Akhirnya, anda telah mendapat penjelasan tentang setiap destinasi dalam honeymoon package Malaysia ini. 

Setiap tempat menawarkan pengalaman yang unik dan romantis untuk pasangan yang baru berkahwin. 

Jika anda masih tertanya-tanya mengenai honeymoon package Malaysia dan agensi pelancongan mana yang harus dipercayai.

Anda boleh melayari laman web selamatbercuti.com di mana ia juga dipanggil sebagai Wan Vacation Sdn Bhd. 

selamatbercuti.com

Wan Vacation Sdn Bdn menawarkan pelbagai produk dengan lebih 100 pakej dalam pelbagai lawatan berasaskan tematik ke pelbagai bahagian dunia. 

Ditambah dengan keistimewaan kami, “Siri Lawatan Berlepas” yang berbaloi, menjadikan Wan Vacation sebagai agensi pelancongan yang dicari di Malaysia.

Ia menawarkan bukan sahaja nilai untuk wang, tetapi lebih-lebih lagi, boleh dipercayai, dengan syarikat pelancongan yang berorientasikan perkhidmatan yang sangat diiktiraf.

Jadi tunggu apa lagi? Jangan teragak-agak untuk buat pilihan bersama selamatbercuti.com.

 

Leave a Reply

Private Tour
Request

Please fill in all required information for us to propose the best packages for you