Series Departure Package > Eropah > Italy + Nice + Monaco + Barcelona [11H9M]]
Italy + Roman Colosseum + Vatican City + Leaning Tower of Pisa + Piazzale Michelangelo + Ferrari Museum + Venice + Lake Garda + Milan Cathedral + France + Cannes + Nimes + Monaco + Monte Carlo + Spain + Park Guell + Camp Nou Stadium + La Sagrada Familia + La Rambla
4 Negara dalam 1 pakej: ITALY, FRANCE, MONACO, SPAIN. French Riviera pengeluar perfume pertama di dunia
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi penerbangan ke Rome melalui Doha.
Setibanya di Lapangan Terbang Leonardo Da Vinci, tetamu akan memulakan lawatan ke sekitar Kota Rome yang penuh dengan sejarah Western Roman Empire. Pertamanya melawat Colosseum, amphitheater kuno terbesar di negara ini yang berkapasiti 80,000 penonton untuk digunakan sebagai tempat keraian dan perlawanan gladiator. Seterusnya berjalan sepanjang kesan peninggalan pusat pentadbiran, pemerintahan dan ekonomi kerajaan Roman di Roman Forum. Tetamu akan dibawa melawat ke Trevi Fountain iaitu salah satu kolam air pancut yang terkenal di dunia dek kerana keindahan seni binaannya dan masa bebas di berikan di Spanish Steps iaitu 135 anak tangga yang terletak di kawasan tumpuan ramai di Piazza Di Spagna. Bersolat di Mosque of Rome, masjid terbesar di Europe. Singgah sebentar di St. Peter Basilica yang merupakan gereja utama menempatkan Ketua Agama Kristian Katolik, Pope tinggal dan berurusan. Makan malam dan daftar masuk hotel.
Bersarapan pagi di hotel. Bertolak ke Pisa dan setibanya di sana, tetamu berpeluang melawat dataran Tapak Warisan Dunia UNESCO yang cukup unik dipanggil Square of Miracles di mana menempatkan menara condong yang cukup terkenal iaitu Leaning Tower of Pisa yang dibina pada tahun 1173 dan kekal bertahan sehingga ke hari ini selain dari bangunan-bangunan lain yang cukup gah binaannya seperti The Duomo, The Pisa Baptistery, New Hospital of Holy Spirit dan Monumental Cemetery. Seterusnya, bertolak ke Florence yang cukup terkenal dengan pembuatan barangan berasaskan kulit. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel setibanya di kota ini.
Setelah bersarapan, tetamu akan dibawa melawat tarikan sekitar kota Florence. Lawatan akan dimulakan di Piazzale Michelangelo di mana tetamu akan dapat menikmati pemandangan indah seluruh kota Florence dari atas bukit yang turut menempatkan arca gangsa ukiran artisan tersohor, Michelangelo. Seterusnya, melawat Tapak Warisan Dunia UNESCO iaitu Piazza del Duomo yang menempatkan Il Duomo Di Firenze iaitu gereja utama binaan 1436 yang mempunyai kubah yang kedua terbesar di dunia, Baptistery of St. John yang berbentuk oktagon merupakan antara binaan tertua di kota ini yang dibina pada tahun 1059 dan Giotto’s Campanile yang merupakan menara loceng setinggi 85m. Antara tarikan lain ialah Palazzo Vecchio yang merupakan pusat pemerintahan kuno datuk bandar Florence sejak tahun 1299, Basilica Di Santa Croce iaitu sebuah gereja yang turut dipanggil Temple of the Italian Glories di mana tokoh-tokoh seperti Michelangelo dan Galileo disemadikan dan Marcato Centrale, sebuah pasar yang terdapat puluhan peniaga menjual barangan terutamanya buatan kulit. Seterusnya bertolak menuju ke Modena untuk melawat Ferrari Museum yang terletak di kampung halaman pengasasnya di Maranello. Muzium ini menempatkan galeri kereta-kereta yang dihasilkan oleh Enzo Ferrari dari dahulu hingga yang terkini termasuklah galeri perlumbaan yang disertai pasukan Ferrari. Kemudian bertolak ke Mestre dan makan malam di restoran setibanya di sana sebelum mendaftar masuk hotel.
Sarapan pagi di hotel. Seterusnya tetamu akan dibawa menaiki bot dari Tronchetto Pier ke kepulauan Venice yang terkenal dengan gelaran kota romantis. Memulakan lawatan di sekitar San Marco Square yang menempatkan San Marco Basilica iaitu sebuah gereja utama berekabentuk ciri Byzantine, Doge’s Palace yang dahulunya merupakan pusat pentadbiran dan mahkamah kota ini yang kini merupakan sebuah muzium, Bridge of Sighs iaitu sebuah jambatan terkenal menyambungkan Doge’s Palace dengan penjara, San Marco Campanile iaitu menara loceng setinggi 99m dibina pada tahun 1549 dan juga The Clock Tower, sebuah menara jam loceng binaan tahun 1496. Selain itu, tetamu berpeluang berfoto dengan ikon kota Venice iaitu Rialto Bridge yang merentasi Grand Canal dan menghubungkan antara San Marco dan San Polo sejak tahun 1181. Selain itu, tetamu juga berpeluang untuk membeli buah-buahan di Rialto Market dan barangan buatan kaca di Murano Glass Factory sambil melihat proses pembuatannya. Dengan bayaran tambahan sebanyak EUR20 seorang, tetamu berpeluang untuk menaiki bot Gondola yang cukup terkenal di kota ini menyusuri terusan-terusan (canal). Menaiki bot menuju semula ke Tronchetto Pier pada lewat petang untuk makan malam di restoran sebelum pulang semula ke hotel.
Selepas sarapan pagi, bertolak menuju Lake Garda yang dikenali sebagai Benaco, merupakan tasik terbesar di Itali. Destinasi pilihan penulis dan pelukis terkenal kerana kaya dengan pemandangan monument bersejarah seperti istana dan kubu. Tetamu akan dibawa ke Sirmione Old Town dimana terletaknya Sirmione Castle, istana kurun ke 13 yang masih lagi kukuh terpelihara sehingga kini. Bersiar- siar di Piazza Carducci, dataran terkenal dan destinasi popular penduduk tempatan bertemu.Dikelilingi oleh banyak kedai makan dan kafe – anda boleh duduk, menjamu selera atau kopi sambil melihat pemandangan. Menyambung perjalanan ke kota metropolitan Milan dan singgah sebentar untuk bersolat di Centro Islamico Milano Lombardia sebelum meneruskan lawatan ke Sforzesco Castle, sebuah istana yang dibina di atas kubu peninggalan dari kurun ke-14; Milan Cathedral, sebuah gereja binaan Gothic yang menjadi ikon kota ini; Monument Victor Emmanuel II; Teatro Alla Scala yang menempatkan persembahan teater opera yang paling terkenal di dunia sejak tahun 1778 sebelum tetamu diberi peluang untuk membeli-belah di butik-butik terkenal yang terdapat di Galleria Vittorio Emanuele II seperti Prada, Louis Vuitton, dan Versace. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.
Sarapan pagi di hotel dan bertolak ke Serravalle. Masa untuk membeli-belah di McArthurGlenn Designer Outlet yang merupakan gedung pusat barangan berjenama yang terbesar di dunia. Perjalanan diteruskan ke kota percutian selebriti terkenal antarabangsa Nice. Singgah di Eze Village untuk melawat Galimard Parfume Factory di mana tetamu berpeluang menghasilkan minyak wangi mengikut citarasa sendiri. Makan malam di restoran sebelum menuju ke hotel.
Usai menikmati sarapan pagi di hotel, lawatan akan dimulakan ke Cannes yang terkenal dengan Festival Filem Antarabangsa Cannes yang berlangsung di Palais des Festivals sejak tahun 1946 lagi sambil bersiar-siar di Boulevard Del Al Croisette. Kemudian, menuju ke sebuah lagi antara negara terkecil di dunia namun dikategorikan sebagai negara paling mewah, Monaco yang cukup tersohor sebagai rumah kepada sukan lumba kereta F1 Grand Prix. Tetamu akan dibawa melawat ke kawasan Rock of Monaco yang menempatkan Prince’s Palace of Monaco, istana rasmi kediaman Putera Monaco dan juga merupakan lokasi terbaik untuk mengambil pemandangan indah kota Monaco. Berdepannya terletak St. Nicholas Cathedral yang menempatkan makam diraja. Seterusnya, tetamu akan dibawa bersiar-siar di sekitar kota Nice dan berfoto di Promenade De Anglais, Place Massena serta tugu Monument Aux Morts yang didedikasikan untuk penduduk Nice yang terkorban semasa WWI sebelum bertolak ke Nimes untuk makan malam serta daftar masuk hotel.
Selepas sarapan pagi di hotel, memulakan lawatan orientasi di Bandar Nimes yang digelar “Rom Perancis”, antara tempat- tempat yang bakal dilawati adalah Les Arènes amfiteater berkembar yang masih terpelihara sehingga kini. Dibina sekitar 100 SM, arena itu pernah menempatkan 24,000 penonton dan mengadakan pertandingan gladiator dan hukuman mati di hadapan umum. Seterusnya melawat Temple of Diana dan Jardins de la Fontaine dikatakan sebagai taman awam Eropah yang pertama dan antara yang terbaik serta Great Tower Magne. Bertolak menuju ke Barcelona untuk makan malam citarasa Malaysia di sebuah restoran milik rakyat Malaysia sebelum daftar masuk hotel.
Sarapan pagi di hotel. Kemudian melawat tarikantarikan utama di sekitar kota Barcelona yang cukup terkenal dengan senibinanya yang cukup unik. Contohnya La Sagrada Familia yang merupakan gereja Katolik terbesar di daerah Catalunya yang dibina pada tahun 1882 dengan 18 buah menara yang cukup unik dan Park Guell yang dibina pada tahun 1914 yang sepatutnya menjadi kawasan kediaman elit pembesar-pembesar di kota ini. Tarikan-tarikan lain yang terdapat di kota ini ialah Arc de Triomf yang dibina sebagai pintu masuk utama ketika 1888 Barcelona World Fair. Tetamu kemudiannya bebas untuk bersiar-siar di sekitar Placa De Catalunya, La Rambla dan Gothic Quarter yang merupakan segi tiga hab komersil kota ini sebelum dibawa melawat ke Camp Nou Stadium yang merupakan stadium rasmi pasukan bola sepak FC Barcelona yang membariskan antara pemain terbaik dunia. Tetamu berpeluang bergambar di stadium ini dan membeli cenderamata kelab ini di FCBotiga Megastore. Makan malam sebelum pulang ke hotel.
Sarapan pagi di hotel. Daftar keluar dari hotel pada awal pagi dan bertolak ke La Roca Village untuk membeli – belah barangan jenama terkenal seperti Armani, Burberry, Gucci, Fred Perry, Furla dan banyak lagi dengar kadar diskaun sehingga 60%. Bertolak ke lapangan terbang untuk perlepasan pulang ke tanah air melalui Doha.
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Single
Child Twin
Child W/Bed
Child No Bed
Untuk pertanyaan lanjut & tempahan
Hari
Pesawat
Sektor
ETD
ETA
01
QR 845
KUL - DOH
0955
1220
01
QR 113
DOH - FCO
1545
2050
10
QR 142
BCN - DOH
2300
0610+1
11
QR 4993
DOH - KUL
0805
2055
LOKASI
BIL MLM
NAMA HOTEL
RATING
Rome
01
Hotel Pinewood atau setaraf
Florence
01
Hotel Europa Signa atau setaraf
Mestre
02
Hotel Palladio atau setaraf
Milan
01
Hotel Ibis Milano Fiera atau setaraf
Nice
01
Hotel Hotel Ibis Nice Centre Notre Dame atau setaraf
Nimes
01
Hotel Ibis Style Nimes Gare Centre Fiera atau setaraf
Barcelona
02
Hotel Porta de Gallecs atau setaraf
Untuk pertanyaan lanjut & tempahan:
Berhubung terus dengan kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.
Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.
Emy
Senior Customer Service
Feenaz
Customer Service
Wani
Customer Service Assistant
Headquarters
Wan Vacation Sdn Bhd
selamatbercuti.com
221-1, Jalan Sarjana,
Taman Connaught,
56000 Kuala Lumpur
03 9132 2884
info@selamatbercuti.com
Putrajaya
Wan Vacation Sdn Bhd
87A, Jalan Diplomatik,
Presint 15,
62050 Putrajaya
03 8893 0084
putrajaya@selamatbercuti.com
Toll Free: 1800 18 2884
Customer Service:
010 285 2884
011 1111 2884
012 963 2884
Tours:
012 269 2884
010 530 2884
Ticketing: 013 500 2884
Marketing: 012 927 2884
Sales: 012 963 2884
Wan Vacation Sdn Bhd (KPL 6811)
Tentang Kami
Pengarah & GM
Lesen Operasi
Kerjay