Itinerary Bangkok 4D3N: Jadual Perjalanan 4H3M Yang Berbaloi

Itinerary Bangkok 4D3N

Berapa lama percutian yang sesuai di Bangkok? macam mana nak buat itinerary Bangkok 4D3N?Kebiasaannya, pelancong menghabiskan tiga hingga empat hari untuk memberikan pengalaman yang lebih menyeluruh.

Ini memberikan peluang untuk meneroka tarikan utama, menikmati aktiviti membeli-belah, menikmati makanan tepi jalan, dan menikmati kehidupan malam di bandar tersebut.

Ikuti artikel ini untuk melihat aktiviti dan tempat menarik untuk diisi sepanjang perjalanan 4 Hari 3 Malam ke Bangkok!

Kenapa Bangkok, Thailand Tempat Percutian Yang Popular

Bangkok sebuah bandar yang memukau dengan kepelbagaian budaya, makanan lazat, dan tarikan pelancongan yang memberangsangkan.

Ramai rakyat Malaysia yang suka bercuti ke Bangkok kerana pelbagai alasan yang menarik. Berikut adalah beberapa faktor yang menjadikan Bangkok tarikan utama:

 

    • Destinasi Beli-belah yang Menarik: Bangkok terkenal dengan pasarnya yang besar dan beraneka ragam, seperti Chatuchak Weekend Market, MBK Center, dan Platinum Fashion Mall. Pelancong dari Malaysia sering berkunjung ke Bangkok untuk membeli barangan fesyen, cenderahati, dan produk kecantikan dengan harga yang berpatutan.

    • Hidangan Makanan yang Lazat: Makanan Thai yang lazat dan unik menjadi daya tarikan utama bagi pelancong dari Malaysia. Di Bangkok, pelancong dapat menikmati hidangan Thai autentik seperti tom yam, pad thai, mango sticky rice, dan banyak lagi, baik di restoran mewah mahupun di gerai tepi jalan.

    • Kemudahan Pengangkutan Awam yang Baik: Bangkok mempunyai rangkaian pengangkutan awam yang canggih. Ini menjadikan mudah bagi pelancong dari Malaysia untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain dalam bandar Bangkok dan kawasan sekitarnya.

    • Tarikan Budaya dan Sejarah: Bangkok mempunyai banyak tempat bersejarah dan kuil-kuil yang menarik untuk dilawati, seperti Istana Diraja Grand Palace, Kuil Emerald Buddha, dan Wat Arun. Pengunjung dari Malaysia sering berminat untuk menyelami kebudayaan dan sejarah Thailand melalui lawatan ke tempat-tempat bersejarah ini.

Jika anda merancang untuk menghabiskan 4 hari 3 malam di sini, pasti anda ingin memastikan bahawa setiap detik diisi dengan bermanfaat.

Itinerary 4 Hari 3 Malam di Bangkok-Kanchanaburi & Tempat menarik

intinerary 4D2N bangkok

Berikut cadangan untuk jadual perjalanan yang mencukupi selama 4 Hari 3 Malam melawat Bangkok-Kanchanaburi.

●      Hari Pertama

tiger cave temple

Hari pertama mulakan dengan lawatan ke Wat Tham Suea, atau lebih dikenali sebagai Tiger Cave Temple.

Di sini, anda akan terpesona dengan keindahan patung Buddha setinggi 18 meter yang terletak di puncak bukit.

Selepas itu, singgah di Meena Café untuk menikmati hidangan tempatan yang lazat.

Seterusnya, sambung pengembaraan anda ke Skywalk Kanchanaburi, sebuah jambatan indah sepanjang 300 meter yang menawarkan pemandangan luar biasa hutan dan gunung di sekelilingnya.

Jangan lupa untuk menjelajahi JJ Night Market untuk membeli-belah dan merasa makanan tempatan yang halal dan menggiurkan.

●      Hari Kedua

Hari kedua, nikmati pengalaman yang mengasyikkan di Safari Park Kanchanaburi, di mana anda dapat melihat pelbagai haiwan eksotik dalam habitat semulajadi mereka.

Terokai keunikan zoo terbuka ini dengan Safari Bus Tour, menonton Elephant Show, dan Crocodile Show.

Selepas itu, perjalanan anda meneruskan ke Bangkok. Sempatkan untuk singgah di Honeybee Farm & Gallery untuk menyaksikan proses penghasilan madu secara langsung oleh penduduk tempatan.

Kemudian, teruskan ke Chocolate Ville, sebuah taman tema yang menawarkan pelbagai hidangan Thailand dalam suasana Eropah yang menarik.

●      Hari Ketiga

tempat menarik di thailand

Hari ketiga, terokai keindahan Rattanakosin Island dengan lawatan orientasi mengelilingi bandar lama Bangkok.

Saksikan seni bina indah di sepanjang laluan seperti Pom Phra Karn, Golden Mount, Democracy Monument, Grand Palace, Sanum Luang, dan Phra Sumen Fort.

Seterusnya, nikmati pemandangan yang memukau Wat Arun Temple semasa menyusuri Chao Phraya River menggunakan bot.

Jangan lepaskan peluang untuk membeli-belah di Chatuchak Weekend Market, pasar terbesar di Thailand, dan menelusuri Icon Siam Shopping Mall, pusat membeli-belah terbesar di Asia.

●      Hari Keempat

Hari terakhir, kunjungi Erawadee Herb & Health Shop, sebuah kilang ubatan tradisional yang terkenal sejak tahun 1997.

Kemudian, singgah di Bow Tip Thai Dried Food Store untuk membeli ole-ole makanan kering yang boleh dijadikan sebagai kenang-kenangan.

Sebelum meninggalkan Bangkok, jangan lepaskan peluang untuk meneruskan percutian membeli-belah di The Platinum Fashion Mall untuk mendapatkan barangan fesyen terkini dan trendi.

cuti bangkok

Dengan itinerary seperti ini, anda pasti akan berpuas hati dapat menikmati setiap detik percutian anda di Bangkok.

Keputusan untuk bercuti ke Bangkok melalui agensi pelancongan atau pergi sendiri bergantung kepada keperluan perjalanan individu. 

Jika anda lebih menggemari percutian yang lebih memudahkan dan menyeronokkan, pertimbangan untuk mengikut percutian melalui agensi pelancongan.

Kelebihan Menggunakan Agensi Pelancongan

 

    1. Kemudahan dan Keselamatan: Menggunakan agensi pelancongan boleh memberikan kemudahan dalam merancang perjalanan serta menyediakan panduan dan sokongan kepada pelancong. Ini boleh membantu mengurangkan kebimbangan berkaitan dengan logistik dan keselamatan semasa melancong ke destinasi yang mungkin tidak dikenali.

    1. Pelan Perjalanan yang Teratur: Agensi pelancongan biasanya menyediakan pakej perjalanan yang terperinci termasuk penginapan, pengangkutan, dan lawatan. Ini memudahkan pelancong untuk menikmati percutian tanpa perlu menguruskan butiran perjalanan sendiri.

    1. Pengetahuan Tempatan: Pelancongan diuruskan oleh profesional yang biasanya mempunyai pengetahuan tempatan dan maklumat tentang destinasi. Ini membolehkan pelancong untuk menikmati pengalaman yang lebih mendalam dan autentik di negara yang dilawati.

Oleh itu, jika anda berminat dengan pakej percutian ke Bangkok bersama agensi pelancongan, selamatbercuti.com ada tawaran menarik!

selamat bercuti

Selain daripada itinerary Bangkok 4D3N yang lengkap, pakej yang disediakan oleh selamatbercuti.com ini termasuk kelebihan-kelebihan seperti:

1.Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.

2. Penginapan selama 3 malam di hotel bertaraf 3 bintang (sila rujuk senarai hotel yang ditawarkan).

3. Makanan yang sesuai untuk Muslim seperti yang tertera dalam aturcara perjalanan.

4. Pengangkutan menggunakan bas persiaran yang selesa serta lawatan mengikut aturcara.

5. Perkhidmatan pemandu pelancong yang berpengalaman.

6. Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas.

7. Disediakan dengan ketua rombongan yang profesional dan terlatih dari Wan Vacation Sdn. Bhd.

Nak jelajahi keindahan alam, kaya budaya, dan pelbagai tarikan menarik yang ditawarkan oleh bandar yang sentiasa hidup ini? Jom ambil pakej percutian ke Bangkok bersama selamatbercuti.com!

Untuk tempahan pakej:

Wan Vacation Sdn Bhd

Pejabat Cheras (Taman Connaught)

Ms Emy : 011 1111 2884

Ms Feenaz : 012 927 2884

info@selamatbercuti.com

Pejabat Putrajaya (Presint 15)

Mr Izzuddin : 0105302884

 Mr Farid : 0178570353

putrajaya@selamatbercuti.com

 

Leave a Reply

Private Tour
Request

Please fill in all required information for us to propose the best packages for you