Call us 24 hours, 7 days

Series Departure Package > Eropah > Jelajah Eropah + Mt Titlis [12H9M]

Previous slide
Next slide

Jelajah Eropah + Mt Titlis [12H9M]

LONDON - PARIS - BRUSSELS - AMSTERDAM - FRANKFURT - ZURICH

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1) untuk penerbangan ke London melalui Dubai.

Setibanya di Lapangan Terbang Heathrow, menuju ke Windsor yang terletak kira – kira 30 minit perjalanan. Photo stop di depan Windsor Castle, istana tertua dan terbesar yang telah berkhidmat sebagai rumah kepada raja dan permaisuri British selama lebih 1,000 tahun. Melihat Queen Victoria Statue yang dibina bagi meraikan Jubli Emas sebagai Ratu United Kingdom. Berjalan di Queen Charlotte Street iaitu jalan terpendek yang berukuran hanya 51 kaki dan 10 inci panjang. Masa bebas sebelum menuju ke Bicester Village yang mempunyai lebih daripada 160 butik jenama terkenal di dunia seperti Coach, Dior, Gucci, dan sebagainya. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel. Bermalam di London.

Sarapan pagi di hotel dan memulakan lawatan di kota London ke Buckhingham Palace, istana kediaman rasmi keluarga diraja England di mana tetamu berpeluang melihat upacara pertukaran pengawal. Berjalan melalui London City Hall suatu kawasan yang unik dan terbaik untuk melihat pemandangan dan mengambil foto muzium kapal HMS Belfast, jambatan menara terkenal Tower Bridge yang boleh dinaikkan untuk membenarkan kapal melepasinya dan Tower of London, istana yang menyimpan takhta dan permata mahkota Ratu England.

Melepasi Westminster Abbey, yang telah berkhidmat sebagai Gereja untuk pertabalan diraja dan perkahwinan, House of Parliament yang menempatkan sejarah dan kisah politik, serta lukisan dan karya seni yang mengagumkan. Seterusnya tetamu akan dibawa ke ikon kota London iaitu Big Ben (atau nama rasminya Elizabeth Tower), iaitu menara jam yang dibina pada 1859, Trafalgar Square, dataran yang dinamakan sempena kemenangan tentera laut British dalam Perang Napoleon, dan melepasi Downing Street yang dikawal rapi, di mana terletaknya kediaman dan pejabat rasmi Perdana Menteri UK. Selesai lawatan di kota London, tetamu akan dibawa bersolat di London Central Mosque. Masa bebas untuk bersiar-siar di Oxford Street yang mempunyai lebih 300 kedai di sepanjang jalan seperti Adidas, Primark, Dr. Martens dan sebagainya. Makan malam dan pulang ke hotel. Bermalam di London.

Setelah sarapan pagi di hotel, bertolak ke pelabuhan Dover untuk menaiki feri ke Calais, Perancis merentasi Selat Inggeris. Tiba di Calais, bertolak ke Paris dengan perjalanan kira-kira 4 jam 30 minit. Setibanya di Paris, tetamu akan dibawa ke restoran untuk makan malam serta daftar masuk hotel. Bermalam di Paris.

Sarapan di hotel dan memulakan lawatan di kota metropolitan kedua terbesar di Eropah ini dengan Notre-Dame Cathedral, salah satu gereja terkenal di seantero dunia dengan seni bina Gothic Perancis yang sangat halus. Seterusnya tetamu akan dibawa melihat Louvre

Museum, muzium paling besar di dunia yang terkenal dengan rekabentuk piramid kaca, Les Invalides, di mana makam Napoleon Bonaparte disimpan, Palais Garnier iaitu Opera House yang pernah digunakan sebagai lokasi

penggambaran filem The Phantom of The Opera, dan tidak terkecuali Arc de Triomphe, yang terletak di hujung barat Champs-Elysees sebagai penghormatan kepada mereka yang berjuang sewaktu Perang Napoleon. Melawat Place de la Concorde, dataran dengan struktur binaan bercirikan gaya Louis Quinze, dan taman terbuka Trocadero Square yang merupakan tempat terbaik untuk mengambil gambar Eiffel Tower sebelum bergambar di Eiffel Tower (tiket tidak termasuk dalam pakej) yang dibina pada tahun 1889 World’s Fair setinggi 324m. Solat di Grand Mosque Paris dan singgah sebentar ke Fragonard Perfume Museum sebelum membeli belah di Galeries Lafayette, syurga pakaian dan hub fesyen haute couture dengan struktur kubah dan binaannya yang moden dan memukau. Selesai membeli-belah, tetamu makan malam sebelum pulang semula ke hotel.Bermalam di Paris.

Selepas bersarapan, tetamu bertolak menuju ke ibu kota Belgium yang terkenal dengan coklat, Brussels dengan perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam. Sejurus tiba di Brussel, tetamu akan dibawa melawat Atomium, sebuah menara yang mempunyai 9 sfera yang dihubungkan berbentuk seunit atom, Grand Place, dataran tercantik di Eropah yang dikelilingi oleh Dewan Bandar, Balai Kota Brussel dan Maison du Roi (Rumah Roti), serta ikon terpenting kota Brussels Manneken Pis, iaitu arca seorang kanak-kanak lelaki yang membuang air kecil ke dalam kolam air pancut. Selesai lawatan di Brussel, bertolak ke Amsterdam, makan malam dan daftar masuk hotel. Bermalam di Amsterdam.

Tetamu menikmati sarapan pagi di hotel. Lawatan dimulakan dengan Zaanse Schans, kawasan perkampungan lama di utara Holland. Ia adalah lokasi kincir angin yang sinonim dengan ikon negara Belanda dan rumah-rumah lama darikurun ke 18  Tetamu berpeluang merasai pelbagai jenis keju antara yang terbaik di dunia di Catharina Hoeve Cheese Farm dan Clog Workshop iaitu bengkel membuat terompah kayu yang popular di Belanda selama 700 tahun. Pulang ke Amsterdam dan singgah di Fatih Mosque untuk menunaikan solat, sebelum menuju ke Gassan Diamonds di mana tetamu akan diterangkanmengenai proses  penghasilan berlian. Seterusnya, rasai pengalaman unik menaiki Canal Cruise menyusuri terusan di Amsterdamdan melihat rumah bot, bangunan bersejarahdan tinggalan benteng pertahanan dari ZamanPertengahan. Acara bebas di Damrak Square

di mana tetamu boleh berfoto di hadapan Royal Palace, salah satu daripada tiga istana di Belanda yang pernah didiami oleh Raja Louis Bonaparte dan National Monument iaitu tugu peringatan yang dibina sempena Perang Dunia Kedua. Makan malam dan pulang ke hotel. dan 19 yang dipulihara dan dikekalkan ciri-ciri antiknya.

Selepas bersarapan, tetamu berangkat ke Cologne, bandar tertua di Jerman dengan perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam 30 minit. Tiba di Cologne, tetamu  akan melawat Cologne Cathedral iaitu gereja Roman Katolikdengan seni bina Gothic. Kemudian, tetamuakan dibawa menunaikan solat di masjid yangterbesar di Eropah, Cologne Central Mosque yang baru sahaja siap pada tahun 2017 sebelum bertolak ke Frankfurt. Di sana nanti, tetamu akan dibawa melawat mercu tanda popular disekitar dataran Romerberg. Tetamu akan berpeluang untuk berfoto di The Romer iaitu dewan bandaraya yang telah wujud sejak tahun 1405 lagi dan pernah menjadi istana singgah Raja Bavaria zaman dahulukala, St. Paul Church iaitu sebuah gereja yang pernah menjadi lokasi parlimen Jerman pertama kali bersidang selepas era Perang Dunia ke-2, jambatan Bridge of Sigh yang dibina seperti jambatan asal di Venice dan juga Fountain of Justice, kawasan kolam air pancur yang pernah menjadi lokasi di mana Raja Bavaria menjalankan perbicaraan. Makan malam dan daftar masuk hotel. Bermalam di Frankfurt

Sarapan di hotel dan bertolak menuju ke Titisee yang terletak di kawasan pergunungan Black Forest. Sejurus tiba di sana, tetamu akan melawat Drubba Cuckoo Clock di mana tetamu berpeluang melihat demonstrasi proses pembuatan jam kayu ikonik ini dan juga membelinya. Selain itu, pemandangan Tasik Titisee di sini cukup indah. Bertolak ke Schaffhausen, kota di utara Switzerland untuk melawat kawasan air terjun terbesar di Eropah iaitu Rhine Falls yang setinggi 75 kaki dandianggarkan berusia 15,000 tahun. Tetamu pastinya tidak akan melepaskan peluang menikmati pemandangan air terjun selebar 150m ini yang dikelilingi dengan bangunan Worth Castle dan Laufen Castle di sekitarnya. Bertolak ke Zurich, bandar terbesar di Switzerland danmakan malam sebelum daftar masuk hotel. Bermalam di Zurich.

Tetamu bersarapan pagi di hotel. Bertolak ke Lucerne untuk melawat Chapel Bridge, jambatan kayu yang dibina pada tahun 1333 asalnya sebagai sebahagian dari tembok pertahanan kota ini. Lion Monument, ukiran tugu batu singa dan perisai melambangkan kegagahan, keberanian dan kesetiaan Swiss Army ketika zaman French Revolution. Membeli-belah di butik jam terkenal iaitu Bucherer dan barangan cenderamata di Casa Grande. Kemudian, tetamu akan dibawa menuju ke Stesen Kereta Kabel Engelberg dan menaiki Titlis Rotair yang menawarkan pemandangan 360° mengelilingi Mt. Titlis yang diliputi salji sepanjang tahun. Tetamu bebas berpeluang untuk berfoto, menaiki Cliff Walk jambatan gantung tertinggi di Eropah dan menerokai Glacier Cave yang memukau. Bertolak pulangke Zurich untuk makan malam di restoran dan kemudian pulang ke hotel. Bermalam di Zurich

Sarapan pagi di hotel dan acara bebas sebelum kembali ke Zurich. Photo stop di Zurich Opera House, salah satu rumah opera terbaik di duniayang beroperasi sejak 1891, melihatpemandangan bandar Zurich dari Quai Bridge yang menyeberangi Sungai Limmat dan The Stadthaus Zurich (Town Hall), dewan bandar bercirikan neo-Gothic yang dibina pada akhirkurun ke-19. Acara bebas di Zurich HB dan Bahnhofstrasse iaitu jalan utama pusat bandar yang dikelilingi kedai-kedai dan butik-butik berjenama seperti Chanel, Hermès, Tiffany andCo., H&M dan lain-lain. Seterusnya bergerak menuju ke Lapangan Terbang Zurich untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1). 

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan bertaraf 3* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Cukai bandar (city tax) di London, Paris, Amsterdam, Frankfurtdan Zurich.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Canal Cruise dan kereta kabel Mt. Titlis (Rotair, Cliff Walk, Glacier Cave)
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.
  • Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi) Wan Vacation Sdn. Bhd.
  • Tiket masuk ke Eiffel Tower.
  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagikhidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembarayang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

Single

RM15,590

RM14,790

Twin/Triple

RM12,790

RM11,990

Child Twin

RM12,790

RM11,990

Child W/Bed

RM11,290

RM10,490

Child No Bed

RM9,290

RM8,490

Untuk pertanyaan lanjut & tempahan

Hari

Pesawat

Sektor

ETD

ETA

01

EK 347

KUL - DXB

1910

2230

02

EK 007

DXB- LHR

0310

0710

11

EK 088

ZRH - DXB

1435

2345

12

EK 346

DXB - KUL

0330

1435

LOKASI

BIL MLM

NAMA HOTEL

RATING

London

02

Hotel Holiday Inn Express London Heathrow atau setaraf

Paris

02

Hotel Campanile Paris Porte Bagnolet atau setaraf

Amsterdam

02

Hotel Holiday Inn Express Amsterdam South atau setaraf

Frankfurt

01

Hotel Holiday Inn Express Frankfurt Airport atau setaraf

Zurich

02

Hotel Holiday Inn Express Zurich Airport atau setaraf

Untuk pertanyaan lanjut & tempahan:

Berhubung terus dengan kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

Emy

Senior Customer Service

Feenaz

Customer Service

Wani

Customer Service Assistant

Single

RM15,590

RM14,790

Twin/Triple

RM12,790

RM11,990

Headquarters

Wan Vacation Sdn Bhd
selamatbercuti.com

221-1, Jalan Sarjana,
Taman Connaught,
56000 Kuala Lumpur
03 9132 2884
info@selamatbercuti.com

Putrajaya

Wan Vacation Sdn Bhd
87A, Jalan Diplomatik,
Presint 15,
62050 Putrajaya
03 8893 0084
putrajaya@selamatbercuti.com

Toll Free: 1800 18 2884

Customer Service:
010 285 2884
011 1111 2884
012 963 2884

Tours:
012 269 2884
010 530 2884

Ticketing: 013 500 2884

Marketing: 012 927 2884

Sales: 012 963 2884

Wan Vacation Sdn Bhd (KPL 6811)
Tentang Kami
Pengarah & GM
Lesen Operasi
Kerjay

Private Tour
Request

Please fill in all required information for us to propose the best packages for you