Series Departure Package > Eropah > Morocco + Spain + Portugal [12H9M]
Casablanca - Marrakesh - Rabat - Tangier - Tarifa - Granada - Seville - Lisbon - Cordoba - Toledo - Madrid
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 1) untuk penerbangan ke London melalui Dubai.
Setibanya di Lapangan Terbang Casablanca, bertolak menuju ke kota Casablanca, kota terbesar di Morocco yang diasaskan oleh kaum nelayan Berber pada abad ke-10 SM. Lawatan di Casablanca: Melawat Hassan II Mosque, masjid kelima terbesar di dunia yang mampu memuatkan seramai 105,000 jemaah dengan menara setinggi 689 kaki, merupakan menara masjid tertinggi di dunia. Lawatan di Marrakesh: Membeli-belah di kawasan yang digezet sebagai UNESCO Masterpiece of World Heritage iaitu Djemaa El-Fnaa Square yang merupakan sebuah dataran bazaar dan souk popular yang terletak di Old Medina. Bermalam di Marrakesh/Casablanca.
Lawatan di Marrakesh: Berber Pharmacie: kedai jualan barangan rempah ratus Morroco, kosmetik tradisional seperti minyak argan, zaitun dan kaktus. Melawat Bahia Palace sebuah istana yang tersergam cantik dengan 160 buah bilik yang dibina pada akhir kurun ke-19 dan merupakan seni bina gabungan Islam dan tradisional Maghribi terbaik yang pernah dibina. Koutoubia Mosque, ikon kota Marrakesh yang digelar sebagai ‘masterpiece’ puak Al-Mohades yang merupakan masjid utama di kota ini dan memiliki sebuah menara setinggi 77m. Berkunjung ke Menara Gardens iaitu taman yang dibina pada pertengahan abad ke 12 semasa pemerintahan Almohad. Bermalam di Marrakesh.
Lawatan di Rabat: Kasbah of The Udayas yang merupakan sebuah kubu pertahanan dan istana kediaman pemimpin semasa zaman pemerintahan Khalifah Almohad. Melawat Hassan Tower, sebuah menara kepada masjid yang tidak siap dibina selepas kemangkatan Sultan Yacub al-Mansour. Mausoleum of Mohamed V yang menempatkan makam King Mohamed V serta dua anaknya iaitu King Hassan II dan Putera Abdallah. Berkunjung ke Royal Palace yang terletak di tengah kota Rabat yang merupakan kediaman rasmi Raja Hassan II. Bermalam di Tangier.
Lawatan di Lisbon: Melawat Belem Tower, menara kubu pertahanan yang dibina pada abad ke-16 dan berfoto di Jeronimos Monastery, sebuah biara dengan seni bina Portugis-Gothic Manueline terunggul yang menyimpan makam Vasco da Gama, penjelajah Portugis yang merupakan orang pertama belayar secara langsung dari Eropah ke India. Berkunjung ke Praca do Comercio merupakan plaza yang terbesar di bina berhadapan pelabuhan yang menempatkan pejabat kerajaan berkaitan custom dan aktiviti pelabuhan. Bersolat di Central Mosque of Lisbon yang dibina pada tahun 1985 hasil sumbangan komuniti Muslim. Melawat Rossio Square iaitu dataran yang paling meriah di Lisbon yang dikelilingi oleh air pancut Baroque, monumen dan tugu bersejarah. Bermalam di Lisbon.
Lawatan di Sintra: Melawat kota Sintra yang terkenal dengan tarikan Palace Da Pena, sebuah istana berwarna terang dan dihiasi dengan binaan kubu dan patung mitos, merupakan salah satu tarikan pelancong ke Portugal dengan contoh senibina terbaik Romantisisme dari kurun ke-19. Bermalam di Seville.
Lawatan di Cordoba: Melawat ke Mezquita, masjid-gereja yang dibina dengan senibina Islam terbaik di dunia. Dikenali sebagai Cathedral Mosque of Cordoba, masjid ini telah diubahsuai menjadi gereja setelah kejatuhan empayar Islam. Antara kesan masjid yang masih boleh dilihat termasuklah ukiran ayat suci Al-Quran di dinding masjid, tiang, menara dan mihrab. Lawatan di Granada: Melawat Albayzin Muslim Quarters di mana terletaknya Grand Mosque of Granada. Masjid ini juga menawarkan lokasi paling sesuai untuk mengambil gambar panorama indah Istana Alhambra. Bermalam di Granada.
Melawat Alhambra Palace yang asalnya dibina sebagai kubu sebelum diubahsuai menjadi istana oleh pemerintah Kerajaan Granada Nasri yang berbangsa Moorish. Merupakan sebuah mercu tanda terhebat yang pernah dibina oleh kerajaan Islam di Sepanyol, Alhambra adalah pintu kepada budaya Moor pastinya menjanjikan pemandangan yang cukup indah dengan ukiran dinding kaligrafi ayat suci Al-Quran dan ukiran bermotif bunga.
Lawatan di Toledo: Mosque of Cristo de la Luz; masjid yang berusia lebih 1000 tahun juga dikenali dengan nama Arab Bab Al-Mardum Mosque yang dibina semasa pemerintahan Moorish sebelum ditukarkan menjadi gereja. Puerta Bab Al-Mardum; pintu gerbang kota Toledo yang dibina pada abad ke-10 dan Alcantara Bridge yang sangat cantik senibinanya, dibina oleh Rom pada Zaman Pertengahan merentasi Sungai Tagus. Masa bebas membeli cenderamata dan Marzipan, kuih tradisional masyarakat Sepanyol yang cuma terdapat di Zocodover Square. Alcazar of Toledo, kubu dengan 4 buah menara di setiap sisi yang terletak di bahagian tertinggi di Toledo dan pernah digunakan sebagai istana Rom semasa kurun ke-3. Membeli-belah di Las Rozas Village, sebuah kawasan membeli-belah barangan berjenama antarabangsa seperti Armani, Coach, Ralph Lauren yang menawarkan diskaun sehingga 60%. Bermalam di Madrid.
Lawatan di Madrid: Photo stop Estadio Santiago Bernabeu, stadium rasmi pasukan bola sepak Real Madrid. Bergambar di Las Ventas de Toros merupakan stadium gelanggang laga lembu yang terbesar di Sepanyol. Berhenti bergambar di hadapan ikon bandar iaitu Royal Palace, istana kediaman rasmi kerabat diraja Sepanyol dengan seni bina Baroque yang tersohor. Membeli belah di kawasan Puerta del Sol yang merupakan pusat ekonomi dan membeli-belah kota ini. Bermalam di Madrid.
Setelah bersarapan pagi, tetamu diberi masa bebas sebelum bertolak ke lapangan terbang antarabangsa Madrid untuk pulang ke Kuala Lumpur melalui Dubai.
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1).Â
Child Twin
Child W/Bed
Child No Bed
Hari
Pesawat
Sektor
ETD
ETA
01
QR 853
KUL - DOH
2025
2245
02
QR 4567
DOH - CMN
0135
0730
11
QR 150
MAD - DOH
1610
2355
12
QR 852
DOH - KUL
0250
1525
LOKASI
BIL MLM
NAMA HOTEL
RATING
Marrakesh
01
Hotel Ayoub and Spa atau setaraf
Casablanca
01
Hotel Diwan atau setaraf
Cordoba
01
Hotel Finca Los Abetos atau setaraf
Tangier
01
Hotel Tanjah Flandria atau setaraf
Granada
01
Hotel Abades Manzanil atau setaraf
Seville
02
Hotel Exe Solucar atau setaraf
Lisbon
01
Hotel Lexiria Parka atau setaraf
Madrid
02
Hotel Monte Rozas atau setaraf
Untuk pertanyaan lanjut & tempahan:
Berhubung terus dengan kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.
Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.
Emy
Senior Customer Service
Feenaz
Customer Service
Wani
Customer Service Assistant
Headquarters
Wan Vacation Sdn Bhd
selamatbercuti.com
221-1, Jalan Sarjana,
Taman Connaught,
56000 Kuala Lumpur
03 9132 2884
info@selamatbercuti.com
Putrajaya
Wan Vacation Sdn Bhd
87A, Jalan Diplomatik,
Presint 15,
62050 Putrajaya
03 8893 0084
putrajaya@selamatbercuti.com
Toll Free: 1800 18 2884
Customer Service:
010 285 2884
011 1111 2884
012 963 2884
Tours:
012 269 2884
010 530 2884
Ticketing: 013 500 2884
Marketing: 012 927 2884
Sales: 012 963 2884
Wan Vacation Sdn Bhd (KPL 6811)
Tentang Kami
Pengarah & GM
Lesen Operasi
Kerjay