Tahukah anda, jika kita menggabungkan dua kota di Thailand iaitu Hat Yai dan Songkhla, kita akan mendapatkan bandar metro terbesar di selatan Thailand. Ini disebut sebagai “Greater Hat Yai-Songkhla Metropolitan Area”. Masyarakat yang tinggal di sana sama ada Muslim mahupun Buddha menjalani kehidupan aman dan harmoni.
Selatan Thailand adalah rumah atau destinasi untuk penduduk Islam yang sangat ketara. Terdapat banyak masjid dan pusat kebudayaan Islam di Hat Yai dan kawasan sekitarnya. Bandar ini juga merupakan rumah kepada masyarakat Melayu Islam yang besar. Ramai pelancong yang melawat ke Hat Yai dan Songkhla adalah dari negara yang mempunyai populasi Islam yang besar. Oleh itu, bandar dan wilayah ini merupakan destinasi popular bagi umat Islam. Jika anda sedang mencari percutian ke destinasi Muslim terbaik, pakej Hatyai & Songkhla 2023 adalah satu pilihan yang tepat.
1. Khlong Hae Floating Market Hatyai cukup terkenal sebagai salah satu syurga makanan yang menawarkan pelbagai pilihan makanan unik dan sedap. Pasar Terapung Khlong Hae merupakan destinasi yang cukup menarik dan wajib dikunjungi apabila berkunjung ke Hatyai. Majoriti penjual di sini berada di dalam sampan masing-masing di tebing sungai dan pelanggan hanya perlu berjalan di kawasan jambatannya untuk membeli. Bukan sahaja di dalam sampan malah turut terdapat gerai jualan di kawasan daratnya.
2. Chang Puak Elephant Camp Hat Yai Thailand cukup sinonim dengan gajah, jika anda ingin merasai pengalaman naik gajah (elephant riding) bolehlah ajak ahli keluarga atau rakan-rakan ke Chang Puak Elephant Camp Hat Yai. Aktiviti elephant riding menjadi tarikan kepad pelancong di mana anda bakal dibawa meredah sungai dan memasuki kawasan hutan kecil. Antara aktiviti yang turut ditawarkan adalah menaiki ATV, memanah, melihat pertunjukkan gajah dan bergambar bersama anak-anak gajah.
3. Samila Beach Kebanyakan pelancong yang bercuti di Hatyai pasti akan meluangkan masa untuk mengunjungi Samila Beach bagi merakamkan memori dengan sebuah patung. Samila Beach mempunyai sebuah patung “Ikan Duyung Emas” yang menjadi tarikan utamanya serta sebagai mercu tanda pantai tersebut. Selain itu, Samila Beach bukanlah pantai untuk berenang atau berjemur. Terdapat banyak kapal besar di teluk dan airnya mungkin tidak begitu bersih.
4. ASEAN Night Bazaar ialah satu tempat yang akan membuatkan anda rambang mata melihat barangan jualan yang jarang dilihat di tempat lain. Antaranya, makanan Hatyai yang viral boleh di dapati di pasar dua tingkat ini. Makanan seperti Thai Coconut Pudding, Thai Coconut Ice Cream, Bamboo Sticky Rice, Thai Grilled Banana, Fruit & Vege Shaped Mung Bean (Luk Chup) dan banyak lagi. Terdapat juga kedai yang menjual pakaian, beg, peralatan hiasan dan barangan kraftangan.
5. Songkhla National Museum pada awlanya ia berfungsi sebagai rumah agam pemerintah Songkhla dan seterusnya digunakan pula oleh pegawai pentadbiran atasan Songkhla. Setelah itu ia dijadikan sebagai muzium untuk mempamerkan artifak selatan yang lebih rendah. Di sini anda boleh melihat arkeologi tempatan, sejarah serta seni budaya rakyat Songkhla.
Pada tahun 2023 ini jika anda berhasrat ingin melancong ke Thailand, Pakej percutian Hatyai & Songkhla 2023 dapat menawarkan destinasi muslim yang menarik ini kepada anda.