Call us 24 hours, 7 days

Series Departure Package > USA > West Coast U.S.A [11H8M]

Previous slide
Next slide

West Coast U.S.A [11H8M]

LOS ANGELES – HOLLYWOOD – BARSTOW – LAS VEGAS –HOOVER DAM – GRAND CANYON – FRESNO – YOSEMITE NATIONAL PARK – SAN FRANCISCO

Berkumpul di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Los Angeles melalui Taipei. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles, tetamu akan dibawa daftar masuk hotel untuk berehat. Makan malam akan disediakan.

Sarapan pagi di hotel. Lawatan bermula di tarikan-tarikan utama kota Hollywood seperti di Hollywood Boulevard iaitu Hollywood Walk of Fame yang menempatkan 2,758 nama bintang-bintang Hollywood termasuklah Michael Jackson, Mickey Mouse, Marilyn Monroe, Clint Eastwood, Jackie Chan dan ramai lagi. Kodak Dolby Theatre yang merupakan auditorium terkenal berlangsungnya Oscar Academy Awards, American Idol dan America’s Got Talent; TCL Grauman’s Chinese Theatre yang sering menjadi lokasi tayangan perdana filem baru Hollywood serta mengabadikan tapak tangan serta kaki selebriti – selebriti terkenal dunia. Tidak ketinggalan juga melawat Hollywood & Highland Center untuk mengambil foto berlatarbelakangkan papan tanda Hollywood yang terkenal di atas Mount Lee. Bersolat di Islamic Center of Southern California yang merupakan antara masjid terbesar di US yang dibina pada tahun 1952 dan juga sering menganjurkan program-program keagamaan kepada masyarakat setempat. Membeli-belah di Citadel Outlets yang menempatkan pelbagai butik dan kedai jenama terkenal dengan harga yang tersangatlah berpatutan. Makan malam di restoran dan pulang ke hotel.


Sarapan pagi di hotel. Lawatan hari ini dimulakan ke Santa Monica yang terletak barat Los Angeles. Singgah ke Santa Monica Pier adalah salah satu tempat paling ikonik di bandar ini. Dikenali sebagai titik akhir route 66 yang legenda, taman tema yang menjadi daya tarikan unik para pelancong dengan ferris wheel serta carousell. Seterusnya tetamu akan dibawa ke Downtown LA yang menempatkan LA Live dan Staples Centre. Tetamu juga boleh meluangkan masa bergambar dan mengagumi senibina Walt Disney Concert Hall, bangunan ikonik rekaan arkitek terkenal Frank Gehry. Menyelusuri Farmers Market yang telah wujud sejak dari tahun 1934 menghimpunkan kira-kira 100 vendor dan restoran pelbagai pilihan makanan. Tidak sah rasanya kalau tidak ke Chinatown, kejiranan Asian yang meriah serta sibuk menawarkan gabungan unik budaya Cina dan urbanisme Amerika. Seterusnya bertolak ke restoran untuk makan malam dan berehat di hotel.

Selepas bersarapan pagi di hotel, bertolak menuju ke Barstow di mana terletaknya Outlet at Barstow yang sangat terkenal sebagai lokasi membeli-belah barangan jenama terkenal antarabangsa seperti Coach, Polo Ralph Lauren, Michael Kors, Guess dan banyak lagi dengan harga diskaun yang cukup lumayan. Meneruskan perjalanan ke kota Las Vegas. Setibanya di sana, bersolat di Masjid Tawheed yang juga merupakan pusat komuniti Islamic Association of Las Vegas yang banyak berdakwah dengan penduduk setempat tentang Islam dan membetulkan pandangan umum tentang Muslim itu pengganas. Daftar masuk hotel dan anda akan dibawa untuk bersiar-siar untuk mengunjungi sekitar kota ini terutamanya di sepanjang jalan yang dikenali dengan nama The Strip. Antara tarikan terkenal seperti Bellagio Resort Fountain Show yang menjadi ikon kota ini, MGM Grand Hotel, Paris Hotel (Eiffel Tower), Venetian Hotel yang terkenal dengan Venetian Gondola Ride, Caesar’s Palace, High Roller Ferris Wheel, Stratosphere Tower, Madame Tussaud dan bermacam lagi. Makan malam di restoran dan pulang ke hotel.

Bersarapan pagi di hotel. Bertolak menuju ke Hoover Dam yang merupakan sebuah empangan Lake Mead setinggi 726 kaki tinggi yang menyimpan pelbagai kisah antaranya 100 kematian dicatatkan ketika membinanya. Perjalanan ini juga akan melepasi perkampungan kecil yang dikenali sebagai Boulder City yang menawarkan pemandangan panorama Lake Mead. Sambung perjalanan menuju ke Grand Canyon West yang menjadi tarikan utama pelancong ke Arizona. Tetamu akan dibawa ke checkpoint untuk menikmati pemandangan kaki ngarai Grand Canyon berwarna-warni setinggi 4,000 kaki di sini yang cukup mengujakan. Di sini juga tetamu boleh mengenali dengan lebih dekat budaya etnik Red Indian Hualapai, Navajo dan Hopi di Native American Village yang menempatkan rumah tradisi mereka berbentuk segitiga. Di sini juga terdapat Hualapai Market sekiranya anda ingin membeli cenderamata berbentuk kraftangan buatan mereka. Tetamu juga boleh membeli lawatan tambahan mengelilingi Grand Canyon dengan menaiki helicopter, pastinya satu pengalaman yang cukup berlainan. Pulang semula ke Las Vegas. Makan malam di restoran dan pulang ke hotel.


Sarapan pagi di hotel dan bertolak menuju ke Fresno yang mengambil masa perjalanan selama 7 jam dari Los Angeles. Fresno adalah sebuah bandar di Lembah San Joaquin, California. Diciptapada awal tahun 1900-an. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

Setelah bersarapan pagi di hotel, bertolak menuju salah satu taman negara yang paling cantik dan terkenal di Amerika Syarikat, iaitu Yosemite National Park. Tetamu akan dibawa menyelusuri taman ini untuk melihat keindahan air terjun Yosemite Falls yang setinggi 1430 kaki, Half Dome Granite, formasi batuan terkenal El Capitan, Tunnel View, dan Bridalveil Fall. Seterusnya bertolak menuju ke San Francisco. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.


Sarapan pagi di hotel. Tetamu akan dibawa melawat tarikan-tarikan utama di bandaraya San Francisco ini seperti Twin Peaks yang menawarkan pemandangan panorama indah seluruh kota ini; melepasi Lombard ‘Crooked’ Street yang unik laluannya (namun bukan dibina untuk laluan bas); membeli-belah di Union Square dan Pier 39. Menziarahi dan bersolat di Masjid Darussalam yang terletak di tengah kota, juga sebagai pusat komuniti Islamic Society of San Francisco. Kemudian tetamu dibawa berfoto di Palace of Fine Arts dan bersiar-siar di lokasi paling terkenal untuk pelancong iaitu Fisherman’s Wharf yang menempatkan antaranya Madame Tussaud, Ghirardelli Square, kapal selam USS Pampanito, dan Maritime National Historic Park. Berjalan-jalan di Chinatown San Francisco, komuniti Cina kedua terbesar di Amerika selepas New York. Menuju ke restoran untuk makan malam dan bertolak pulang ke hotel.

Sarapan pagi di hotel. Daftar keluar hotel menuju ke Sausalito, bandar marin yang popular dengan rumah bot yang unik serta berwarna-warni yang telah wujud selama lebih 100 tahun. Tetamu boleh bersiar-siar menggunakan paddle boat dengan kos sendiri menikmati kecantikan Teluk San Francisco. Bertolak ke Golden Gate Bridge Vista Point, lokasi terbaik untuk mengambil gambar berlatar belakangkan jambatan terkenal Golden Gate. Seterusnya bertolak menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KualaLumpur (KLIA).
  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcajminyak dan segala cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan 8 malam bertaraf 3*/4* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalamaturcara
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan sepertiaturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Grand Canyon West Rim danYosemite National Park
  • Urusan visa memasuki USA.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan yang terlatih profesional dari WanVacation Sdn. Bhd
  • Polisi bagasi: Dua bagasi 23Kg dan bagasi Kabin 7Kg.
  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagikhidmat nasihat dan pembelian premium insurance kembarayang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktuperayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakandi dalam waktu perlepasan)
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar danperkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan lain selain dari yangdinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara danpakej termasuk.

Warga Emas

RM17,740

RM17,540

Dewasa

RM17,790

RM17,590

Child Twin

RM15,390

RM15,190

Child W/Bed

RM14,490

RM14,290

Child No Bed

RM13,590

RM13,390

Untuk pertanyaan lanjut & tempahan

Hari

Pesawat

Sektor

ETD

ETA

01

BR 228

KUL - TPE

1530

2025

01

BR 016

TPE - LAX

2355

2055

09

BR 017

SFO - TPE

0025

0515+1

11

BR 217

TPE - KUL

0630

1115

LOKASI

BIL MLM

NAMA HOTEL

RATING

Los Angeles

03

Fairfield Inn & Suites Buena Park Hotel atau setaraf

Las Vegas

02

Excalibur Hotel atau setaraf

Fresno

01

Double Tree Fresno atau setaraf

San Fancisco

02

Double Tree by Hilton SFO Airport atau setaraf

Untuk pertanyaan lanjut & tempahan:

Berhubung terus dengan kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

Emy

Senior Customer Service

Feenaz

Customer Service

Wani

Customer Service Assistant

Warga Emas

RM17,740

RM17,540

Dewasa

RM17,790

RM17,590

Headquarters

Wan Vacation Sdn Bhd
selamatbercuti.com

221-1, Jalan Sarjana,
Taman Connaught,
56000 Kuala Lumpur
03 9132 2884
info@selamatbercuti.com

Putrajaya

Wan Vacation Sdn Bhd
87A, Jalan Diplomatik,
Presint 15,
62050 Putrajaya
03 8893 0084
putrajaya@selamatbercuti.com

Toll Free: 1800 18 2884

Customer Service:
010 285 2884
011 1111 2884
012 963 2884

Tours:
012 269 2884
010 530 2884

Ticketing: 013 500 2884

Marketing: 012 927 2884

Sales: 012 963 2884

Wan Vacation Sdn Bhd (KPL 6811)
Tentang Kami
Pengarah & GM
Lesen Operasi
Kerjay

Menjelajah Keindahan Amerika: Pakej Percutian Eksklusif untuk Anda

Selamat datang ke destinasi percutian terkemuka kami – Amerika Syarikat! Jika anda sedang merancang percutian impian anda, Grand Canyon West adalah pilihan yang tak boleh dilepaskan. Dengan pemandangan luar biasa dan pengalaman budaya yang unik, percutian ini menawarkan lebih daripada yang boleh anda bayangkan.

Mengapa Amerika?

Amerika Syarikat, dengan kepelbagaian landskapnya, menawarkan pengalaman yang luar biasa bagi pelancong. Dari pantai ke pantai, anda dapat menikmati keajaiban semula jadi, kebudayaan yang beraneka ragam, dan pengembaraan yang tiada tandingannya.

Destinasi Utama: Grand Canyon West

Grand Canyon West, milik Hualapai Tribe, membuka pintu kepada keunikan budaya Amerika asli. Salah satu atraksi terkenal ialah Skywalk – sebuah jambatan kaca melintasi tebing Grand Canyon, memberikan pemandangan yang memukau dari ketinggian yang menakjubkan. Ini adalah pengalaman luar biasa yang akan meninggalkan kesan mendalam.

Pengalaman Budaya Bersama Hualapai Tribe

Satu keistimewaan mengunjungi Grand Canyon West adalah peluang untuk berinteraksi dengan Hualapai Tribe. Mereka menyajikan pertunjukan seni dan budaya yang memukau, memberikan gambaran mendalam tentang kehidupan mereka dan mewariskan kekayaan budaya mereka kepada pengunjung.

Petualangan Melalui Colorado River

Sungai Colorado yang mengalir melalui Grand Canyon menambah keunikan pengalaman anda. Aktiviti mengarungi sungai atau menikmati lawatan helikopter akan membawa anda lebih dekat dengan keindahan semula jadi yang menakjubkan.

Pakej Percutian Eksklusif

Kami menawarkan pakej percutian eksklusif yang direka khas untuk memenuhi kehendak pelancong dari Malaysia. Dengan penginapan yang selesa, makanan yang lazat, dan pemandu pelancongan yang berpengetahuan, anda boleh menikmati percutian tanpa masalah.

Cara Memesan

Pesan pakej percutian Amerika Syarikat anda sekarang untuk menikmati harga istimewa dan penawaran eksklusif. Hubungi kami hari ini melalui laman web kami atau melalui nombor telefon yang tertera untuk maklumat lanjut dan bimbingan untuk percutian impian anda!

Kesimpulan

Amerika Syarikat adalah destinasi percutian yang memukau dan memenangi hati dengan keindahan semula jadi serta kebudayaannya yang unik. Dengan Grand Canyon West sebagai tumpuan utama, anda pasti akan membawa pulang kenangan yang tidak terlupakan. Jom sertai kami untuk pengembaraan ajaib melalui Amerika Syarikat yang menanti anda dengan pelukan terbuka.

Private Tour
Request

Please fill in all required information for us to propose the best packages for you