Bandar Aceh Kota Serambi Mekah, Percutian Penghayatan Sejarah

Sebelum anda bercadang untuk melancong ke Banda Aceh, ada baiknya jika anda tahu tempat-tempat menarik yang anda boleh lawati. Menariknya hampir kesemua tempat-tempat peranginan di Banda Aceh mempunyai keunikkannya yang tersendiri.

Kejadian Tsunami 2004 yang telah meragut lebih dari 260,000 ribu nyawa manusia dan memusnahkan hampir sepenuhnya Banda Aceh di Pulau Sumatera, Indonesia. Kejadian tsunami ini tentunya meninggalkan kesan parut dan kenangan pahit bagi setiap keluarga yang pastinya merasai perit kehilangan insan tersayang dan harta benda. Namun, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tragedi Tsunami bukan hanya menjadi luka lama untuk dikenang tetapi memberi kekuatan dan semangat bagi seluruh penduduk Aceh khususnya, untuk bangun dan meneruskan kelangsungan hidup mereka.

Berikut adalah antara destinasi terbaik di Aceh & Sabang yang wajib dilawati:

PLTD APUNG

Kapal janakuasa elektrik seberat 780 tan, berlabuh berhampiran Ulee Lheue untuk membantu mengatasi kekurangan bekalan elektrik. Kapal ini milik syarikat janakuasa tempatan PLN yang dikenali PLTD Apung yang sepatutnya berada di Lautan India tetapi akibat gelombang tsunami besar itu, ia terseret hingga empat kilometer ke perkampungan berhampiran. PLTD Apung kini menjadi tarikan pelancong luar dan dalam di Indonesia.

PLTD APUNG 1

KAPAL DIATAS RUMAH

Bayangkan anda mempunyai sebuah kapal nelayan yang mendarat di bumbung rumah anda! Ia berlaku di Kampung Gampong Lampulo. Kejadian tsunami telah mengangkat sebuah kapal ikan yang sangat besar dan diletakkan di atas sebuah rumah persendirian. Sehingga kini ia masih dikekalkan dan disimpan di atas bumbung sebagai tarikan para pengunjung.

Pakej tsunami Aceh 2023
Monumen Kapal di atas Rumah

MASJID BAITURRAHMAN

Masjid yang asal telah dibina pada abad ke-13. Namun ia telah dibakar dan runtuh beberapa kali. Kali terakhir adalah pada tahun 1873 apabila Belanda menyerang Banda Aceh. Masjid Raya Baiturrahman merupakan sebuah masjid besar yang terletak di tengah-tengah kota Banda Aceh. Masjid ini merupakan satu tanda penting agama dan kebudayaan orang Aceh, terutamanya kerana masjid ini yang terlepas daripada kemusnahan besar semasa berlakunya tsunami besar pada tahun 2004.

Masjid Baiturrahman. (Foto: instagram wisatareligiaceh)

MUZIUM TSUNAMI

Muzium Tsunami adalah satu kemestian bagi pengunjung yang datang ke Banda Aceh. Barang pameran tidaklah begitu banyak, tetapi bersama-sama dengan reka bentuk unik bangunan itu, kita tidak dapat mengelakkan diri daripada tersentuh. Di sinilah menjadi pencetus keinsafan ramai pengujung. Di dalam muzium ini anda akan mendapati banyak replika mengambarkan kemusnahan ketika tsunami itu berlaku. Selain itu juga banyak juga peninggalan yang musnah di pamerkan disini. Sesetengah orang mendapati beberapa gambar-gambar yang dipaparkan agak terlalu dahsyat. Walau bagaimanapun, tsunami pada 26 Disember 2004 adalah jauh lebih dahsyat. Kira-kira 260,000 orang dilaporkan meninggal dunia.

KILOMETER NOL, PULAU SABANG

Kunjungan ke Aceh tentunya tidak sah jika tidak berkesempatan untuk bermalam di Pulau Sabang atau kadang kala dikenali sebagai Pulau Weh. Keindahan pulau itu yang hanya mengambil masa 45 minit dengan bot laju dan dua jam dengan feri tidak terungkap oleh kata-kata. Terletak di Laut Adaman, Pulau Sabang ini adalah pulau paling utara di Sumatera. Lokasi Kilometer Nol iaitu titik pengiraan kilometer pertama bagi Indonesia di bahagian utara terletak di pulau ini. Bergambar di monumen Kilometer Nol tentunya melengkapkan lagi jurnal kembara ke Aceh.

Italy vacation packages 2023
Kilometer 0

Bukan sahaja datang untuk melancong, tetapi dapat menghayati sejarah Islam Aceh sambil melihat kesan-kesan akibat tsunami. Baru rasa sejarah itu best dan dapat dihayati dengan lebih mendalam. Banyak pengajaran yang boleh anda dapati daripada lawatan anda ke banda Aceh dan melihat sendiri gambaran sebenar disana.

Berminat untuk ke Aceh? .Pakej tsunami Aceh 2023, Boleh hubungi pihak selamatbercuti.com untuk tempahan pakej penerbangan dan pakej ke Aceh + Pulau Sabang di talian 012 269 2884 atau 010 532 2884.

About the author

selamatbercuti.com is a travel agency based in Cheras & Putrajaya.

Leave a Reply

Private Tour
Request

Please fill in all required information for us to propose the best packages for you