Rahsia Percutian Bajet: Tips & Tricks Untuk Destinasi Impian

percutian bajet

Inilah saat yang ditunggu-tunggu, percutian bajet anda!

Anda mungkin memikirkan bagaimana untuk menjimatkan wang dalam perjalanan ke destinasi impian anda bukan. 

Jangan risau, kami ada untuk membantu anda merancang percutian bajet yang fantastik dan menyeronokkan. 

Terutama sekali perjalanan yang tidak mengeluarkan kos yang tinggi dan mengecilkan akaun bank anda. 

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi rahsia-rahsia percutian bajet, tips, dan trik untuk memastikan perjalanan anda lancar. 

Perancangan Awal yang Bijak

percutian bajet

Tahukah anda, perancangan awal adalah kuncinya.

Pastikan sebelum anda mula merancang perjalanan, anda perlu merancang dengan teliti. 

Inilah beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan.

1. Tentukan Destinasi Anda

Langkah pertama adalah menentukan destinasi yang anda ingin lawati. 

Pilihlah destinasi yang mesra bajet tetapi memenuhi minat anda untuk melancong ke sana.

Bagi menjimatkan wang perjalanan, pilihan yang bijak adalah dengan menentukan destinasi dalam negara atau yang berdekatan sahaja. 

2. Tabung Khas Percutian

Setelah anda buat penelitian mengenai destinasi yang anda ingin pergi, sediakanlah tabung khas untuk percutian anda itu. 

Tetapkan jumlah yang anda mahu simpan setiap bulan sehingga tarikh percutian anda tiba. 

Ini akan membantu anda menetapkan bajet yang sewajarnya termasuk lah penginapan, pengangkutan, makanan, dan aktiviti yang anda ingin lakukan.

3. Tempah Tiket Awal

Tempahan tiket penerbangan dan penginapan boleh dibuat lebih awal daripada tarikh yang ditentukan untuk mendapatkan harga terbaik. 

Sentiasa periksa jika ada penawaran promosi dan tawaran awal yang ditawarkan oleh pihak penerbangan.

Dengan adanya promosi sebegitu, anda boleh memanfaatkannya untuk menjimatkan lebih kos.

Makanan yang Menjimatkan

percutian bajet

Perkara seterusnya yang anda harus dititikberatkan adalah makanan. Makanan adalah satu aspek penting semasa percutian. 

Ayuh kita lihat tips di bawah untuk kurangkan belanja makanan semasa melancong. 

1. Makanan di Tempat Tempatan

Semasa percutian, cuba anda cari dan makan di restoran-restoran tempatan suatu tempat itu.

Kebiasaannya, makanan tempatan lebih murah dan berpatutan.

Ia sangat menyeronokkan kerana anda dapat mengenal dan merasa kelazatan makanan tempatan yang mereka sajikan.

2. Pilih Penginapan Berdapur

Anda boleh pilih penginapan yang membenarkan anda memasak sendiri jika anda tidak mahu berbelanja di restoran semata untuk makanan.

Anda hanya perlu membeli bahan-bahan dan boleh cuba memasak hidangan tempatan atau menu pilihan hati.

3. Bawa Bekalan Makanan

Sekiranya anda dapat memasak sendiri di tempat penginapan, anda boleh jadikan ia bekalan semasa bersiar-siar atau melakukan aktiviti. 

Bawa juga peralatan sendiri seperti botol air kosong, tupperware kecil, dan beg untuk memudahkan penyimpanan makanan itu. 

Ini sangat membantu untuk anda menjimatkan wang dan mengelakkan pembaziran makanan.

Baca Juga: Tempat Menarik di Thailand: Destinasi Indah yang Wajib Dikunjungi

Pengangkutan Terbaik

percutian bajet

Anda tahu tak, pengangkutan adalah sebahagian besar daripada perbelanjaan percutian. 

Ini kerana, ada sesetengah pelancong yang ingin menyewa kereta sewa untuk mudah bergerak ke mana-mana. 

Namun, lebih seronok jika anda mengikuti tips-tips di sini mengenai pengangkutan lebih-lebih lagi kepada mereka yang bercuti mengikut bajet. 

Antara tips tersebut adalah;

1. Pengangkutan Awam

Sebolehnya, gunakan pengangkutan awam seperti bas awam atau perkhidmatan teksi tempatan. 

Ia adalah lebih murah dan lebih berpatutan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain berbanding menyewa kereta sewa. 

2. Berkongsi Pengangkutan

Anda juga boleh berkongsi pengangkutan seperti menyewa kereta jika anda melancong bersama kumpulan. 

Ia lebih menjimatkan kerana trip perjalanan untuk satu kereta dikira mengikut tempoh masa dan bukan lah berdasarkan kiraan individu.

3. Jalan Kaki atau Sewa Basikal

Tempat penginapan anda dengan tempat-tempat menarik yang anda ingin lawati tidak jauh?

Hah, jika begitu, anda boleh pertimbangkan untuk berjalan kaki atau menyewa basikal.

Ia boleh dijadikan satu aktiviti yang menyihatkan dan mencipta memori kerana anda boleh menghayati suasana alam dengan santai. 

Aktiviti Menarik Kos Rendah

aktiviti melancong

Tak lengkap sekiranya melancong ke destinasi tanpa melakukan sebarang aktiviti di sana. 

Selitkan aktivti yang anda ingin lakukan kerana ia adalah pengalaman penting semasa percutian.

Jangan risau mengenai bajet kerana di sini kami akan berikan beberapa tips dan tricks untuk anda. 

1. Cari Aktiviti Percuma

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan destinasi menawarkan aktiviti percuma

Sebagai contoh, jalan-jalan kaki, muzium percuma dan tontonan seni jalanan. 

Jadi, anda boleh memanfaatkan aktiviti-aktiviti seperti ini. 

2. Gunakan Kad Pakej

Terdapat banyak tempat atau aplikasi yang anda boleh guna untuk dapatkan kupon diskaun. 

Anda juga boleh gunakan kad keahlian yang menawarkan potongan harga bagi setiap aktiviti. 

Tidak terlepas juga kupon untuk melawat tempat tarikan pelancongan dan diskaun makanan.

3. Pertimbangkan Aktiviti Luar

Anda boleh pertimbangkan untuk melakukan aktiviti luar seperti mendaki, berkayak, dan berenang.

Aktiviti luar ini kebiasaannya lebih murah daripada aktiviti dalaman tetapi keselamatan diri harus dititikberatkan.

Untuk anda mengerti aktiviti dalaman adalah seperti taman tema air, menonton teater, dan berbelanja di pusat beli-belah. 

Rancang Percutian Yang Lengkap

percutian bajet

Sebagai tips akhir yang dapat kami berikan adalah, anda boleh berunding dengan ejen pelancongan. 

Tentukan ejen pelancongan yang anda percaya dan menawarkan pakej yang terbaik untuk anda. 

Dengan ini, rancangan percutian anda menjadi lebih teratur dan lengkap daripada semua aspek. 

Termasuk penyediaan tempat penginapan, pengangkutan, aktiviti, dan makanan. 

Kesimpulan

Kesimpulannya, percutian bajet adalah mungkin jika anda merancang dengan teliti dan bijak. 

Dengan mengikuti rahsia percutian bajet dan tips yang telah kami kongsikan, anda boleh menikmati perjalanan impian anda tanpa menghabiskan jumlah wang yang banyak.

Jika anda tidak tahu dan masih mencari agensi pelancongan mana yang harus dipercayai.

Anda boleh melayari laman web selamatbercuti.com di mana ia juga dipanggil sebagai Wan Vacation Sdn Bhd. 

selamatbercuti.com

Wan Vacation Sdn Bdn menawarkan pelbagai produk dengan lebih 100 pakej dalam pelbagai lawatan berasaskan tematik ke pelbagai bahagian dunia. 

Ia menawarkan bukan sahaja nilai untuk wang, tetapi lebih-lebih lagi, boleh dipercayai, dengan syarikat pelancongan yang berorientasikan perkhidmatan yang sangat diiktiraf.

Jadi jangan teragak-agak untuk buat pilihan bersama selamatbercuti.com.

 

Leave a Reply

Private Tour
Request

Please fill in all required information for us to propose the best packages for you