Giving back is the right thing to do, whether it’s donating clothing or even just a smile to someone who needs it.

Pihak selamatbercuti dengan kerjasama beberapa rakan di twitter, menganjurkan Projek Amal untuk Gelandangan di Kuala Lumpur.

Beberapa hari sebelum projek ni berjalan, kami melawat beberapa lokasi panas di Kuala Lumpur yang sentiasa menjadi pilihan gelandangan untuk menghabiskan waktu malam mereka.

Kami juga melawat Pusat Transit Gelandangan berhampiran Hospital Kuala Lumpur / Bulatan Pahang, Anjung Singgah berhampiran Masjid Jamek dan juga ke rumah NGO Gelandangan di Medan Tuanku.

Proses pengumpulan baju dijalankan hanya selama 2 jam, iaitu dari jam 9 malam hingga 11 malam pada Jumaat 20 April 2018. Baju yang didermakan oleh orang ramai, ditapis sekali lagi sebelum diasingkan mengikut saiz, jantina dan juga jenis pakaian.

 

For us, giving back is not an extracurricular activity

Banyak yang menderma, sampai penuh office kami. Paling banyak ialah pakaian perempuan, kemudian pakaian lelaki, makanan kering dan juga makanan kucing.

 

Untuk sorting barang tu, tak susah pun, cuma mengambil masa sebab perlu asingkan ikut gender dan juga jenis pakaian. Beberapa sukarelawan juga join kami untuk mengaturkan bag yang bakal diagihkan.

 

Proses sorting & repacking siap pada pukul 1 pagi 🙂

About the author

selamatbercuti.com is a travel agency based in Cheras & Putrajaya.

Leave a Reply

Private Tour
Request

Please fill in all required information for us to propose the best packages for you