Percutian 12H, 9M ke Pakej Eropah 6 negara Eropah (London (UK), Paris (France), Brussel (Belgium), Amsterdam (Netherland), Frankfurt (German), Zurich (Switzerland)
Post asal berada di facebook: https://www.facebook.com/andiknurul.rasyidah/posts/10212149014022939
Kali ni nk share pengalaman percutian ke europe pulak. Kami mengikuti pakej bersama travel agent SelamatBercuti.com. Beza perjalanan mengikuti travel agent dan pegi sendiri yg pertama tentulah kos tggi ckit. Tapi yg bestnya..x payah pikir byk..korg pegi dan enjoy je..segala kerumitan dan kesusahan tour guide yg tolong pikirkan..haha..
Sebagai contoh, setiap malam kami dpt makan nasi yg sgt sedap..cth, nasi ayam, sambal belacan, ayam masak lemak, ayam rendang..waktu siang je kami kena cari makan sendiri..byk mkn kebab jela dr kedai turki. Sarapan mkn di hotel.nasib bawak sambal ikan bilis, serunding, sambal hitam. Boleh la makan dgn roti n bubur.kalau tak mmg muak jgk hari2 mkn roti dgn butter, yogurt, cereal..kalau pegi sendiri mgkin penat ckit nak cari kedai mkn selera malaysia. Yg kedua, x payah pikir psl prjalanan, nk solat kt mana, kedai mana yg murah, nak claim vat (value added tax) dkt mana..semua tour guide tu ajarkan. Follow jelah. Dan airport zurich agak ssh dan leceh laluannya. Tp sbb ikut tour guide.maka prjalanan amat mudah..dan yg bestnya tour guide ni, dia menjaga waktu solat dan tempat solat. Kami dpt pegi byk masjid, dan selalunya dpt solat di hotel.memang selesa lah.
Kekurangan ikut tour guide, masa terhad. X boleh nk berlama-lamaan di satu2 tmpat yg sgt2 best. Kena follow jelah.
Pakej Eropah 6 Negara ini termasuk London, Paris, Amsterdam, Brussels, Frankfurt & Zurich.
Kalau nk cerita 1-1 mmg byk.sbb 12 hari..jd sy nk share summary je.utk setiap negara yg kami pergi.
1. LONDON – Kami ke “oxford university”. Ada seorg tour guide iaitu student oxford tu sendiri yg bawa kami menjelajah ke seluruh kwsn universiti.Rupa2nya ada 38 buah kolej dlm uni ni..kolej bkn brmaksud hostel ye.tp adalah sebuah pusat pbelajaran yg berbeza.ada kolej mahal dan murah.dan setiap kolej2 tu biasanya pagar dibina sgt tggi.sebabnya pd zaman dlu2, org di town x suke student oxford, sbb slalu buat masalah.jadi mereka kalau nmpk student oxford, mereka tembak.sbb tu la kolej2 tu dipagar tggi. Dan sebahagian student oxford lari ke cambridge.dan menubuhkan universiti baru.jadilah universiti cambridge..tempat mkn dinner utk student sgtlah berprestij.mcm dlm cite harry potter tu.n latar blkg crita harry potter pun mmg dibuat di sana.sgt menarik struktur bangunan mereka. Library pun sgt bsr.tp buku x boleh dipinjam keluar. Kena baca dlm library shj.even queen england pun xbole bwk kluar buku dr sana.
Seterusnya kami shopping ke “Bicester village”..mcm JPO. Ada tmpat solat n ambil wuduk khas.selesa n cantik.bagus london ni.hehe
Esoknya kami tour ke sekitar bandar london.ada seorg tour guide org london pulak yg bercerita tentang bgnn2 di sana. Kami ke “Buckingham Palace”. Mcm istana la. Tp tgk dr luar je. Bergambar di “London Bridge”, solat di “Central Mosque London”, dan shopping di “oxford street” . Oleh kerana kakakku hantu brgn Harrods, maka kami bawa haluan sendiri menaiki train ke Harrods. Shopping ke sana n kembali semula ke oxford street smbg shopping brsama rombongan. Mlm kami mkn fish n chip di restoran “The Fish”.bkn main bsr fishnye..huhu.
Kesimpulan, london ni bandarnya cantik, bgnnnya unik, sistem train pun bagus, tggu 1 minit je train dah smpai.laluan train berselirat.train mereka bwh tanah.agaknya semua tmpat train tu bole pegi.cuma kos naik train sgt mahal.huhu..kota metropolitan.
2. PARIS – dr london ke paris, kami menaiki kapal persiaran.yg menariknya, bas yg kami naiki terus masuk ke dalam kapal.trun dr bas, kami naik ke tgkat ats kapal utk duduk minum2 n brshopping.prjlnn ambil dlm 40minit.dgn bas yg sama, keluar dr kapal n terus ke paris. Pd waktu ptg, kami shopping di “Galleries Lafayette”, katanya brg2 branded murah disini.
Esoknya, kami menuju ke “Eiffel tower”. Pakej kami trmasuk tiket naik ke ats eiffel tower. Ade 3 tgkat, kami naik smpai tgkat 2 je.tu pun da ok n cantik sgt.bak kata tourist guide dr paris, nk naik ats skali pun boleh, bezanya semua nmpk lg kecik.hehe.lgpun lbh mahal.dkt bwh tu ade ramai penjual2 keychain eiffel tower kecik n fridge magnet.murah dorg jual.rupa2nya lagi nk balik lg rendah hrga dorg bg.smpai ke bas dorg ikut.mnyesal pulak beli awal.huhu
Kemudian, kami dibawa ke sekitar bandar Paris melihat bangunan2 dgn panduan dr tourist guide dr paris.Selepas mkn mlm, aktiviti bebas.kami sekali lagi buat hal sndiri dgn menaiki train dr hotel ke eiffel tower utk tgk pemandangan eiffel tower pd waktu mlm..view sgt cantik..x rugi abg ipar brsusah pyh beli tiket train brcakap seperti aym n itik.last2 tulis ats krtas br pnjual tiket tu faham.agaknya kalau trsalah beli tiket trpaksalah kami tidur di eiffel tower.x dpt balik hotel.haha
3. Brussel (BELGIUM) – Perjlnn ke amsterdam melalui brussel. Singgah melawat Atomium, landmark building utk brussel. Mcm bentuk atom2 yg berhubung. Seterusnya singgah ke “manneken pis”. Landmark sculpture budak kecik tgh buang air kecil.sejarahnya dikatakan kwsn tu dulu trbakar, tp sbb ada budak kecik tu buang air kecil, maka selamatlah tmpat tu drpd hangus trbakar. Byk kedai souvenir belgium juga di sini.n coklat2 belgium yg sgt sedap.
Cukuplah dulu..lagi 3 negara akn diceritakan di next post.insyaAllah.
Post asal berada di facebook: https://www.facebook.com/andiknurul.rasyidah/posts/10212149014022939