Tempat Menarik Di Jepun: Jalan-Jalan di Tokyo

tempat menarik di jepun

Jepun sebuah negara yang kaya akan warisan budaya dan inovasi moden.

Percutian disini memberikan pengalaman pelancongan yang tidak dapat dilupakan.

Salah satu destinasi yang pasti mencuri perhatian adalah Tokyo.

Mempunyai banyak tempat menarik daripada kawasan bersejarah hingga kawasan moden yang canggih.

Ayuh lihat beberapa destinasi di Tokyo dan sekitarnya yang patut dikunjungi sebagai tempat menarik di Jepun.

Destinasi Menarik di Tokyo dan Sekitarnya

 

    1. Odaiba – Statue of Liberty – Rainbow Bridge

odaiba, japan

Odaiba pulau buatan di Teluk Tokyo menawarkan kombinasi yang menakjubkan antara landskap kota moden dan keindahan alam.

Menariknya, Odaiba mempunyai Replika Statue of Liberty yang terkenal di New York, serta Rainbow Bridge yang megah.

Ditempatkan secara strategik berhadapan dengan Rainbow Bridge, Replika Statue of Liberty sebenarnya tujuh kali lebih kecil daripada versi asli di Amerika.

Monumen setinggi 39 kaki ini mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk tempatan dan pelancong.

Menikmati pemandangan matahari terbenam di sini adalah satu pengalaman yang mesti dirasakan.

 

    • Asakusa – Nakamise Street

asakusa japan

Kawasan Asakusa adalah tapak kepada Kuil Sensō-ji yang bersejarah.

Manakala jalan Nakamise pula menghubungkan pintu gerbang kuil dengan kuil itu sendiri penuh dengan gerai-gerai yang menjual cenderahati tradisional Jepun.

Suasana tradisional dan keunikan arsitekturnya menjadikan Asakusa tempat yang sangat istimewa.

 

    • Ueno-Ameyoko Shopping Street

Ueno Park merupakan pusat kebudayaan utama di Tokyo. Setiap tahun, berjuta pengunjung membanjiri Ueno.

Taman ini dipenuhi dengan muzium, kuil, tarikan semulajadi, institusi penting dan beberapa sekolah terkemuka di Jepun. Taman ini sering dijadikan salah satu tempat menarik di Jepun.

Ameyoko Shopping Street adalah salah satu destinasi beli-belah yang popular di Tokyo.

Anda boleh menemui pelbagai barangan seperti pakaian, makanan, dan cenderahati.

Suasana dan kepelbagaian barangan yang ditawarkan membuatkan setiap kunjungan ke sini sangat memuaskan.

 

    • Gotemba Premium Outlet

Bagi peminat beli-belah, Gotemba Premium Outlet adalah syurga.

Barangan jenama terkenal ada ditawarkan dengan harga istimewa.

Terletak di kaki Gunung Fuji. Tempat ini juga ada pemandangan alam yang memukau.

 

    • Imperial Palace and Tokyo Tower

imperial palace

Istana Imperial dan Menara Tokyo adalah simbol keagungan dan modeniti Tokyo.

Istana Imperial terletak berdekatan dengan stesen Tokyo dan berfungsi sebagai tempat kediaman bagi keluarga Imperial Jepun.

Bangunan ini menduduki tapak bekas Istana Edo iaitu kediaman Shogun Tokugawa yang memerintah Jepun tahun 1603 – 1867.

Istana ini mengalami pemusnahan semasa Perang Dunia II, tetapi usaha pembinaan semula dilakukan.

Sekaligus menjadikannya tarikan utama bagi pelancong yang ingin meresapi sejarah penting Jepun.

Menara Tokyo direka berdasarkan Menara Eiffel namun memiliki ketinggian yang lebih tinggi, yakni 13 meter.

 

    • Shibuya, Harajuku – Takeshita Street – Omotesando

shibuya, harajuku

Kawasan Shibuya dan Harajuku adalah pusat gaya hidup dan fesyen di Tokyo.

Jalan Takeshita di Harajuku terkenal dengan gaya fesyennya yang unik.

Manakala Omotesando menawarkan butik-butik mewah dan kafe-kafe yang eksklusif.

 

    • Tokyo Disneyland

tempat menarik di jepun

Bagi peminat Disneyland, Tokyo Disneyland adalah destinasi wajib pergi sebelum meninggalkan Tokyo.

Dengan hiburan yang mengasyikkan untuk semua peringkat umur, ia menjanjikan pengalaman yang menghibur.

Kesimpulannya, Jepun khususnya di Tokyo adalah destinasi yang penuh dengan kepelbagaian dan keunikan yang mesti diterokai.

Setiap tempat yang dikunjungi memberikan pengalaman yang berbeza dan menarik.

tempat menarik di jepun

Jika anda berminat untuk berjalan-jalan ke Jepun terutamanya Tokyo, ambil pakej percutian dengan selamatbercuti.com!

Satu hari saja tidak cukup, jadi kami dah aturkan jadual yang lengkap untuk anda pergi melawat ke semua tempat menarik itu.

Perjalanan anda akan sentiasa dibimbing termasuk daripada segi pemilihan makanan dan minuman yang halal.

selamatbercuti.com menjadikan percutian anda lebih mudah, lebih teratur dan lebih berbaloi.

Untuk tempahan, boleh hubungi kami di talian 03 9132 2884 / 03 8893 0084 / 011 1111 2884 / 012 963 2884.

Leave a Reply

Private Tour
Request

Please fill in all required information for us to propose the best packages for you