Tempat Menarik Di Thailand: Destinasi Indah yang Wajib Dikunjungi

tempat menarik di thailand

Terdapat banyak tempat menarik di Thailand yang wajib anda kunjungi setibanya anda di sini.

Ini kerana, Thailand adalah salah satu negara yang penuh dengan keindahan alam, budaya, dan sejarah yang kaya. 

Dari pantai-pantai yang mempesona hingga kuil-kuil yang megah, Thailand menawarkan pengalaman yang tidak akan dilupakan bagi para pelancong. 

Ayuh kita menjelajahi beberapa tempat menarik di Thailand yang patut anda kunjungi terutama sekali di Chiang Mai dan Chiang Rai.

Untuk pengetahuan anda, dua bandar ini iaitu Chiang Mai dan Chiang Rai semestinya menawarkan pelancongan yang berbeza dan unik. 

Chiang Mai: Keindahan Alam dan Budaya

tempat menarik di thailand

Chiang Mai terletak di utara Thailand dan dikenali sebagai “The Rose of The North”. 

Bandar ini terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan warisan budayanya yang kaya.

Mari terokai beberapa tempat menarik di Chiang Mai ini. 

1. Tha Phae Gate

tempat menarik di thailand

The Phae Gate adalah pintu masuk bersejarah ke bandar Chiang Mai. 

Pintu gerbang ini menyimpan sejarah penting dan ia dikelilingi oleh tembok lama. 

Ia juga merupakan pintu utama untuk para pedagang dan diplomat untuk memasuki bandar Chiang Mai pada zaman dahulu. 

Jadi, jika anda seorang yang suka menyimpan memori dengan bergambar, lokasi ini sangat sesuai untuk anda mengambil gambar. 

 

2. 3 Kings Monument

tempat menarik di thailand

3 Kings Monument adalah tugu yang memperingati tiga raja penting dalam sejarah Thailand. 

Tiga raja yang dijadikan arca tersebut adalah, Raja Mengrai, Ramkamhaeng, dan Ngam Muang. 

Mereka ini dikatakan bapa pengasas kepada Chiang Mai dan dijadikan monumen sebagai simbol patriotisme serta kesatuan di kalangan rakyat Thailand.

 

3. Wat Phra Doi Suthep

tempat menarik di thailand

Tahukah anda, Wat Phra Doi Suthep ini dibina bermula pada tahun 1386 dan ianya adalah kuil yang megah yang terletak di puncak bukit. 

Anda boleh menaiki tangga yang panjang iaitu sebanyak 300 langkah ataupun anda boleh menaiki kereta kabel untuk ke puncak bukit. 

Bagi mereka yang ingin melihat pemandangan yang mendamaikan dari kompleks kuil, disarankan untuk menaiki kereta kabel. 

 

4. Elephant Camp

elephant camp

Salah satu tempat yang menjadi tarikan di Chiang Mai adalah Elephant Camp. 

Di sini anda berpeluang untuk melihat persembahan dari gajah-gajah itu dan berinteraksi dengan mereka. 

Anda juga dapat menunggang gajah yang dipelihara tersebut melalui jalan kampung. 

Menarik bukan? Bukan senang untuk kita menunggang gajah sebegitu. 

 

5. Royal Floral Garden Ratchaphruek

royal floral

Royal Floral Garden Ratchaphruek ialah pameran hortikultur di bandar Chiang Mai.

Di mana pengunjung boleh mengagumi ribuan spesies pokok dan bunga di taman berlandskap seluas 80 hektar. 

Tahukah anda, taman ini dinamakan sempena bunga kebangsaan Thailand, Ratchaphruek (cassia fistula atau golden shower gold) dengan bunga kuning yang cantik. 

Tidak ketinggalan juga, salah satu tarikan utama taman ini ialah astaka orkid dengan pelbagai spesies orkid dalam pelbagai warna. 

Baca Juga; Korea Tour Package Malaysia: Terokai Keajaiban Sejarah, Budaya, dan Makanan Korea

Chiang Rai: Keunikan Seni Bina dan Keindahan Alam

Chiang Rai terletak di utara Chiang Mai dan merupakan destinasi yang lebih tenang. 

Ini kerana, Chiang Rai adalah bandar yang menonjol dengan seni bina yang unik dan keindahan alamnya yang menakjubkan.

Ayuh kita menjelajahi tempat-tempat menarik di sini. 

 

1. Blue Temple (Wat Rong Suea Ten)

Blue Temple

Blue Temple atau dikenali sebagai Temple of Dancing Tigers terkenal dengan warna biru nilam yang dominan. 

Di mana dinding kuil, bumbung, dan patung-patung di sekeliling semuanya diliputi dalam warna biru yang indah ini. 

Warna ini secara simbolik dikaitkan dengan kesucian, kebijaksanaan, dan kekurangan materialisme yang dicita-citakan oleh penganut Buddha. 

Pilihan warna hiasan seperti ini menjadikan ianya luar biasa berbanding kuil di negara lain yang kebanyakannya diperbuat daripada emas. 

 

2. White Temple (Wat Rong Khun)

white temple

Wat Rong Khun atau lebih dikenali sebagai White Temple adalah salah satu kuil yang paling terkenal di Thailand. 

Kuil ini terletak di kawasan luar bandar Chiang Rai dan menjadi satu tarikan yang paling banyak dikunjungi. 

Sebilangan besar pelancong tidak kira pelancong asing atau dari negara Thailand sendiri pasti akan datang melawat White Temple ini. 

Ia menunjukkan keunikan tersendiri kerana terlihat menonjol melalui warna putih, penggunaan kepingan kaca dalam plaster dan berkilauan di bawah cahaya matahari. 

 

3. Golden Triangle

tempat menarik di thailand

Tahukah anda, Golden Triangle adalah pertemuan tiga negara, iaitu Thailand, Laos, dan Myanmar di Sungai Ruak dan Mekong. 

Golden Triangle adalah kawasan yang terkenal yang bertindih dengan pegunungan ketiga-tiga negara ini. 

Meskipun begitu, tempat ini telah menjadi tarikan pelancongan selama bertahun-tahun dan turut berlaku infrastruktur pelancongan seperti hotel, muzium candu, dan kedai cenderamata. 

 

4. Mae Kajan Hot Spring

tempat menarik di thailand

Terdapat banyak kolam air panas di Chiang Mai. 

Namun, kolam air panas Mae Kajan (Mae Kajan Hot Spring) disenaraikan sebagai kolam air panas terbaik di Chiang Mai. 

Antara yang menarik ialah ruang santai dan air mineral yang bagus untuk kaki anda. 

Jadi, anda berpeluang menghilangkan penat dan berehat dengan merendam kaki di sini selepas banyak berjalan. 

 

5. Bo Sang Handicraft Village

tempat menarik di thailand

Bagi menyimpan kenangan kepada pelancong, Bo Sang Handicraft Village menjadi tempat menarik di Thailand yang mesti anda kunjungi. 

Kampung cenderamata yang mempunyai pengalaman seni tempatan terkenal dalam menghasilkan payung buluh buatan tangan. 

Ia merupakan tradisi yang telah lama wujud dan anda hanya perlu bersiar-siar di sekitar Bo Sang untuk melihat betapa bangganya masyarakat dengan warisan ini. 

Kesimpulannya, Chiang Mai dan Chiang Rai menawarkan pengalaman pelancongan yang unik dan berbeza.

Jika anda berminat untuk melancong ke tempat-tempat menarik di dua bandar ini, anda boleh dapatkan pakej pelancongan terbaik dari selamatbercuti.com.

selamat bercuti

Selamatbercuti.com atau dikenali juga sebagai Wan Vacation Sdn Bhd menawarkan pelbagai produk dengan lebih 100 pakej dalam pelbagai lawatan berasaskan tematik ke pelbagai bahagian dunia. 

Ditambah dengan keistimewaan kami, “Siri Lawatan Berlepas” yang berbaloi, menjadikan Wan Vacation sebagai agensi pelancongan yang dicari di Malaysia.

Dengan bersama kami, kami akan pastikan pengalaman pelancongan anda akan menjadi lebih bermakna.

Ayuh dapatkan Pakej Pelancongan 5 hari 4 malam Chiang Mai + Chiang Rai Muslim Tour dengan selamatbercuti.com sekarang.

 

Leave a Reply

Private Tour
Request

Please fill in all required information for us to propose the best packages for you