Call us 24 hours, 7 days

Series Departure Package > Korea > Tokyo + Mt Fuji [6H4M]

Previous slide
Next slide

Tokyo + Mt Fuji [6H4M]

TOKYO, Kawagoe, Oshino, FUJI, Gotemba, Narita

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 1) untuk penerbangan ke Narita, Tokyo. 

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, tetamu akan dibawa ke Bandar Kawagoe yang terletak di barat laut Tokyo. Setibanya di sini, lawatan akan dimulakan sekitar Kurazukuri no Machinami atau lebih dikenali Little Edo Warehouse District. Dinamakan kerana sepanjang jalan ini masih berdiri teguh kedai-kedai dan gudang-gudang kayu yang wujud sedari zaman Edo pada kurun ke-16. Berfoto Time Bell Tower (Toki no Kane) yang asalnya dibina pada 1627 dan struktur yang sekarang ini merupakan menara generasi ke-4 dibaik pulih pada 1894 selepas kejadian Great Fire of Kawagoe. Membeli manisan di Confectionery Row (Kashiya Yokocho), lorong yang terkenal dengan berdozen penjual manisan. Bersolat di Masjid Farooq-e- Azam yang besar dan terkenal di bandar ini. Seterusnya bertolak ke perkampungan kecil Oshino yang terletak antara Lake Kawaguchi dan Lake Yamanaka, yang terkenal dengan 8 buah kolam jernih seperti cermin bernama Oshino Hakkai. Kolam-kolam ini terbentuk secara semulajadi selama lebih 80 tahun dari letusan lava Mt. Fuji. Daftar masuk hotel.

Setelah bersarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa ke Fujinomiya 5th Station yang setinggi 2300m dari aras laut untuk mengambil foto panorama Mt. Fuji yang tersergam indah dan Fuji Five Lakes yang terletak di sekitar kaki gunung. Di sini juga terdapat Fujisan Komitake Shrine yang menawarkan spot untuk foto panorama terbaik Lake Yamanaka di samping berfoto di pintu gerbang merah shrine ini. Berfoto di Lake Kawaguchi, salah satu tasik antara Fuji Five Lakes dan yang paling menjadi tumpuan para pelancong untuk mengambil foto sisi lain Mt. Fuji. Membeli belah di Gotemba Premium Outlet yang menempatkan pelbagai butik dan kedai jenama-jenama terkenal di samping menikmati diskaun yang luar biasa. Menuju ke Tokyo sebelum tetamu akan diberi masa bebas untuk membeli-belah atau bersiar-siar di Shibuya yang terletak di tengah kotaraya Tokyo dan telah wujud sejak kurun ke-11 lagi. Jika sudah berada di Tokyo, tidak sah jika tidak melintas di persimpangan paling sibuk di dunia iaitu Shibuya Crossings berhadapan dengan Stesen Shibuya. Daftar masuk hotel. 

Sarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa melawat sekitar kawasan Asakusa yang sangat terkenal dengan pintu gerbang merah Kaminarimon yang terdapat tanglung besar dibina sejak 1000 tahun dahulu dan juga Sensoji Temple yang dibina pada kurun ke-7. Membeli-belah cenderamata dan manisan di laluan pejalan kaki Nakamise Street yang menempatkan lebih 50 buah kedai. Photo stop di Tokyo Skytree yang merupakan menara ke-3 tertinggi di dunia dengan ketinggian 634m. Masa bebas untuk membeli-belah di Akihabara yang terkenal sebagai pusat jualan barangan elektronik dan juga lokasi terkenal bagi peminat anime dan manga mencari koleksi mereka. Tetamu juga akan dibawa melihat dan mengambil foto Tokyo Imperial Palace yang merupakan kediaman rasmi keluarga diraja Jepun dibina pada 1993 di atas tapak istana lama Edo Castle. Seterusnya melawat Ueno Park, taman yang menjadi tumpuan ramai ketika musim cherry blossom. Di sini juga terletaknya Ueno Tosho-gu Shrine yang popular di kalangan pelancong untuk berfoto serta Flame of Hiroshima and Nagasaki Memorial. Seterusmya bersolat Tokyo Mosque yang merupakan masjid yang terbesar di Jepun dibina pada tahun 2000 dengan bentuk senibina Turki. Bersiar-siar dan membeli-belah di Ginza yang merupakan lokasi membeli-belah paling utama di Tokyo dengan pelbagai butik berjenama dan sederhana ada di sini.

Tetamu bebas untuk melakukan aktiviti sendiri seperti berhibur di Disneyland dan Disneysea Tokyo, Sea Life Park, Legoland Discover Center atau menaiki train melawat Odaiba yang terkenal dengan Odaiba Beach dan Rainbow Bridge.

*Tiket masuk tempat-tempat lawatan ini dan pengangkutan tidak termasuk dalam pakej.

Selesai sarapan pagi, tetamu akan bersiap siap untuk ke Lapangan Terbang Narita untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan. 
  • Hotel penginapan 4 malam di hotel 3* dengan sarapan (rujuk senarai hotel yang ditawarkan).
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Perkhidmatan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Aktiviti/lawatan tambahan yang tidak terdapat dalam aturcara program seperti Disneyland, Disneysea Tokyo, Sea Life Park dan Legoland Discover Center.
  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurance kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam waktu perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

Single

RM8,690

RM8,390

Twin/Triple

RM7,690

RM7,390

Child Twin

RM7,690

RM7,390

Child W/Bed

RM7,290

RM6,990

Child No Bed

RM6,490

RM6,190

Untuk pertanyaan lanjut & tempahan

Hari

Pesawat

Sektor

ETD

ETA

01

MH 88

KUL - NRT

2330

0740+1

06

MH 89

NRT - KUL

1020

1645

LOKASI

BIL MLM

NAMA HOTEL

RATING

Mt Fuji

01

Hotel Fuji No Mori atau setaraf

Tokyo

03

otel Henn Na Asakusabashi atau setaraf

Untuk pertanyaan lanjut & tempahan:

Berhubung terus dengan kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

Emy

Senior Customer Service

Feenaz

Customer Service

Wani

Customer Service Assistant

Single

RM8,690

RM8,390

Twin/Triple

RM7,690

RM7,390

Headquarters

Wan Vacation Sdn Bhd
selamatbercuti.com

221-1, Jalan Sarjana,
Taman Connaught,
56000 Kuala Lumpur
03 9132 2884
info@selamatbercuti.com

Putrajaya

Wan Vacation Sdn Bhd
87A, Jalan Diplomatik,
Presint 15,
62050 Putrajaya
03 8893 0084
putrajaya@selamatbercuti.com

Toll Free: 1800 18 2884

Customer Service:
010 285 2884
011 1111 2884
012 963 2884

Tours:
012 269 2884
010 530 2884

Ticketing: 013 500 2884

Marketing: 012 927 2884

Sales: 012 963 2884

Wan Vacation Sdn Bhd (KPL 6811)
Tentang Kami
Pengarah & GM
Lesen Operasi
Kerjay

Private Tour
Request

Please fill in all required information for us to propose the best packages for you