Top
Image Alt

Berlin + Hamburg + Scandinavia

Berlin - Hamburg – Lubeck - Copenhagen – Oslo – Vasteras - Stockholm

Berlin + Hamburg + Scandinavia

RM12790 RM11990 per person
 
Jump over to Tour Program to see what are our day-to-day program or download the PDF to learn even more about the story behind each of the attractions that we pick for you during this trip.
 
Pick the date from the booking form and register yourself into this popular tour package.
Dates: 11 MAR, 04 OCT
 

ADULT TWIN

ADULT SINGLE

CHILD TWIN

CHILD W BED

CHILD NO BED

NORMAL

12 790 15 590 11 890 10 590 9590

WARGA EMAS

12 590 15 390

FIESTA

11 990 14 790 11 090 9790 8790

WE FIESTA

11 890 14 690

0 Reviews
  • Departure Time
    0225
  • Return Time
    0130
  • Included
    3-4* Hotel
    Airport Transfer
    Dinner
    Entrance Fees
    Flight Ticket
    Land Transportation
    Local Tour Guide
    Long Distance Coach
    Meals
    Tour Leader
    Travel Bag
  • Not Included
    Lunch
    Travel Insurance

Tour Plan

1
KUALA LUMPUR – DOHA
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) untuk penerbangan ke Berlin, Jerman melalui Doha.
2
DOHA – BERLIN
Setibanya di Lapangan Terbang Branderburg Berlin, tetamu akan memulakan lawatan di ibu negara Jerman ini dengan melawat monumen-monumen utama diantaranya Brandenburg Gate iaitu simbol perpecahan Berlin dan Jerman semasa Perang Dingin, kini menjadi simbol keamanan dan perpaduan negara, bangunan parlimen The Reichstag, melepasi Victory Column, Berlin Wall Memorial yang didedikasikan pembahagian negara jerman serta photo stop di Berlin Cathedral serta Checkpoint Charlie. Bergambar di Museum Island, salah satu kompleks muzium yang paling terkenal di Eropah dan telah menjadi tapak warisan dunia UNESCO sejak 1999. Tetamu akan dibawa ke McArthurGlen Designer Outlet Berlin dan diberi masa bebas untuk membeli belah jenama terkemuka pilihan sebelum makan malam. Daftar masuk hotel.
3
BERLIN – HAMBURG
Selepas sarapan pagi, tetamu akan bertolak ke Bandar Hamburg serta melawat tarikan utama iaitu kawasan pelabuhannya yang terkenal iaitu Pelabuhan Hamburg. Selain menjadi hab pengangkutan utama, Hamburg telah menjadi salah satu pusat kebudayaan dan komersial yang paling penting di Eropah, serta destinasi pelancongan utama. Melawat ke Muzium Kunsthalle adalah salah satu muzium seni terbesar dan terpenting di Jerman serta bangunan Chilehaus, sebuah bangunan pejabat sepuluh tingkat di Hamburg, Jerman. Ia terletak dalam Daerah Kontorhaus merupakan contoh luar biasa gaya seni bina Brick Expressionism tahun 1920-an. Tidak lupa lawatan ke City Hall Rathaus adalah bangunan parlimen yang mempunyai lebih banyak bilik daripada Istana Buckingham — 647 bilik secara keseluruhan. Tetamu berpeluang berjalan- jalan atau menghirup secawan kopi di deretan café yang terletak bersebelahan city hall tersebut sebelum makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.
4
HAMBURG - LUBECK - PUTTGARDEN - RØDBY
Bersarapan pagi di hotel sebelum bertolak ke kota Lübeck dimana pusat bandarayanya adalah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang paling luas di Jerman. Jangan lupa untuk membeli kek Marzipan sebagai buah tangan ataupun kudapan kerana bandar ini adalah pengeluar utama di Jerman. Teruskan perjalanan ke Puttgarden untuk menaiki ferry menuju ke Rødby,Denmark yang memakan masa selama 1jam. Seterusnya tetamu akan dibawa melihat sendiri kapal asli dan kelengkapan lain yang pernah digunakan pada zaman Viking di Viking Ship Museum. Hanya model kapal Viking di muzium ini sahaja yang mempunyai struktur lengkap berbanding dengan muzium-muzium lain di seluruh Scandinavia. Kemudian berfoto di Kathedral Roskilde yang dibina pada abad ke-12 dan ke-13, ini adalah katedral Gothic pertama Scandinavia yang dibina daripada batu bata yang juga merupakan makam keluarga diraja Denmark sejak abad ke-15. Daftar masuk hotel selepas makan malam di restoran tempatan.
5
COPENHAGEN – OSLO
Seusai sarapan pagi di hotel, memulakan lawatan di Copenhagen, tetamu akan dibawa melawat sekitar kota yang terbesar di benua Scandinavia ini. Antara tarikan utama di sini ialah Kobenhavns Radhus (City Hall) yang dibina pada tahun 1905 dengan sebuah menara jam terletak di tengah-tengah City Hall Square, berfoto di Christiansborg Palace yang merupakan parlimen dan pejabat Perdana Menteri Denmark sejak tahun 1928, Rosenborg Castle yang dahulunya merupakan istana rasmi diraja Denmark dibina pada tahun 1624 dan Little Mermaid Statue yang cukup terkenal sebagai simbolik kepada mitos kewujudan duyung di sini. Bersolat di Grand Mosque Copenhagen sebelum menuju ke pelabuhan untuk menaiki kapal persiaran DFDS Ferry menuju ke ibu kota Norway, Oslo. Makan malam secara buffet dan bermalam di atas kapal.
6
OSLO
Sarapan pagi di dalam kapal. Setibanya di Oslo, tetamu akan dibawa melawat tarikan-tarikan utama di sini seperti Oslo Opera House yang cukup unik binaannya seakan-akan terapung di atas air di mana tetamu juga berpeluang berjalan di atas bumbungnya, Frogner (Vigeland Sculpture) Park yang cukup luas serta terkenal dengan monumen-monumen di sekitarnya seperti The Monolith, Surprised, Angry Boy dan banyak lagi, berfoto di Akershus Fortress yang dahulunya ialah kubu pertahanan kota ini, Nobel Peace Center yang menyimpan cerita penerima-penerima anugerah Nobel sebelum ini dan akhirnya ke Oslo Radhus (City Hall) yang cukup unik dengan menara berkembar setinggi 66m. Tetamu juga boleh mendapatkan cenderamata di sekitar kawasan ini sebelum menuju ke Norway Islamic Cultural Centre untuk bersolat. Menuju ke Bygdoy, sebuah kawasan yang menempatkan pelbagai jenis muzium yang amat menarik setiap satunya. Tetamu akan dibawa menyelami budaya kehidupan masyarakat Norway sejak dari kurun ke-13 di Norsk Folkemuseum yang dibuka sejak dari tahun 1894 lagi. Kawasan yang dipanggil sebagai open-air museum menempatkan lebih 160 jenis bentuk bangunan yang pernah wujud di seluruh Norway yang dipindah masuk ke muzium ini, Makan malam di restoran sebelum daftar masuk hotel.
7
OSLO – VÄSTERÅS
Sarapan pagi di hotel dan memulakan perjalanan jauh dan singgah sebentar di Bandar Karlstad sebuah bandar kecil yang cantik dan lebih dikenali sebagai “Mini Paris”. Bertolak menuju ke Västerås salah satu bandar tertua di Sweden dan mula diduduki semasa zaman Viking Nordic. Peserta akan dibawa bersiar-siar dan menikmati pemandangan indah di sekitar bandar seperti Västerås Cathedral, Karlsgatan 2 dan Vallby Open Air Museum. Makan malam di restoran tempatan sebelum daftar masuk hotel.
8
VÄSTERÅS - STOCKHOLM
Selepas sarapan pagi, bertolak menuju Stockholm. Tetamu akan dibawa melawat ke Stockholm City Hall yang terkenal dengan dewan istiadat yang besar dan unik juga merupakan lokasi makan malam tetamu kehormat Nobel Prize selepas acara penyerahan anugerah tersebut yang diadakan pada 10 Disember setiap tahun. Photo Stop di bangunan Nobel Museum yang menempatkan pelbagai galeri mereka yang pernah dianugerahkan dengan hadiah kehormat ini sebelum masa bebas untuk membeli-belah cenderamata di Vasterlanggatan yang terletak di Old Town Stockholm. Makan malam sebelum daftar masuk hotel.
9
STOCKHOLM
Tetamu akan dibawa ke Drottingholm Castle untuk mengambil gambar sekitar kawasan istana kediaman diraja Sweden pada musim panas yang dibina pada kurun ke-17 ini. Seterusnya tetamu dibawa ke Royal Palace yang merupakan kediaman rasmi keluarga diraja sejak tahun 1760 lagi dan bangunan di sebelahnya iaitu Riksdagshuset yang cukup gah binaannya sebagai tempat parlimen bersidang. Besolat di Stockholm Mosque, masjid terbesar di Stockholm. Kemudian tetamu akan diberi masa bebas untuk berjalan jalan di bandar Stockholm sebelum makan malam di restoran tempatan dan berehat.
10
STOCKHOLM - DOHA
Sarapan pagi di hotel, acara bebas sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Doha.
11
DOHA – KUALA LUMPUR
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1).

Tour Location

Reviews

0.0

Overall 0

Meals 0

Accommodation 0

Transport 0

Destination 0

Value for Money 0

Post a Comment

You don't have permission to register

You cannot copy content of this page