Top
Image Alt

Chiang Mai + Flower Festival + Chiang Rai

Chiang Mai - Mae Sai - Golden Triangle - Mekong River - Chiang Rai

Chiang Mai + Flower Festival + Chiang Rai

RM2490 RM2390 per person
Jump over to Tour Program to see what are our day-to-day program or download the PDF to learn even more about the story behind each of the attractions that we pick for you during this trip.
Pick the date from the booking form and register yourself into this popular tour package.
Dates: 19 FEB 23
ADULT TWIN ADULT SINGLE CHILD TWIN CHILD W BED CHILD NO BED
NORMAL 2490 2890 2490 2290 1990
WARGA EMAS 2840 2440
FIESTA 2390 2790 2390 2190 1890
WE FIESTA 2340 2740

0 Reviews
  • Departure/Return Location
    Kuala Lumpur / Chiang Mai
  • Departure Time
    1245
  • Return Time
    1510
  • Included
    3-4* Hotel
    Airport Transfer
    Dinner
    Flight Ticket
    Land Transportation
    Local Tour Guide
    Long Distance Coach
    Lunch
    Meals
    Tour Leader
  • Not Included
    Entrance Fees
    Travel Bag
    Travel Insurance

Tour Plan

1
KUALA LUMPUR – CHIANG MAI
Bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) ke Chiang Mai. Setelah tiba di Lapangan Terbang Chiang Mai, tetamu akan dibawa bersolat ke Masjid Nurul Chang Phuek yang terletak di Old City. Seterusnya tetamu dibawa melawat kuil yang paling penting dalam daerah Chiangmai iaitu Wat Phra Doi Suthep yang dibina bermula pada tahun 1386. Untuk ke puncak, anda boleh memilih untuk menaiki tangga 300 langkah ataupun tramcar dan melihat pemandangan yang mendamaikan dapat dinikmati dari kompleks kuil. Seterusnya tetamu akan dibawa makan malam di restoran yang menyediakan jamuan tradisional Thailand utara yang asli. Daftar masuk hotel dan tetamu berpeluang mengunjungi Chiangmai Night Bazar yang menjual pelbagai barangan diantaranya cenderahati, pakaian, makanan dan juga lain- lain.
2
CHIANG MAI
Sarapan pagi di hotel, tetamu akan di bawa ke Elephant Camp dan berpeluang untuk melihat persembahan dari gajah-gajah yang di pelihara sambil menunggang gajah melalui jalan kampung. Makan tengah hari sebelum melawat Long Neck Village dimana wanita secara tradisi di perkampungan tersebut mengunakan cincin tembaga sebagai perhiasan di leher mereka. Kemudian tetamu di bawa melawat ke Ostrich & Butterfly Farm dan membeli-belah barangan tempatan di Warorot Market seperti makanan tradisional tempatan, pakaian dan juga lain-lain. Makan malam dan berehat di hotel.
3
CHIANG MAI - CHIANG RAI
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Tetamu akan di bawa untuk menyaksikan Pesta Bunga Chiang Mai yang telah berlangsung selama lebih 40 tahun dengan menampilkan perarakan kereta vintaj berhias, dekorasi bunga yang dihias indah serta ratusan peserta memakai pelbagai kostum berwarna – warni. Singgah sebentar di Imsook Vineyard untuk melihat ladang anggur secara dekat di Chiang Mai sebelum meneruskan perjalanan ke Chiangrai. Tetamu berpeluang menghilangkan penat dengan merendam kaki di Doi Saket Hot Spring. Setibanya di Chiang Rai tetamu akan di bawa untuk bergambar di hadapan White Temple atau dikenali sebagai Wat Rong Khun. Makan malam dan daftar masuk hotel.
4
CHIANG RAI - CHIANG MAI
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Tetamu akan dibawa melawat Blue Temple ataupun dikenali Temple of Dancing Tigers yang terkenal dengan warna biru nilam dimana dinding, bumbung dan patung diliputi dengan warna yang cantik ini. Berjalan- jalan di Singha Park mengunakan tram sebelum bertolak ke sempadan Thailand – Myanmar. Setelah tiba, tetamu berpeluang untuk menaiki sampan merentasi Sungai Mekong untuk ke Golden Triangle yang merupakan sempadan bagi 3 negara iaitu Thailand, Myanmar dan Laos. Kemudian bertolak semula ke Chiangmai sebelum makan malam dan daftar masuk hotel.
5
CHIANG MAI – KUALA LUMPUR
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel, tetamu akan di bawa untuk melawat sekitar bandar Chiang Mai dan bergambar di 3 Kings Monument sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Tour Location

Reviews

0.0

Overall 0

Meals 0

Accommodation 0

Transport 0

Destination 0

Value for Money 0

Post a Comment

You don't have permission to register

You cannot copy content of this page