Top
Image Alt

Da Lat + Na Trang

Da Lat - Na Trang

Da Lat + Na Trang

RM2290 RM2190 per person
Pick the date from the booking form and register yourself into this popular tour package.
Dates: 01 FEB 23

 

ADULT TWIN ADULT SINGLE CHILD TWIN CHILD W BED CHILD NO BED
NORMAL 2290 2590 2290 1990 1790
WARGA EMAS 2240 2540
FIESTA 2190 2490 2190 1890 1690
WE FIESTA 2140 2440

0 Reviews
  • Departure Time
    1100
  • Return Time
    1205
  • Included
    3-4* Hotel
    Airport Transfer
    Dinner
    Entrance Fees
    Flight Ticket
    Land Transportation
    Local Tour Guide
    Long Distance Coach
    Lunch
    Meals
    Tour Leader
  • Not Included
    Travel Bag
    Travel Insurance

Tour Plan

1
KUALA LUMPUR – DA LAT
Bertolak dari Kuala Lumpur untuk penerbangan ke Dalat. Dijemput oleh pemandu pelancong di Lapangan Terbang Lien Khuong. Tetamu akan dibawa makan tengahari di restoran tempatan sebelum ke Bao Dai Summer Palace dimana Raja Bao Dai mengunakan istana tersebut sebagai tempat tinggal keuarga dan bekerja ketika melawat bandar tersebut. Meneruskan sesi lawatan ke Crazy House ataupun dikenali rumah fairytale, sebuah bangunan unik yang menyerupai pokok banyan dihasilkan dari imaginasi arkitek tersebut. Singgah ke Old Train Station merupakan stesen keretapi tertua di Vietnam dan Indochina yang dibina pada tahun 1932. Meluangkan masa di Lam Vien Square juga dikenali sebagai Dalat Square terletak menghadap Tasik Xuan Hong. Lokasi paling popular untuk bergambar adalah didepan 2 bangunan panel kaca berwarna – warni berbentuk bunga gergasi. Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel sebelum tetamu diberi masa bebas di Dalat Night Market iaitu pasar malam yang dikunjungi oleh penduduk tempatan serta pelancong luar negara. Anda juga boleh membeli cenderahati disini dengan harga berpatutan.
2
DA LAT
Sarapan pagi di hotel sebelum bertolak menuju ke Air Terjun Datanla salah satu tarikan utama pelancong yang terletak kira-kira 10-kilometer dari pusat bandar. Air terjun ini berketinggian lebih 20 meter di tengah-tengah Prenn Pass. Peserta juga dapat merasai keseronokan menaiki alpine coaster meredah denai sepanjang 2400- meter terpanjang di Asia Tenggara. Teruskan sesi lawatan ke Truc Lam Zen Monastery merupakan pagoda terbesar di Dalat yang tersembunyi di kawasan pergunungan serta hutan kira-kira 7-kilometer dari bandar. Tetamu akan menaiki cable car untuk menuju ke puncak dimana terletaknya pagoda dan akan menikmati pemandangan indah tasik Tuyen Lam dan hutan pine. Pelajari cara-cara pemprosesan membuat kopi luwak di Dalat Coffee Plantation. Makan tengahari di restoran halal tempatan sebelum meneruskan aktiviti ke lokasi popular yang menjadi trend Instagram photo iaitu Stairway to Heaven. Jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar di Hydrangeas Garden iaitu taman bunga hydrangeas terbesar di dalat dan Sunflower Field. Lokasi seterusnya adalah Trai Mat Market dimana tetamu boleh melihat dengan lebih dekat bagaimana kehidupan seharian masyarakat disana serta berpeluang membeli barangan tempatan disana. Bertolak balik ke pusat bandar dimana tetamu akan di bawa membeli belah telekung, baju kurung dan jubah di Dalat Central Market. Makan malam sebelum berehat di hotel.
3
DA LAT – NA TRANG
Sarapan pagi di hotel sebelum bertolak ke bandar Nha Thrang yang terletak kira -kira 4jam perjalanan dari Dalat. Setibanya disana tetamu akan dibawa melawat ke Champa Ponagar Tower iaitu Cham Temple yang dibina pada antara kurun 8 dan 11 oleh oleh masyarakat cham. Seterusnya ke Hon Chong Stone sangat popular dengan pantai dan batu-batuan yang sangat cantik. Pengunjung boleh menimati pemandangan di Hon Chong Beach di atas batu dengan hanya duduk atau berjalan-jalan dan menikmati pemandangan semula jadi dan nyaman. Membeli belah di Dam Market dimana bangunan beli belah terbesar di Nha thrang menyediakan pelbagai barangan yang boleh dibeli seperti pakaian, kudapan untuk dibawa balik sebagai cenderahati. Makan malam di restoran tempatan sebelum daftar masuk hotel. Masa bebas untuk tetamu untuk meneroka bandar Nha Trang secara sendiri.
4
NA TRANG
Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke ke Jeti Cau Da untuk menaiki speed boat bagi menikmati keindahan panoramic Teluk Nha Trang yang merupakan diantara salah satu 29 teluk tercantik di dunia. Persinggahan pertama adalah Coral Bay 1 yang terletak di Pulau Mot merupakan kawasan pemuliharaan spesies karang dan marin terbesar di Vietnam hari ini dengan lebih 350 jenis karang dan 230 jenis ikan. Tetamu boleh melakukan aktiviti sukan air seperti berenang, snorkeling, jet ski berkayak dengan perbelanjaan sendiri. Singgah ke Fishing Village untuk melihat aktiviti harian nelayan tempatan. Makan tengahari di restoran makanan laut tempatan dan seterusnya berjalan -jalan menikmati pemandangan sekitar. Pulang ke pusat bandar dan tetamu diberi masa bebas untuk membeli belah di Pasar Malam Nha Thrang atau berjalan - jalan di bandar Nha Trang. Makan malam di restoran tempatan dan berehat di hotel.
5
NA TRANG – KUALA LUMPUR
Sarapan pagi di hotel dan masa bebas sebelum daftar keluar hotel bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Tour Location

Reviews

0.0

Overall 0

Meals 0

Accommodation 0

Transport 0

Destination 0

Value for Money 0

Post a Comment

You don't have permission to register

You cannot copy content of this page