Top
Image Alt

Eksotika Kerala + Houseboat

Cochin - Munnar - Thekkedy - Periyar Wildlife Sanctuary - Alleppey (Overnight Houseboat)

Eksotika Kerala + Houseboat

RM4590 RM4390 per person
 
Jump over to Tour Program to see what are our day-to-day program or download the PDF to learn even more about the story behind each of the attractions that we pick for you during this trip.
 
Pick the date from the booking form and register yourself into this popular tour package.
Dates: 19 FEB 23
 

ADULT TWIN

ADULT SINGLE

CHILD TWIN

CHILD W BED

CHILD NO BED

NORMAL

4590 5790 4590 4290 3690

WARGA EMAS

4490 5690

FIESTA

4390 5590 4390 4090 3190

WE FIESTA

4340 5540

0 Reviews
  • Departure/Return Location
    Kuala Lumpur / Cochin
  • Departure Time
    2205
  • Return Time
    0020
  • Included
    3-4* Hotel
    Airport Transfer
    Dinner
    Entrance Fees
    Flight Ticket
    Land Transportation
    Local Tour Guide
    Long Distance Coach
    Lunch
    Meals
    Tour Leader
  • Not Included
    Travel Bag
    Travel Insurance

Tour Plan

1
KUALA LUMPUR – COCHIN
Bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk penerbangan ke Cochin, India. Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Cochin, peserta akan dibawa ke hotel untuk daftar masuk dan berehat
2
KOCHI – MUNNAR
Selepas sarapan pagi di hotel, daftar keluar hotel menuju ke Munnar - sebuah bandar yang terletak di atas Banjaran Ghat Barat pada ketinggian 1,600m dari aras laut. Keindahan Munnar yang diberi jolokan “Kashmir of ISouth India” dapat dinikmati sepanjang perjalanan dengan pemandangan hijau ladang teh. Singgah sebentar di Air Terjun Cheeyappara yang terletak di Lebuh Raya Kochi-Madurai di daerah Idukki. Saliran air yang mengalir menuruni tujuh tingkat gunung berbatu itu memberikan pemandangan yang indah. Manakala Air Terjun Valara pula terkenal dengan kehijauan yang subur mengelilinginya dan merupakan lokasi pilihan untuk penduduk tempatan berkelah. Setibanya di Munnar, makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.
3
MUNNAR
Sarapan pagi di hotel, lawatan sepanjang hari di Bandar Munnar ini dimulakan dengan kunjungan ke Taman Negara Eravikulam**, yang dikenali sebagai Rajamala. Ia terletak di puncak tertinggi India Selatan Anamudi dan merupakan habitat dan tempat perlindungan kambing gunung Nilgiri Thar. Makan tengahari di restoran tempatan dan meneruskan lawatan ke Empangan Mattupetty dan Empangan Kundala yang terkenal dengan empangan yang dikelilingi tasik yang cantik dengan lembah hijau. Kemudian berpatah balik ke pusat bandar untuk melawat Rose Garden, anda boleh melihat beberapa spesies bunga mawar yang unik, pelbagai jenis tumbuhan berbunga, buahan bermusim dan banyak lagi. Berjalan - jalan di Pasar Munnar dimana anda boleh membeli rempah ratus dengan harga yang berbaloi. Makan malam dan berehat di hotel. ** digantikan dengan Kathakali Dance Show kerana national park ditutup pada Feb – April untuk calving season.
4
MUNNAR - THEKKEDY
Daftar keluar hotel setelah sarapan pagi menuju ke Thekkady kira -kira 3 jam perjalanan merupakan salah satu tempat perlindungan hidupan liar utama India, terbentang di atas kawasan seluas 777km persegi kaya dengan pelbagai flora dan fauna. Sepanjang perjalanan, anda akan terpukau dengan pemandangan ladang teh, buah pelaga, lada hitam dan putih, cengkih serta kayu manis. Setibanya disini, tetamu akan dibawa melawat Periyar Wildlife Sanctuary yang menjadi tarikan utama para pelancong ke Thekkady. Di sini anda dapat melihat pelbagai jenis hidupan liar seperti gajah, rusa sambar, harimau dan banyak lagi. Luangkan masa untuk mengambil bahagian dalam aktiviti seperti menaiki gajah, lawatan ke ladang rempah, 'jungle trekking' atau hanya mencuci mata dengan keindahan alam semulajadi di sini. Makan malam sebelum daftar masuk hotel.
5
THEKKEDY – ALLEPPEY
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Bertolak menuju ke Alleppey yang dikenali sebagai 'Venice of the East' kerana sebahagian besar daerah Alleppey terletak di dalam kawasan dan jaringan 'backwater' utama di Kerala. Sepanjang perjalanan tetamu akan dapat melihat deretan houseboat di sepanjang sungai. Senibina dan rekabentuk houseboat di sini diolah dari ciri dan rekabentuk bot 'Kettuvallams' yang mana suatu ketika dahulu digunakan untuk mengangkut rempah ratus dan beras untuk rakyat tempatan. Setibanya di Alleppey, tetamu akan dibawa daftar masuk ke Traditional Houseboat serta dibawa belayar sepanjang perairan Alleppey yang terkenal dengan perairan tenang dan juga pemandangan yang menyamankan dari perkampungan, sawah padi, kelapa sawit, nelayan dan kehidupan tempatan. Makan tengahari dan makan malam akan disediakan oleh tukang masak di dalam houseboat. Bermalam di houseboat.
6
ALLEPPEY – COCHIN
Selepas sarapan pagi, daftar keluar hotel bertolak semula ke Kochin. Setibanya disini, anda akan dibawa untuk lawatan bandar dengan melawat Istana Belanda, Rumah Ibadat Jewish, Jalan Jews, Gereja St. Francis, “Chinese Fishing Net” dan Muzium Indo-Portugis. Kemudian, anda mempunyai masa untuk membeli-belah sehingga waktu yang ditetapkan. Selepas itu, bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Cochin untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
7
COCHIN – KUALA LUMPUR
Tiba dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Tour Location

Reviews

0.0

Overall 0

Meals 0

Accommodation 0

Transport 0

Destination 0

Value for Money 0

Post a Comment

You don't have permission to register

You cannot copy content of this page