Top
Image Alt

Eropah Tengah 5 Negara

Vienna – Bratislava – Budapest -Hallstat – Munich – Karlovy Vary - Prague

Eropah Tengah 5 Negara

per person
11H8M
0 Reviews
  • Included
    Accommodation
    Dinner
    Flight Ticket
  • Not Included
    Entrance Fees
    Land Transport
    Local Tour Guide
    Lunch
    Tour Leader/Escort
    Travel Insurance

Tour Plan

1
KUALA LUMPUR – SHARJAH – VIENNA
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Vienna melalui Sharjah. Sebaik tiba di Vienna, tetamu akan dibawa ke restotna untuk makan malam dan daftar masuk ke hotel.
2
VIENNA
Usai bersarapan pagi di hotel, tetamu akan bertolak menuju ke ibu kota Austria iaitu Vienna yang gah dengan sejarah kerajaan Austria-hungary empayar Hofburg. Sejurus tiba, tetamu akan dibawa melawat sekitar kawasan taman istana Schonbrunn Palace yang maha luas dan saujana mata memandang. Seterusnya melawat sekitar kawasan pentadbiran negara ini antaranya ialah Hofburg Palace yang merupakan kediaman rasmi dan pejabat Presiden Austria yang dahulunya kediaman keluarga diraja Hofburg, Maria Theresa Statue yang terletak di Maria-Theresien-Platz sambil diapit oleh 2 bangunan medieval Natural History Museum dan Art History Museum dan akhirnya ke Wiener Rathaus yang merupakan bangunan pejabat pentadbiran datuk bandar ini yang cukup Gothic rekaannya. Bersolat di Vienna Islamic Centre, masjid terbesar di Austria yang dibina oleh Raja Faisal dari Arab Saudi pada tahun 1975 sebelum diberi masa bebas di Stephansplatz dan Karntnerstrasse untuk membeli-belah di butik berjenama terkenal seperti Bucherer dan Swarovski serta berpeluang merasai pengalaman menaiki kereta kuda dengan biaya sendiri di St. Stephen’s Cathedral. Sekiranya masa mengizinkan, tetamu akan dibawa melawat ke Hundertwasser “Kalke” Village, rumah binaan seorang artis bernama Hundertwasser yang terkenal kerana tidak menggunakan prinsip garisan lurus dan merupakan tempat yang cukup menarik untuk bergambar dan membeli cenderamata. Seterusnya tetamu akan dibawa makan malam di restoran dan kembali hotel.
3
VIENNA – BRATISLAVA - BUDAPEST
Selepas sarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa melawat Bratislava Castle di mana tetamu berpeluang untuk berfoto di dalam kawasan taman istana ini dengan pemandangan menakjubkan kawasan sempadan 3 negara iaitu Slovakia, Austria dan Hungary. Di sebelahnya pula tersergam bangunan National Council yang menjadi tempat ahli parlimen negara ini bersidang. Melepasi bangunan Grassalkovich Palace yang merupakan istana kediaman Presiden Bratislava dan bersiar-siar di Old Town yang popular dengan kepelbagaian seni bina bangunannya seperti Opera House dan arca-arca patung gangsa. Perjalanan diteruskan ke ibu kota negara Hungary, Budapest yang terdiri dari 2 bahagian bandar iaitu Buda dan Pest. Kota ini sering dijadikan lokasi penggambaran filem Hollywood kerana keindahan kotanya seperti Mission Impossible, James Bond dan Hercules. Setibanya di Budapest, Akhirnya, tetamu akan diberi peluang menikmati pemandangan indah Buda dan Pest dari Danube River dengan menaiki Duna Bella Cruise tanpa sebarang bayaran tambahan lagi. Selepas itu tetamu akan dibawa ke restoran untuk makan malam seterusnya daftar masuk ke hotel.
4
BUDAPEST - GRAZ
Sarapan pagi di hotel dan memulakan lawatan di bandar yang cukup terkenal dengan kekayaan sejarah dan budaya ini. Tetamu akan dapat menikmati pemandangan panorama indah kota ini dari atas bukit Gellert Hill sambil melawat Citadel yang merupakan kota pertahanan dan juga simbol penyatuan rakyat Hungary di bawah pemerintahan komunis. Melawat Heroes Square di tengah kota yang menempatkan Millennium Monument dan arca patung-patung pemerintah terdahulu Hungary sejak dari zaman Han. Berfoto di bangunan yang menjadi ikon kota ini iaitu Hungarian Parliament Building yang siap dibina pada tahun 1904 dengan rekabentuk yang cukup menakjubkan dan kekal sebagai bangunan paling besar di Hungary. Juga melawati Buda Castle yang dibina pada abad ke-14 dan pernah menjadi kediaman pemerintah kota ini zaman Medieval dan Uthmaniyyah. Bertolak ke Graz, yang merupakan bandar kelahiran aktor terkenal Arnold Schwarzenegger. Tiba di Graz, makan malam dan bertolak ke hotel untuk daftar masuk.
5
GRAZ – HALSTATT- SALZBURG
Selepas sarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa melawat sekitar bandar Graz (Graz Old Town). Antara daya tarikan di sini ialah Schlossberg – sebuah kubu yang terletak di atas bukit di tengah tengah bandar Graz, Clock Tower dan The Landhaus & Courtyard – sebuah bangunan bercirikan senibina zaman Renaissance. Selepas selesai, kemudian bertolak ke Hallstatt, juga dikenal sebagai “kota garam” yang tertua di dunia. Di sini terletaknya tasik yang sangat cantik, dan diiktiraf oleh UNESCO World Heritage. Tetamu berpeluang menaiki keretapi funikular untuk sampai ke Welterbeblick Skywalk yang menawarkan pemandangan unik Lake Hallstatt yang terbentang luas dan panorama gunung yang mengagumkan di sekelilingnya. Pasti pelbagai foto dan selfie menarik akan dapat dirakamkan di sini untuk dibawa pulang sebagai kenangan. Setelah puas di sini, tetamu akan turun semula untuk di bawa pula ke Old Town Hallstatt dan Market Square bersebelahan tasik tersebut untuk melihat perkampungannya dan juga membeli cenderahati dan barangan tempatan untuk dibawa pulang. Sambil itu, jangan melepaskan peluang untuk bergambar dengan pemandangan dan bangunan di sekitarnya kerana Hallstatt merupakan bandar paling cantik di Austria. Bertolak ke Salzburg, makan malam dan daftar masuk ke hotel.
6
SALZBURG – SCHWANGAU - MUNICH
Selepas bersarapan pagi di hotel, bertolak menuju ke daerah Schwangau yang menempatkan 2 buah istana rehat musim panas keluarga diraja Bavaria zaman medieval iaitu Hohenschwangau Castle dan Neuschwanstein Castle. Tetamu akan dibawa masuk melawat ke Neuschwanstein Castle yang terletak di atas bukit dan keindahan seni bina istana ini telah menjadi sumber ilham kepada rekabentuk Sleeping Beauty Castle di Disneyland. Tetamu akan berpeluang melihat ruang makan, kamar dan dewan diraja yang dipenuhi dengan ukiran-ukiran yang hebat. Berdekatan dengan istana ini terletaknya Marien Bridge, sebuah jambatan gantung yang merupakan lokasi terbaik untuk melihat pemandangan penuh Neuschwanstein Castle yang menakjubkan. Selepas itu menuju ke bandar Munich, makan malam dan daftar masuk ke hotel.
7
MUNICH - KARLOVY VARY
Sarapan pagi di hotel. Kemudian lawatan diteruskan ke sekitar kota Munich. Antara yang menjadi tumpuan ialah National Theatre; rumah opera yang telah beroperasi selama 350 tahun dan terkenal dengan interior yang cukup mempesonakan, Old Town Hall yang terletak di Marienplatz iaitu pejabat pentadbiran bandaraya ini yang dibina pada 1470 dan Glockenspiel iaitu sebuah menara jam yang mempunyai sejumlah 32 patung dan 43 loceng yang menari dan beraksi menyampaikan kisah-kisah sejarah yang berlaku di kota Munich yang terletak di New Town Hall yang bereka bentuk Gothic. Betolak ke Karlovy Vary. TIbe di sana, waktu bebas sebelum makan malam.
8
KARLOVY VARY - PRAGUE
Sarapan pagi di hotel dan memulakan lawatan di bandar Karlovy Vary dengan Grandhotel Pupp; hotel mewah bertaraf 5 bintang yang gah dibina pada tahun 1701 yang turut digunakan sebagai lokasi penggambaran siri James Bond Casino Royale, Hot Spring Colonnades; pusat utama kolam pancutan air panas semula jadi setinggi 12 meteryang mana tetamu berpeluang merendam kaki untuk merasai kehangatan air panas ini, berfoto di hadapan Main Post Office yang dibina pada 1900, Elizabeth Bath iaitu sebuah pusat spa yang terkenal kerana senibina Pseudo-Baroque yang menyerupai sebuah istana dan Smetana Park di sekelilingnya. Seterusnya meneruskan perjalanan ke kota yang cukup terkenal dengan gelaran Heart of Europe iaitu Prague, ibu negara Republik Czech. Sejurus tiba di sana, bersolat di Prague Mosque dan kemudian tetamu akan diberi masa bebas untuk membeli-belah dan bersiar-siar di Wenceslas Square yang meriah dengan kafe, restoran, kedai cenderamata terutamanya berasaskan kaca Bohemian Glass. Tetamu juga berpeluang berfoto di pusat membeli-belah Koruna Palace yang terkenal bumbung panel kacanya yang berwarna-warni. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.
9
PRAGUE – SHARJAH
Menikmati sarapan pagi di hotel. Lawatan di kota Prague dimulakan dengan melawat antara kompleks istana yang terbesar di dunia, Prague Castle yang dibina pada kurun ke-9 yang kini masih digunakan sebagai kediaman dan pejabat rasmi Presiden Republik Czech. Di dalam kompleks ini, tetamu akan dibawa melawat St. Vitus Cathedral, Old Royal Palace yang pernah menjadi tempat raja ditabalkan, St. George's Basilica, Golden Lane yang meriah dengan rumah berwarna-warni milik tukang-tukang tempa emas dan Daliborka Tower yang dahulunya digunakan sebagai menara tinjau kawalan dan penjara. Seterusnya, tetamu akan menyusuri jambatan Charles Bridge yang merupakan mercu tanda signifikan yang mesti dilawati oleh setiap pelancong yang datang ke Prague menuju ke kawasan Old Town di mana tetamu berpeluang berfoto di menara jam Astronomical Clock yang unik sedari tahun 1410 lagi, Jan Hus Memorial yang diukir pada tahun 1910 sebagai memperingati jasa wira itu 500 tahun yang lampau dan juga Old Town Hall yang sungguh unik binaannya. Masa bebas untuk bersiar-siar atau membeli-belah barangan cenderamata di sini sebelum bertolak menuju lapangan terbang untuk penerbangan pulang.
10
SHARJAH- KUALA LUMPUR
Transit di Sharjah sebelum meneruskan penerbangan kembali ke Kuala Lumpur
11
KUALA LUMPUR
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Tour Location

Reviews

0.0

Overall 0

Meals 0

Accommodation 0

Transport 0

Destination 0

Value for Money 0

Post a Comment

You don't have permission to register

You cannot copy content of this page