Top
Image Alt

Jelajah Eropah 6 Negara

London - Paris - Brussels - Amsterdam - Frankfurt - Zurich

Jelajah Eropah 6 Negara

RM9590 RM8890 per person
This is probably the most popular and familiar package to Europe combining the very iconic cities in one journey of 9 nights across Europe.
Begin your journey in London (for some of us, it’s returning to hometown), before begins the exploration to other cities in mainland Europe. Take the must-have selfie in Paris with Eiffel Tower in the background, visit the famous windmill village in Amsterdam, stop by at cuckoo clock ‘hometown’, experience the Swiss Alps in Switzerland – bucket list, checked!
 
Jump over to Tour Program to see what are our day-to-day program or download the PDF to learn even more about the story behind each of the attractions that we pick for you during this trip.
 
Pick the date from the booking form and register yourself into this popular tour package.
Dates: 1 NOV,  4 NOV*, 7 NOV**

 

 

ADULT TWIN

ADULT SINGLE

CHILD TWIN

CHILD W BED

CHILD NO BED

NORMAL

9390

11690

8490

7690

6290

WARGA EMAS

9190

11490

FIESTA

8890

11090

7890

6590

6090

WE FIESTA

8790

10990

*Surcharge RM300 **Surcharge RM200

 

0 Reviews
  • Departure/Return Location
    KL - London - Paris - Brussels - Amsterdam - Frankfurt - Zurich - KL
  • Departure Time
    Pre-departure briefing starts 3 hours before flight
  • Dress Code
    Warm jacket is highly recommended as winter weather can be chilly.
  • Included
    Accommodation
    Dinner
    Entrance Fees
    Flight Ticket
    Land Transport
    Tour Leader/Escort
  • Not Included
    Local Tour Guide
    Lunch
    Travel Insurance

Tour Plan

1
KUALA LUMPUR - ABU DHABI

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke London melalui Abu Dhabi.

2
ABU DHABI - LONDON - BICESTER VILLAGE

Setibanya di Lapangan Terbang Heathrow London, tetamu akan dibawa membeli-belah di Bicester Village yang menempatkan pelbagai jenama barangan terkenal seperti Dior, Dolce & Gabbana, Prada dan Swarovski pada harga diskaun yang cukup menakjubkan. Meneruskan sesi beli belah di London Designer Outlet yang menawarkan jenama pakaian high street seperti Levi’s, Asics, GAP, H&M pada harga yang menjimatkan. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

3
LONDON

Sarapan pagi di hotel dan memulakan lawatan di kota London ke Buckhingham Palace, istana kediaman rasmi Ratu England di mana tetamu berpeluang melihat upacara pertukaran pengawal. Berjalan melalui London City Hall suatu kawasan yang unik dan terbaik untuk melihat pemandangan dan mengambil foto muzium kapal HMS Belfast, jambatan menara terkenal Tower Bridge yang boleh dinaikkan untuk membenarkan kapal melepasinya dan Tower of London, istana yang menyimpan takhta dan permata mahkota Ratu England. Melawat Westminster Abbey, gereja yang menyaksikan perkahwinan epik Putera William dan Kate Middleton, House of Parliament yang menempatkan sejarah dan kisah politik, serta lukisan dan karya seni yang mengagumkan. Seterusnya tetamu akan dibawa ke ikon kota London iaitu Big Ben (atau nama rasminya Elizabeth Tower), iaitu menara jam yang dibina pada 1859, Trafalgar Square, dataran yang dinamakan sempena kemenangan tentera laut British dalam Perang Napoleon, dan melepasi Downing Street yang dikawal rapi, di mana terletaknya kediaman dan pejabat rasmi Perdana Menteri UK. Selesai lawatan di kota London, tetamu akan dibawa bersolat di London Central Mosque. Masa bebas untuk bersiar-siar di Oxford Street yang mempunyai lebih 300 kedai di sepanjang jalan seperti Adidas, Primark, Dr. Martens dan sebagainya. Makan malam dan pulang ke hotel.

4
LONDON - DOVER - CALAIS - PARIS

Setelah sarapan pagi di hotel, bertolak ke pelabuhan Dover untuk menaiki feri ke Calais, Perancis merentasi Selat Inggeris. Tiba di Calais, bertolak ke Paris dengan perjalanan kira-kira 4 jam 30 minit. Setibanya di Paris, tetamu akan dibawa membeli belah di Galeries Lafayette, syurga pakaian dan hub fesyen haute couture dengan struktur kubah dan binaannya yang moden dan memukau. Selesai membeli-belah, tetamu makan malam sebelum daftar masuk hotel.

5
PARIS

Sarapan di hotel dan memulakan lawatan di kota metropolitan kedua terbesar di Eropah ini dengan Notre-Dame Cathedral, salah satu gereja terkenal di seantero dunia dengan seni bina Gothic Perancis yang sangat halus. Seterusnya tetamu akan dibawa melihat Louvre Museum, muzium paling besar di dunia yang terkenal dengan rekabentuk piramid kaca, Les Invalides, di mana makam Napoleon Bonaparte disimpan, Palais Garnier iaitu Opera House yang pernah digunakan sebagai lokasi penggambaran filem The Phantom of The Opera, dan tidak terkecuali Arc de Triomphe, yang terletak di hujung barat Champs-Elysees sebagai penghormatan kepada mereka yang berjuang sewaktu Perang Napoleon. Melawat Place de la Concorde, dataran dengan struktur binaan bercirikan gaya Louis Quinze, dan taman terbuka Trocadero Square yang merupakan tempat terbaik untuk mengambil gambar Eiffel Tower sebelum bergambar di Eiffel Tower (tiket tidak termasuk dalam pakej) yang dibina pada tahun 1889 World’s Fair setinggi 324m. Bersolat di Grand Mosque Paris sebelum aktiviti bebas di Avenue des Champs-Elysees di mana tetamu boleh bersiar-siar di jalan yang dianggap tercantik di dunia atau membeli-belah di butik mewah seperti Louis Vuitton, Mont-Blanc dan Chanel. Makan malam dan pulang ke hotel.

6
PARIS - BRUSSELS - AMSTERDAM

Selepas bersarapan, tetamu bertolak menuju ke ibu kota Belgium yang terkenal dengan coklat, Brussels dengan perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam. Sejurus tiba di Brussel, tetamu akan dibawa melawat Atomium, sebuah menara yang mempunyai 9 sfera yang dihubungkan berbentuk seunit atom, Grand Place, dataran tercantik di Eropah yang dikelilingi oleh Dewan Bandar, Balai Kota Brussel dan Maison du Roi (Rumah Roti), serta ikon terpenting kota Brussels Manneken Pis, iaitu arca seorang kanak-kanak lelaki yang membuang air kecil ke dalam kolam air pancut. Selesai lawatan di Brussel, bertolak ke Amsterdam, makan malam dan daftar masuk hotel.

7
AMSTERDAM - ZAANSE SCHANS

Tetamu menikmati sarapan pagi di hotel. Lawatan dimulakan dengan Zaanse Schans, kawasan perkampungan lama di utara Holland. Ia adalah lokasi kincir angin yang sinonim dengan ikon negara Belanda dan rumah-rumah lama dari kurun ke 18 dan 19 yang dipulihara dan dikekalkan ciri-ciri antiknya. Tetamu berpeluang merasai pelbagai jenis keju antara yang terbaik di dunia di Catharina Hoeve Cheese Farm, Bakery Museum yang masih beroperasi dan menghasilkan produk berasaskan pastri dan Clog Workshop iaitu bengkel membuat terompah kayu yang popular di Belanda selama 700 tahun. Pulang ke Amsterdam dan singgah di Fatih Mosque untuk menunaikan solat, sebelum menuju ke Gassan Diamonds di mana tetamu akan diterangkan mengenai proses penghasilan berlian. Seterusnya, rasai pengalaman unik menaiki Canal Cruise menyusuri terusan di Amsterdam dan melihat rumah bot, bangunan bersejarah dan tinggalan benteng pertahanan dari Zaman Pertengahan. Acara bebas di Damrak Square di mana tetamu boleh berfoto di hadapan Royal Palace, salah satu daripada tiga istana di Belanda yang pernah didiami oleh Raja Louis Bonaparte dan National Monument iaitu tugu peringatan yang dibina sempena Perang Dunia Kedua, bersiar-bersiar di kawasan sekitar atau membeli-belah di Kalverstraat sebelum makan malam di restoran dan pulang ke hotel.

8
AMSTERDAM - COLOGNE - FRANKFURT

Selepas bersarapan, tetamu berangkat ke Cologne, bandar tertua di Jerman dengan perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam 30 minit. Tiba di Cologne, tetamu akan melawat Cologne Cathedral iaitu gereja Roman Katolik dengan seni bina Gothic. Kemudian, tetamu akan dibawa menunaikan solat di masjid yang terbesar di Eropah, Cologne Central Mosque yang baru sahaja siap pada tahun 2017 sebelum bertolak ke Frankfurt. Di sana nanti, tetamu akan dibawa melawat mercu tanda popular di sekitar dataran Romerberg. Tetamu akan berpeluang untuk berfoto di The Romer iaitu dewan bandaraya yang telah wujud sejak tahun 1405 lagi dan pernah menjadi istana singgah Raja Bavaria zaman dahulukala, St. Paul Church iaitu sebuah gereja yang pernah menjadi lokasi parlimen Jerman pertama kali bersidang selepas era Perang Dunia ke-2, jambatan Bridge of Sigh yang dibina seperti jambatan asal di Venice dan juga Fountain of Justice, kawasan kolam air pancur yang pernah menjadi lokasi di mana Raja Bavaria menjalankan perbicaraan. Makan malam dan daftar masuk hotel.

9
FRANKFURT - LAKE TITISEE - RHEINFALL - ZURICH

Sarapan di hotel dan bertolak menuju ke Titisee yang terletak di kawasan pergunungan Black Forest. Sejurus tiba di sana, tetamu akan melawat Drubba Cuckoo Clock di mana tetamu berpeluang melihat demonstrasi proses pembuatan jam kayu ikonik ini dan juga membelinya. Selain itu, pemandangan Tasik Titisee di sini cukup indah. Bertolak ke Schaffhausen, kota di utara Switzerland untuk melawat kawasan air terjun terbesar di Eropah iaitu Rhine Falls yang setinggi 75 kaki dan dianggarkan berusia 15,000 tahun. Tetamu pastinya tidak akan melepaskan peluang menikmati pemandangan air terjun selebar 150m ini yang dikelilingi dengan bangunan Worth Castle dan Laufen Castle di sekitarnya. Bertolak ke Zurich, bandar terbesar di Switzerland dan makan malam sebelum daftar masuk hotel.

10
ZURICH – LUCERNE – MT. TITLIS - ZURICH

Tetamu bersarapan pagi di hotel. Bertolak ke Lucerne untuk melawat Lion Monument atau dikenali dengan gelaran Lion of Lucerne, yang merupakan singa yang diukir di atas batu untuk memperingati tentera Swiss yang terbunuh semasa Revolusi Perancis dan Chapel Bridge, mercu tanda utama Lucerne iaitu jambatan pejalan kaki yang terbina daripada kayu dan mempunyai lukisan di siling yang seawal dari kurun ke-17. Masa bebas untuk membeli-belah di Bucherer, butik terkenal yang menjual pelbagai jam tangan terkenal di dunia terutamanya Rolex dan jam buatan Swiss, dan juga membeli-belah barangan coklat dan cenderamata seperti Swiss Army Knives di butik Casa Grande. Kemudian, tetamu akan dibawa menuju ke Stesen Kereta Kabel Engelberg untuk merasai pengalaman di puncak Mt. Titlis yang diliputi salji sepanjang tahun. Tetamu bebas berpeluang untuk berfoto, menaiki Cliff Walk jambatan gantung tertinggi di Eropah dan menerokai Glacier Cave yang memukau. Bertolak pulang ke Zurich untuk makan malam di restoran dan kemudian pulang ke hotel.

11
ZURICH - ABU DHABI

Sarapan pagi di hotel dan bertolak ke lapangan terbang Zurich untuk perjalanan pulang ke tanah air.

12
ABU DHABI - KUALA LUMPUR

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Tour Location

Reviews

0.0

Overall 0

Meals 0

Accommodation 0

Transport 0

Destination 0

Value for Money 0

Post a Comment

You don't have permission to register

You cannot copy content of this page