Top
Image Alt

Hanoi + Sapa + Mt. Fansipan

Hanoi - Sapa - Mount Fansipan - Cat Cat Village

Hanoi + Sapa + Mt. Fansipan

RM2990 RM2890 per person
 
Jump over to Tour Program to see what are our day-to-day program or download the PDF to learn even more about the story behind each of the attractions that we pick for you during this trip.
 
Pick the date from the booking form and register yourself into this popular tour package.
Dates: 04 JAN
 

ADULT TWIN

ADULT SINGLE

CHILD TWIN

CHILD W BED

CHILD NO BED

NORMAL

2990 3090 2990 2590 2490

WARGA EMAS

2940 3040

FIESTA

2890 2990 2890 2490 2390

WE FIESTA

2840 2940

0 Reviews
  • Departure Time
    0930
  • Return Time
    1300
  • Included
    3-4* Hotel
    Airport Transfer
    Dinner
    Entrance Fees
    Flight Ticket
    Land Transportation
    Local Tour Guide
    Long Distance Coach
    Lunch
    Meals
    Tour Leader
  • Not Included
    Travel Bag
    Travel Insurance

Tour Plan

1
KUALA LUMPUR – HANOI

Bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang No Bai, Hanoi. Dijemput oleh pemandu pelancong dan tetamu akan dibawa ke pusat bandar untuk memulakan lawatan dengan bersiar-siar sekitar Hanoi Old Quarter termasuk Tasik Hoan Kiem, Huc Bridge dan menyelusuri 36 streets yang pesat. Singgah sebentar di St Joseph`s Cathedral, gereja tertua di bandar ini yang dibina oleh pemerintah colonial perancis pada tahun 1886. Destinasi seterusnya ialah Hanoi Train Street iaitu landasan kereta api berusia ratusan tahun yang melintasi tengah-tengah bandar lama Hanoi. Makan malam di restoran halal dan daftar masuk hotel dan tetamu bebas menerokai Old Quarter dan kehidupan malam Hanoi (perbelanjaan sendiri).

2
HANOI – SAPA

Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Sapa melalui Lebuhraya Noi Bai – Lao Chai yang mengambil masa sekurang kurangnya 5-6 jam. Di sepanjang perjalanan, anda akan menikmati keindahan pergunungan dan kawasan perkampungan yang sentiasa diselubungi dengan kabus tebal. Setibanya di Sapa, makan tengah hari di restoran tempatan. Selepas makan tengah hari, bergerak ke Lao Chai Village menyelusuri pemandangan lembah Muong Hoa dan persekitaran pergunungan serta sawah padi yang meluas dapat dilihat dari jalan ini. Di sepanjang perjalanan, pelbagai kumpulan etnik seperti H’mong, Zay dan Red Dao akan ditemui menjual barangan tempatan seperti teh, buah – buahan dan snek tempatan. Setibanya di perkampungan Black H’mong Village of Lao Chai, tetamu berpeluang menyaksikan bagaimana kehidupan seharian kaum ini. Kemudian berjalan kaki dari Lao Chai menuju ke Ta Van Village dimana suku kaum Zay menetap. Di sini tetamu boleh mendaki bukit, berjalan menyelusuri hutan buluh dan berehat menikmati pemandangan air terjun yang indah. Kemudian tetamu dibawa makan malam di restoran istimewa masakan kaum Sapa. Daftar masuk hotel dan tetamu bebas berjalan – jalan meneroka pasar malam.

3
SUN PLAZA – GUNUNG FANSIPAN – CAT CAT VILLAGE

Sarapan pagi di hotel. Mulakan hari yang indah dengan bertolak ke Gunung Fansipan yang terkenal dengan jolokan `Roof of Indochina’. Menuju ke Fansipan Cable Station yang terletak di Sun Plaza dimana rekabentuk luaran bangunan tersebut diinspirasikan oleh bangunan – bangunan yang terdapat di Paris. Menaiki mountan train iaitu laluan kereta api gunung terpanjang di Vietnam untuk menerokai Lembah Muong Hoa. Sampai di puncak, tetamu akan menaiki kereta kabel ke puncak gunung tertinggi semenanjung Indochina. Dari puncak gunung tersebut, nikmati pemandangan yang luar biasa dengan tumbuh-tumbuhan hijau & subtropika yang subur menjadikan gunung ini sangat cantik. Kembali ke bandar untuk makan tengah hari dan lakukan perjalanan trekking singkat ke Cat Cat Village. Kampung ini adalah sebuah perkampungan kuno kumpulan etnik H’mong yang masih mengekalkan adat dan amalan yang unik. Makan malam di restoran tempatan dan melakukan aktiviti bebas pada waktu malam. Bermalam di Sapa.

4
SAPA – HANOI

Sarapan pagi serta daftar keluar dari hotel dan bertolak pulang ke Hanoi. Setibanya di Hanoi, makan tengahari di restoran halal. Teruskan lawatan ke Temple of Literature iaitu Universiti Kebangsaan yang pertama di Vietnam yang dibina pada tahun 1070. Menziarahi Masjid Al-Noor iaitu satu- satunya masjid di Hanoi yang memuatkan seramai 300 orang. Seterusnya tetamu akan dibawa menyaksikan pertunjukan Thang Long Water Puppet yang dikenali Múa rối nước. Pertunjukan ini merupakan persembahan tradisional tradisi rakyat Vietnam yang penuh dengan sejarah, cerita rakyat dan misteri. Kemudian makan malam di restoran halal dan bermalam di Hanoi.

5
HANOI

Sarapan pagi di hotel. Tetamu diberi masa bebas untuk menerokai Hanoi atau menikmati masa membeli-belah di Dong Xuan market dan Old Quarter. Kemudian daftar keluar dari hotel dan bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Tour Location

Reviews

0.0

Overall 0

Meals 0

Accommodation 0

Transport 0

Destination 0

Value for Money 0

Post a Comment

You don't have permission to register

You cannot copy content of this page